the_one
Active+ Member
- Messages
- 3,944
- Joined
- Apr 2, 2009
- Messages
- 3,944
- Reaction score
- 209
- Points
- 33
Assalamualaikum, semenjak 2 menjak ini, carigold mula diserang oleh mereka yang berfahaman bertentangan dengan fahaman islam.
daripada syiah, hinggalah kepada atheis.
dan, merujuk kepada thread stephen hawking http://www.carigold.com/portal/forums/showthread.php?t=300039
dimana ada seorang forumer, yang menolak ajaran Al-Quran, dan
juga menolak apa yang islam sampaikan kepada umatnya, cuba
untuk meracuni minda forumer islam yang lain dengan teori sains
quantum mechanics nya, dan juga sains2 yang dia dapat dari mana
hanya Allah yang mengetahui.
dan Al-Quran telah wujud sejak 1400 tahun yang lalu , dan
walaupun Al-Quran bukanlah kitab dan buku sains, tetapi Al-Quran
ada menjelaskan tentang sains walaupun diturunkan sebelum
wujudnya para saintis yang hebat2 yang diagungkan2 oleh para
atheis seperti hawking, dan sebagainya.
disini , kepada forumer berfahaman atheis
, soalan kepada anda
BAGAIMANA AL-QURAN yang wujud 1400 tahun yang lalu dapat menjelaskan peristiwa2 sains yang hanya baru sahaja diketahui oleh islam dalam beberapa ratus tahun yang lalu sahaja
1- “Dia adalah maha Pencipta langit dan bumi.” (Surat al-An’aam: 101)
Maklumat yang dinyatakan dalam Al-Qur’an ini adalah sebuah fakta yang sangat tepat dan selari dengan penemuan sains kontemporari. Seperti yang kami nyatakan lebih awal, kesimpulan yang dicapai dalam bidang astrofizik hari ini menyimpulkan bahawa alam semesta, bersama dengan dimensi benda dan masa, telah terhasil melalui sebuah letupan besar yang terjadi ketika masa-sifar. Fenomena ini yang dikenali sebagai Big Bang membuktikan bahawa alam semesta telah diciptakan dari alam tiada sebagai melalui sebuah letupan titik tunggal.
Sebelum fenomena Big Bang terjadi, tidak terdapat sebarang benda yang wujud. Dalam keadaan tanpa sebarang kewujudan kebendaan, tenaga atau masa, dan yang mana hanya dapat diterangkan secara metafizik, semua ini sebenarnya telah diciptakan secara serentak. Fakta ini, yang baru berjaya diketahui melalui kajian yang dijalankan di dalam bidang fizik moden, telah dinyatakan dalam Al-Qur’an 1400 tahun lalu.
2- Pemisahan langit Dan Bumi
Sepotong ayat lain mengenai penciptaan langit dinyatakan sebagai berikut.
“Apakah orang-orang yang tidak beriman itu tidak melihat bahawa langit dan bumi itu dahulunya berpadu (satu unit ciptaan) lalu Kami pisahkan antara keduanya. Dan Kami jadikan dari air segala benda hidup. Tidakkah mereka beriman?” (Surah Al-Anbiya: 30)
Kalimah “ratq” diertikan sebagai jahitan yang bermaksud “dicantum bersama, disebatikan” dalam kamus bahasa arab. ia digunakan untuk merujuk dua intipati berbeza yang membina sesuatu yang padu. Frasa “Kami pisahkan” adalah perkataan “fataq” di dalam bahasa arab dan menggambarkan mewujudkan dengan membelah bahagian atau memusnahkan struktur yang dicantum atau disebatikan bersama. Biji benih yang tumbuh bertunas dari tanah adalah satu contoh frasa ini.
Sekarang mari kita perhatikan sejenak ayat ini sekali lagi dengan menyimpan pemahaman ini di dalam minda. Di dalam ayat tersebut, langit dan bumi pada status pertamanya adalah berbentuk “ratq”. Keduanya dipisahkan (fataqa) dengan kemunculan satu daripada yang satu lagi. Apa yang menarik, apabila kita membayangkan saat pertama terjadinya fenomena Big Bang, kita dapat melihat bahawa keseluruhan materi alam semesta dipadatkan di dalam sebuah titik tunggal.
Dalam perkataan lain, setiap benda termasuk langit dan bumi yang ketika itu belum diciptakan adalah berada dalam situasi cantuman atau sesuatu yang padu. Titik ini kemudiannya meletup dalam satu letupan yang besar sekaligus menghuraikan seluruh materialnya.
