syaqiq2312
Active+ Member
- Messages
- 2,701
- Joined
- Jan 24, 2007
- Messages
- 2,701
- Reaction score
- 58
- Points
- 35
DALAM HAL SOLAT
1. Disuruh meninggalkan kebiasaan membaca Usolli dengan suara keras. Kerana niat itu pekerjaan hati, cukup dalam hati saja.
JAWAPAN:
Hal ini merupakan ijtihad Imam Syafii Rahimahullah, barangkali anda belum mengenal siapa imam syafii, Imam Syafii adalah Imam besar yang lahir pada th 150 H, beliau adalah murid Al hafiz Al Muhaddits Imam Malik rahimahullah, beliau sudah hafal
alqur’an sebelum usia baligh, dan ia sudah mendapat Al Hafiz dimasa mudanya, iaitu telah hafal 100 ribu hadis dengan sanad dan matan, dan beliau telah pula mendapat darjat Alhujjah dimasa dewasanya, iaitu hafal 300 ribu hadis dengan sanad dan matan.Beliau kemudian terus memperdalam Syariah dan hadis hingga diakui oleh para Muhaddissin sebagai Imam, dan salah satu murid beliau sendiri iaitu Imam Hanbali(Ahmad bin Hanbal) hafal 1 Juta hadis dengan sanad dan matan, dan murid Imam
syafii banyak yang sudah menjadi Muhaddiss dan Imam pula, ratusan para Muhaddits dan Imam yang juga bermazhabkan syafii jauh setelah beliau wafat, diantaranya Alhafiz Al Muhaddits Imam Jalaluddin Abdurrahman Assuyuthi, Imam Al Hafiz AL
Muhaddits Syarafuddin Abu Zakariya Yahya bin Syaraf Annawawi, Al Hafiz Al Imam Ibn Hajar Al Atsqalaniy dan imam imam lainnya,
Maka sangkalan anda batil kerana anda hanya menyangkal tanpa ilmu, bukan seorang mujtahid, apalagi Muhaddits, mengenai penggunaan lafaz itu sudah muncul dalam kalangan Imam Mazhab, maka yang bermazhabkan syafii boleh menggunakannya,dan tak satupun dalil atau ucapan para Imam dan muhadditsin yang
mengharamkannya, lalu bagaimana anda mengharamkannya?
2. Lepas solat, imam tidak perlu baca wirid, zikir dengan suara keras, cukup dalam hati, dan imam lepas solat tidak perlu memimpin doa bersama dengan jama’ah. Imam dan jemaah berdoa sendiri- sendiri dalam hati.
JAWAPAN:
Rasulullah saw bila selesai dari solatnya mengucap Astaghfirullah 3X lalu berdoa Allahumma antassalam, wa minkassalaam….dst” (Shahih muslim hadis no.591,592)
Kudengar Rasulullah saw bila selesai solat membaca : Laa ilaaha illallahu wahdahu Laa syariikalah, lahulmulku wa lahulhamdu…dst dan membaca Allahumma Laa Maani’a limaa a’thaiyt, wala mu’thiy…dst” (shahih Muslim hadis no.593)
Hadis semakna pada Shahih Bukhari hadits no.808, dan masih banyak puluhan hadits shahih yang menjelaskan bahwa Rasul saw berdzikir selepas shalat dengan suara keras, sahabat mendengarnya dan mengikutinya, hal ini sudah dijalankan oleh para sahabat radhiyallahu ‘anhum, lalu tabi’in dan para Imam dan Muhadditsin tak ada yang menentangnya.Mengenai doa bersama sama Demi Allah tak ada yang mengharamkannya, tidak pada
Al quran, tidak pada hadis shahih, tidak Qaul sahabat, tidak pula pendapat Imam Mazhab.
