BTC USD 81,573.7 Gold USD 4,023.40
Time now: Jun 1, 12:00 AM

Sleeping Partner Diperlukan

arerain

Fun Poster
Messages
113
Joined
Jun 17, 2010
Messages
113
Reaction score
0
Points
10
Assalamualaikum,

Peluang ini dibuka kepada seluruh warga CG yang berminat menjadi sleeping partner syarikat kami. Sebagai sleeping partner (ahli kongsi tidur), anda tidak perlu melakukan apa-apa kerja pun, Cuma menuggu cek drp syarikat pd setiap hujung bulan.

Syarikat kami mengusahakan kantin kilang, Pejabat kerajaan, sekolah & turut menyediakan perkhidmatan katering. Setakat ni, kami sedang mengusahakan 3 buah kantin di Melaka & merancang untuk menambah untuk mengusahakan 2 lagi kantin pada awal tahun hadapan. Banyak lagi projek yang akan diusahakan oleh syarikat kami pada masa hadapan & untuk itu kami memerlukan sejumlah dana yang besar.

Kami TIDAK menganjurkan apa-apa PELABURAN. Perjanjian akan dibuat berdasarkan terma PINJAMAN PERSAHABATAN. Suratcara akan dikeluarkan oleh syarikat, hanya tandatangan WAKIL SYARIKAT (saya sendiri) , PEMBERI PINJAM (anda) & SAKSI (sesiapa sahaja yang dipersetujui oleh kedua pihak) diperlukan & suratcara akan dimatikan setem. Suratcara sah dibawa ke mahkamah sekranya berlaku perlanggaran terma & kontrak.

Sebagai balasan anda membantu kami dengan member pinjam sejumlah wang, kami akan membayar balik jumlah pinjaman tersebut berserta dengan faedah (keuntungan)nya sekali. Pembayaran akan dilakukan secara berperingkat & pembahagian adalah seperti berikut (contoh RM10,000):

Modal anda : RM10,000.00
Pulangan Setiap Bulan : RM500.00
Tempoh : 36 Bulan (3 Tahun)
Jumlah Keseluruhan : RM18,000.00
Keuntungan bersih : RM8,000.00

Hanya kepada yang berminat & serius sahaja. PM saya untuk sesi perjumpaan. Segala pertanyaan anda akan kami jawab nanti. Sehingga itu, Sekian.
 
servis yang menarik.
tp 3 tahun tu mcm2 boleh jadi wooo..
 
ada agreement tuan..kami buat business nyata, kalau berminat kita boleh jumpa, sy tunjukan sekali smua kantin kami & business lain yg kami buat..
 
tak payahlah berurusan..................masuk mulut harimau je
 
Sblm nih yg jadi pun ada yg agreement..tp gud luck utk TT....
 
tq untuk yang support, ni thread pertama sy..kalau salah boleh tunjukkan..sy bukan scammer..nak cerita background business, nak tengok lokasi business, nak tengok keadaan semasa business kita boleh jumpa..anda tengok sendiri..yakin, anda buat..x yakin anda tolak..pilihan kita yang buat tuan..saya x terdesak, cuma mempelawa..kalau ada dana lebih, banyak bleh buat..business ni bukan sekadar atas kertas tunjuk ni, tunjuk tu da bleh yakinkan org..sy tunjukkan sekali apa yang kami buat sekarang..see it yourself..seperti yang saya cakap, hanya untuk yang serius..business is serious matter..
 
Susah nak convince org kalau ada genuine bussiness pun.

Mrs banyak dah malu2 kucing invite kenalan dan keluarga fund capital company yg tak pernah cukup2.

Tapi mereka pandang sebelah mata je.

Tau2 masing2 dah invest kat skim yang popular yg ramai orang join.

Abang Mrs melabur dgn member yg buat forex full time. Burn 40k baru2 ni.

Mak Mrs melabur Dalam projek arowana, burn 27k.

Sebelum ni pun Abang Mrs pernah melabur Dalam skim emas. Burn RM6k.

Kitaorang yg dah buat bisness since 1998 lagi, takde pun nak pandang. Maklumlah, pakai kete tak gempak mana macam org lain kut..
 
bro meniaga makanan ape dekat kantin2 tu? :-?
 
Back
Top
Log in Register