BTC USD 81,812.0 Gold USD 4,083.03
Time now: Jun 1, 12:00 AM

slmt myambut nuzul quran

tyco

Active+ Member
gem
Messages
4,115
Joined
Sep 16, 2010
Messages
4,115
Reaction score
1,680
Points
111
esok kita akan melalui ke 17 Ramadhan dan esok juga kita akan menyambut nuzul - al quran yang jatuh pada hari esok.Nuzul yang diambil daripada perkataan bahasa Arab yang diertikan sebagai penurunan, sementara al-Quran pula merupakan kitab Allah yang diberikan kepada Nabi akhir zaman iaitu Nabi Muhammad s.a.w. Jadi istilah Nuzul al-Quran boleh diertikan sebagai penurunan al-Quran ke atas baginda Rasulullah sebagai petunjuk kepada umat seluruh manusia sejagat.

Sesungguhnya dengan turunnya al-Quran pada bulan Ramadhan sejak lebih 1,400 tahun lalu, telah menyelamatkan manusia daripada melakukan pelbagai tabiat serta tingkah laku yang tidak selari dengan fitrah mereka itu sendiri.

Ia menjadi inspirasi ke arah kebaikan kerana di dalamnya penuh dengan ayat-ayat yang mampu mengubah sikap manusia kepada sesuatu yang baik dalam hidup mereka. Sayidina Umar bin al-Khattab yang dulunya dikenali sebagai seorang yang bengis dan amat membenci Rasulullah s.a.w. telah menemui jalan terbaik dalam hidupnya apabila dipertemukan dengan al-Quran yang akhirnya beliau telah memeluk Islam.begitu hebat sekali al quran.

Yang menariknya, Umar telah memeluk Islam hanya kerana membaca dan menatap beberapa keratan potongan ayat Quran daripada surah Taha. Umar menjadi seorang Muslim yang amat tunduk patuh dan yakin dengan Islam. Umar, setelah mengucap, terus mengisytiharkan keislamannya kepada seteru tradisi Rasulullah termasuk lah Abu Jahal sendiri.

saya ingin menegaskan bahawa tidak semua di kalangan manusia yang bernama Islam memiliki cita-rasa yang sama terhadap al-Quran. Perkara ini ditegaskan sendiri oleh Allah SWT menerusi surah Fatiir ayat 32 yang bermaksud:

35_32.png

Kemudian Kami jadikan Al-Quran itu diwarisi oleh orang-orang yang Kami pilih dari kalangan hamba-hamba Kami; maka di antara mereka ada yang berlaku zalim kepada dirinya sendiri (dengan tidak mengindahkan ajaran Al-Quran), dan di antaranya ada yang bersikap sederhana, dan di antaranya pula ada yang mendahului (orang lain) dalam berbuat kebaikan dengan izin Allah. Yang demikian itu ialah limpah kurnia yang besar (dari Allah semata-mata).

Namun dalam ayat di atas terdapat tiga jenis manusia di kalangan hamba nya yang bernama Islam yang berbeza pendirian atau sikap mereka terhadap al-Quran:

PERTAMA : Golongan yang menganiayai diri mereka sendiri iaitu golongan yang kesalahan dosa dosa mereka lebih banyak daripada pahala pahalanya amal kebaikan, kerana mereka tidak membaca al-Quran, mentelaah, berdiskusi apatah lagi untuk beramal dengan perintah Allah di dalamnya.

KEDUA : Golongan yang bersederhana iaitu golongan di mana kesalahan dosa dosa mereka sama banyak dengan pahala, mereka adalah golongan yang membaca al-Quran tetapi belum bersedia untuk melaksanakan isi-isi kandungannya yang terdiri daripada hukum-hakam Allah.

KETIGA : Golongan yang berlumba-lumba untuk berbuat kebaikan ialah golongan yang amat banyak kebaikan yang dilakukannya dan amat jarang berbuat kesalahan, mereka adalah golongan yang bersedia untuk melaksanakan hukum perintah Allah dalam al-Quran seperti tekunnya melakukan solat, tidak minum arak, tidak juga berzina dan tidak menderhaka kepada tuhannya kerana hukum-hukum itu sahaja yang mampu menyelesaikan masalah yang dihadapi oleh umat manusia sepanjang masa.


Kini terserah kepada kita untuk meletakkan kedudukan diri kita di antara ketiga-tiga jenis orang yang bernama Islam seperti ayat di atas.

saya suka mengingatkan bahawa sesungguhnya peluang untuk membaca al-Quran serta menyelidiki hikmah di dalamnya adalah kewajipan kita sendiri. Orang bukan Islam tidak akan membaca al-Quran melainkan mereka hendak mendekati dan memahami Islam. Persoalan besar di sini ialah apakah jawapan kita apabila Allah melontarkan soalan kepada Muslim yang membaca al-Quran seperti di dalam ayat 101 surah Ali ‘Imran yang bermaksud

3_101.png

Dan bagaimana kamu akan menjadi kafir padahal kepada kamu dibacakan ayat-ayat Allah (Al-Quran), dan dalam kalangan kamu ada RasulNya (Muhammad, s.a.w)? Dan sesiapa berpegang teguh kepada (ugama) Allah, maka sesungguhnya ia telah beroleh petunjuk hidayah ke jalan yang betul (lurus).

Ayat ini menunjukkan kepada kita bahawa terdapat di kalangan orang orang kita (islam) menjadi kafir sedangkan al-Quran dan Sunnah berada di sisinya. Ini adalah disebabkan mereka tidak dapat menerima petunjuk tuhannya, justeru mereka ingkar kepada ayat ayat tuhannya dan menjadi menjadi kafir.
Sesungguhnya Allah SWT memberikan penghormatan kepada kita sebagai manusia dengan kemuliaan-Nya, agar kita menjadi golongan yang mulia. Salah satu pendekatan yang mengangkat martabat umat ini ialah dengan mengamalkan ajaran al-Quran secara menyeluruh. Oleh itu, saya menyeru semua pihak di dalam keberkatan Ramadhan yang mulia ini, marilah kita bersama-sama mengambil manfaat untuk meningkatkan ketakwaan dan mengubah segala kelakuan buruk kita ke arah yang lebih diredhai Allah s.w.t.
 
Back
Top
Log in Register