3. Jemaah lepas solat, tidak perlu mencium tangan imam, cukup bersalaman saja.
JAWAPAN:
Kebiasaan mencium tangan merupakan kebiasaan baik sebagai tanda penghormatan,hal ini telah dilakukan dan diajarkan oleh Rasulullah saw, sebagaimana diriwayatkan bahawa Ibn Abbas ra setelah wafatnya Rasul saw beliau berguru pada Zeyd bin Tsabit
ra, maka Ibn Abbas ra disuatu hari menuntun tunggangan Zeyd bin tsabit ra, maka berkata Zeyd ra : “jangan kau berbuat itu”, maka berkata Ibn Abbas ra : “beginilah kita diperintah utk menghormati ulama ulama kita”, maka turunlah Zeyd bin tsabit ra dari tunggangannya seraya mencium tangan Ibn Abbas ra dan berkata : “Beginilah kita diperintah memuliakan keluarga Rasulullah saw”.(Faidhul Qadir oleh Al hafidh Al Imam Abdurra’uf Almanaawiy Juz 2 hal 22), (Is’aful Mubtha’ oleh Al Hafidh Al Muhaddits Imam Assuyuthi ).
Anda lihat kalimat : “beginilah kita diperintah..”, kiranya siapa yang memerintah mereka?, siapa yang mengajari mereka?, mereka tak punya guru selain Muhammad Rasulullah saw.
Riwayat lain adalah ketika Ka’b bin malik ra gembira kerana taubatnya diterima Allah swt, ia datang kepada Rasul saw dan mencium tangan dan juga kedua paha beliau saw (Fathul Baari Al masyhur oleh Imam Al Hafidh Al Muhaddits Ibn Hajar Al
Atsqalaniy juz 8 hal 122)
Riwayat lain : “Kami mendekat pada Nabi saw dan mencium tangan nabi saw” (Sunan Imam Al Baihaqi Alkubra hadits no.13.362)
Riwayat lain : “Berkata Tamiim ra bahawa Mencium tangan adalah sunnah”. (Sunan Imam Baihaqi Alkubra hadits no.13.363)
Demikian Rasul saw tak melarang cium tangan, demikian para sahabat radhiyallahu’anhum melakukannya.
4. Dalam solat subuh, imam tidak perlu membaca doa qunut, kecuali bila ada suatu bahaya terhadap kehidupan umat Islam secara keseluruhan.Doa qunut boleh dibaca disetiap solat, bila ada keperluan yang bersifat darurat, tidak hanya dalam solat subuh.
JAWAPAN:
Berikhtilaf para Imam Mazhab mengenai pembacaan doa qunut, dan Imam Syafii berpendapat bahawa Qunut itu diwaktu setiap subuh, dan Imam Hanbali dan Imam Malik berpendapat Qunut adalah setiap waktu shalat. Namun satu hal.. tidak ada yang mengharamkan Qunut dibaca setiap subuh, bahkan para Mufassirin menjelaskan tak ada qunut kecuali saat shalat subuh, sebagaimana diriwayatkan pada tafsir Imam Attabari Juz 2 hal 566, dan ini merupakan Ijtihad para Imam yang mengeluarkan pendapat dengan beribu pertimbangan, dengan keluasan ilmu syariah yang mendalam, dan telah diakui pula oleh puluhan Imam dan ratusan
Huffadhulhadits dan Muhadditsin setelah mereka, maka menyangkal dan mengharamkan hal ini adalah kesesatan yang nyata.
5. Solat Rawatib / solat sunah qobliah / ba’diah adalah sebagai berikut : Qobla subuh, qobla dan selepas zuhur, solat asar tidak ada rawatib, selepas magrib dan selepas shalat isya.
JAWAPAN:
Banyak riwayat lain mengenai rawatib Qabliyah asar, bahawa Rasul saw solat Rawatib Qabliyah Asar dan tak pernah meninggalkannya (Shahih Imam Ibn Khuzaimah hadits
no.1114, 1118, Shahih Ibn hibban hadits no.2452, Mustadrak ala shahihain hadis no.1173, Sunan Attirmidziy hadits no.429 dan masih terdapat belasan riwayat hadis shahih mengenai solat Qabliyah Asar diantaranya diriwayatkan pada Shahih Ibn
Hibban, Shahih Muslim dll.
DALAM SOLAT JUM’AT
1. Sebelum khotib naik mimbar, tidak ada azan dan tidak ada shalat sunat qobla jum’at
JAWAPAN:
Diriwayatkan bahawa ketika jemaah jumaat semakin banyak di Madinah maka Khalifah Utsman bin Affan ra menambahkan azan jumaat dengan dua azan (shahih Bukhari hadits no.870,871,874), maka menggunakan dua azan ini merupakan sunnah hukumnya, kerana Rasul saw telah bersabda : “Berpeganglah kalian pada sunnahku
dan sunnah khulafa’urrasyidin para pembawa petunjuk” (shahih Ibn Hibbah, Mustadrak ala shahihain).
