BTC USD 61,063.1 Gold USD 4,328.60
Time now: Jun 1, 12:00 AM

SMART urus 1,825 tan sampah

Viere

CG Top Poster Club
gem
Messages
26,579
Joined
Aug 8, 2008
Messages
26,579
Reaction score
179
Points
123
ne_01.1.jpg


PARA pekerja melakukan kerja-kerja pembersihan pada terowong SMART setiap kali ia digunakan untuk lencongan air.

KUALA LUMPUR – Syarikat Mengurus Air Banjir dan Terowong Jalan Raya (SMART) kini terpaksa mengurus sebanyak 1,825 tan sampah-sarap dari Sungai Klang dan Sungai Ampang pada setiap tahun atau sebanyak lima tan sampah pada setiap hari.

Pengarah Pusat Kawalan SMART, Nor Hisham Ghazali (gambar kecil) berkata, air banjir lebihan daripada kedua-dua sungai tersebut yang dilencongkan ke Kolam Takungan Berembang milik SMART mengandungi pelbagai jenis sampah yang dibuang penduduk yang tidak bertanggungjawab.

Beliau berkata, sampah yang memasuki kolam takungan tersebut mengakibatkan SMART terpaksa membelanjakan sebanyak RM150,000 pada setiap tahun untuk menguruskan sisa buangan yang tersekat dan terperangkap pada sistem perangkap sampah automatik SMART.

“Jika keadaan ini berterusan, kos operasi yang ditanggung oleh SMART akan meningkat bukan sahaja untuk menguruskan sampah-sarap tersebut malah pelbagai peralatan yang digunakan pada terowong tersebut turut berisiko untuk mengalami kerosakan.

“Sampah yang banyak di kedua-dua sungai tersebut juga boleh menghalang laluan air sungai sehingga mengakibatkan berlakunya banjir kilat,” katanya pada sidang media selepas majlis bersama media di Pusat Kawalan SMART di sini semalam.
 
taktik nak naikkan harga tol smart
 
bnyk tul sampah...
 
masa buat terowong tu dulu takkan benda2 camni tak diambil kira.....mcm ada muslihat saja
 
ok la tu..bersih sungai klang lepas ni :D

jangan naikkan harga tol pulak
 
masa buat terowong tu dulu takkan benda2 camni tak diambil kira.....mcm ada muslihat saja

ada di amik kira..seab tu upah cuci lepas banjir blh sampai 500K sekali cuci...:D:D:D
 
jangan buang sampah merate2 kawan, aku nyampah gile ngan org yg selamba badak je campak sampah keluar dari tingkap kete, slalu aku jerit B.O.D.0 kat org macam tu di selangi dgn makian..
 
bukan dekat sungai sendiri dh ader jaring kerr halang sampah..
pastu akan di kutip oleh pihak Majlis..

urmm..camner leh terlepass ni ke dlm terowong??
pandainyerr sampah itu..

aper lagik..naik lagikk larr harga tol..
kiter kasik up..RM5..senang kira..

he he he he
 
jangan buang sampah merate2 kawan, aku nyampah gile ngan org yg selamba badak je campak sampah keluar dari tingkap kete, slalu aku jerit B.O.D.0 kat org macam tu di selangi dgn makian..

baguss bagusss...

teknik yg berkesan tu..
aku pun geram gak kalau jenis yg suka cmpak plastik
keluar dari tingkap keta..

kalau kertas or tisu aku tak kisah sgt..
sbb akan mereput jugak..

ini plastik..perghhh..~X(
 
Back
Top
Log in Register