BTC USD 84,037.6 Gold USD 4,285.46
Time now: Jun 1, 12:00 AM

Skuad takraw sumbang emas ke-57

Md Hanif

Legendary Member
gem
Messages
13,954
Joined
Jun 13, 2023
Messages
13,954
Reaction score
290
Points
146
3377724.webp

Malaysia menewaskan Vietnam pada perlawanan akhir acara regu untuk meraih emas.

SKUAD sepak takraw negara menghadiahkan pingat emas ke-57 buat kontinjen Malaysia pada Sukan SEA 2025 selepas menundukkan Vietnam 2–0 pada aksi final di Stadium Gimnasium Nakhon Pathom pada Sabtu.

Malaysia mempamerkan aksi kemas dan bertenaga sejak awal perlawanan apabila menguasai set pertama dengan kemenangan 15–9, sebelum meneruskan momentum cemerlang pada set kedua untuk sekali lagi menang 15–9.

Kawalan permainan yang konsisten serta disiplin tinggi dalam setiap rejaman dan pertahanan membolehkan skuad negara mengekalkan kelebihan, sekali gus menamatkan perlawanan tanpa memberi ruang kebangkitan kepada lawan.

Kejayaan itu melengkapkan pungutan dua pingat emas buat acara sepak takraw Malaysia pada edisi Sukan SEA kali ini.

Kali terakhir Malaysia meraih emas acara regu adalah edisi 2017 di Kuala Lumpur.
 
Back
Top
Log in Register