Maka tidak patut kita muslimin menghapuskan hal hal yang telah dilakukan oleh para sahabat, kerana sungguh mereka jauh lebih mengerti mana yang baik dijalankan dan mana yang tak perlu dijalankan, pengingkaran atas perbuatan sahabat bererti menganggap diri kita lebih mengetahui syariah dari mereka, dan hal ini merupakan pengingkaran atas hadis Rasul saw yang memerintahkan kita berpegang pada sunnah beliau dan sunnah khulafa’urrasyidin, maka pengingkaran atas hal ini merupakan kesesatan dan ke*****an yang nyata.
Mengenai solat dua rakaat sebelum jum’at hal itu adalah sunnah, sebagaimana teriwayatkan dari belasan hadis shahih yang menjelaskan bahwa Rasul saw melakukan solat sunnah qabliyyah zuhur dan ba’diyah dhuhur, dan para ulama dan muhadditsin berpendapat bahawa solat jumaat adalah pengganti zuhur, demikian para Muhadditsin dan ulama berpendapat bahawa pendapat yang kuat adalah Qabliyah jumaat merupakan sunnah. (Fathul Baari Almasyhur Juz 2 hal 426)
2. ketika khotib duduk diantara dua khutbah, tidak ada shalawat
JAWAPAN:
Tidak pernah ada larangan shalawat diperbuat bila dan dimanapun, shalawat boleh boleh saja dibaca bilapun dan dimanapun, sila bawa ayat alquran atau hadits shahih yang mengharamkan membaca shalawat dalam suatu munasabah tertentu?, lalu bagaimana terdapat pelarangan dari apa yang tidak diharamkan Allah swt?, ataukah ada syariah baru?
3. Lepas solat jumaat, imam tidak mempunyai kewajipan untuk memimpin doa bagi makmum dengan suara kuat, imam dan jama’ah berdzikir, wirid dan do’a masing- masing
JAWAPAN:
Selama hal itu baik tidak ada salahnya dilakukan, yang tak boleh dilakukan adalah hal hal yang dilarang dan diharamkan oleh Allah dan Rasul Nya, dan tak pernah ada hadits dan ayat yang mengharamkan hal ini, maka mengharamkannya merupakan
pengingkaran atas syariah.
4. Dalam solat jumaat, tongkat yang selama ini dipakai oleh khotib, bukan merupakan ibadah, hanya kebiasaan Khalifah Utsman, sekarang dapat ditinggalkan.
JAWAPAN:
Perbuatan sahabat merupakan hal yang mesti kita jalankan hingga kini, termasuk diantaranya adalah penjilidan Alqur’an, sebagaimana tak satu ayat pun atau hadits yang memerintahkan Alqur’an untuk dibukukan dalam satu kitab, itu baru dilakukan
dizaman Khalifah Abubakar ra, dan selesai pada masa Khalifah Utsman bin Affan ra, maka mereka yang merasa tak perlu mengikuti perbuatan Usman bin Affan ra berarti mereka pun tak mengakui kitab Alqur’an yang ada hingga kini, kerana penjilidannya baru dilakukan dimasa sahabat, satu hal yang sangat menyakitkan hati adalah kalimat :
“hanya kebiasaan Khalifah Usman dan sekarang dapat titinggalkan”, seakan akan bagi mereka Amirulmukminin Usman bin Affan ra itu tidak perlu dianut, bukan seorang baginda mulia yang sangat agung disisi Allah sebagai Amirulmukminin,
padahal beliau ini dimuliakan dan dicintai nabi saw.
5. Sebelum khotib naik mimbar, tidak perlu pakai pangantar dan tidak perlu membaca hadits Nabi SAW tentang jangan berkata-kata ketika khotib sedang khutbah. Tetapi sampaikanlah bersama dengan laporan petugas masjid tentang laporan kewangan, petugas khotib dan imam, hal ini sebagai pengerusi masjid bukan proses ibadah dalam solat jum’at.
JAWAPAN
Baru ini ada muncul ajaran yang mengatakan bahawa khabar laporan kewangan masjid jauh lebih baik dari hadits Nabi Muhammad saw