3- Bentuk Sfera Bumi
“Dia telah menciptakan langit dan Bumi sebagai kebenaran. Dia memutar malam ke atas siang dan memutar siang ke atas malam.” (Surah Az-Zumar: 5)
Dalam Al-Qur’an, perkataan yang digunakan untuk menerangkan alam semesta adalah sangat penting. Kalimah arab yang diertikan sebagai “memutar” dalam ayat di atas adalah kalimah “takwir”. Di dalam bahasa Inggeris, ia bermakud “membalut sesuatu benda mengelilingi benda lain, dilipat sebagai sehelai pakaian yang terhampar”. (Sebagai contoh, dalam perbendaharaan kata bahasa arab, perkataan ini digunakan untuk merujuk perbuatan memutar sesuatu mengelilingi suatu yang lain seperti orang yang sedang memakai serban).
Maklumat yang diertikan di dalam ayat di atas mengenai siang dan malam yang memutari antara satu sama lain adalah maklumat yang tepat mengenai bentuk dunia. Hal ini hanya akan menjadi benar sekiranya bumi adalah berbentuk sfera. ini bererti bahawa di dalam Kitab Al-Qur’an, yang diturunkan di abad ke-7, bentuk sfera bumi telah dikiaskan.
Bagaimanapun harus diingat, pemahaman mengenai astronomi ketika itu melihat dunia dengan cara yang berbeza. Sewaktu itu, bumi dianggap berbentuk dataran rata dan seluruh pengiraan dan penjelasan yang dilakukan adalah berdasarkan kepada kepercayaan ini. Al-Qur’an bagaimanapun adalah kalam-Nya, maka perkataan yang paling tepat digunakan di dalamnya di saat menerangkan tentang alam semesta. Al-Qur’an telah menyampaikan kebenaran yang diketahui hari ini sejak 1,400 tahun dahulu.
4- Peranan gunung-ganang
Al-Qur’an telah menjelaskan fungsi geologi gunung-gunung yang sangat penting.
“Dan Kami jadikan di bumi ini gunung-ganang yang teguh supaya ia tidak bergoncang bersama mereka....” (Surah al-Anbiya: 31)
Seperti yang telah kita lihat dalam ayat di atas bahawa gunung-gunung memainkan peranan untuk mengelakkan goncangan pada bumi.
Fakta ini tidak diketahui oleh sesiapa pun di saat Al-Qur’an diwahyukan. ia menjadi sebuah fakta yang hanya diketahui hari ini melalui penemuan dalam bidang geologi moden.
Berdasarkan kepada penemuan ini, gunung-ganang telah timbul hasil daripada pergerakan dan pertembungan bongkah daratan yang besar membentuk kerak bumi. Apabila dua lapisan bertembung, rempuhan lapisan yang kuat akan tergelongsor ke bawah dan yang di atas akan melengkung dan membentuk kawasan tinggi dan gunung-ganang. lapisan yang di akan terus ke dasar bumi dan membentuk ketegangan di bahagian bawah. Akibatnya, seperti yang dinyatakan, pergunungan mem-punyai bahagian memanjang ke bawah yang sama besar dengan bahagian atas yang tertonjol di permukaan bumi.
Dalam sebuah teks saintifik, struktur gunung-ganang diterangkan seperti berikut.
Di kawasan benua yang lebih tebal, seperti mana perbanjaran gunung, kerak lebih jauh ke dasar mantel.
- Dalam sepotong ayat, peranan gunung-ganang dijelaskan dengan membandingkannya sebagai “pancang”:
“Bukankah Kami telah menjadikan bumi ini sebagai hamparan. Dan gunung-gunung sebagai pancang?” (Surah an-naba: 6-7)
Gunung ganang dalam erti kata lain, mengenggam lapisan pada kerak bumi bersama melalui sebuah “pancang” yang memanjang dari atas ke bawah permukaan bumi sekaligus menghubungkan semua lapisan di dasar bumi. Melalui cara ini, ia menetapkan kedudukan kerak bumi dan menghalangnya daripada terapung di atas batuan magma atau terapung bersama lapisan lain. Secara ringkas, analogi ini mirip seperti keadaan apabila kita memakukan cantuman kepingan kayu bersama-sama.
Fungsi pengukuhan gunung-ganang ini dijelaskan dalam kesusateraan saintifik dengan istilah “isostasi”. Definisi isostasi;
Keseimbangan di dalam kerak bumi dikekalkan oleh sebuah kandungan material batu-batan di dasar permukaan di bawah tekanan graviti.
-Peranan penting gunung-ganang yang ditemui melalui hasil kajian dalam bidang geologi moden dan kajian gempa bumi, sebenarnya telah dijelaskan dalam Al-Qur’an berabad lalu sebagai lambang kebijaksanaan Tuhan. Dalam ayat lain Al-Qur’an menyebut;
“.....dan Dia menciptakan gunung-gunung di muka bumi supaya tidak bergoyang bersama kamu…” (Surah Al-Anbiya: 31)

Last edited: