BTC USD 83,898.0 Gold USD 4,129.84
Time now: Jun 1, 12:00 AM

Skuad Kelantan belum hancur!

pentium5

Active+ Member
Messages
4,891
Joined
Sep 16, 2008
Messages
4,891
Reaction score
87
Points
30

PRESIDEN Persatuan Bola Sepak Kelantan (Kafa), Tan Sri Annuar Musa melaungkan keyakinan skuad The Red Warriors (TRW) pada musim hadapan bakal tampil lebih menyengat dalam kancah saingan Liga Malaysia (Liga-M) 2014.

Jelas supremo bola sepak Kelantan itu, walaupun hampir 60 peratus pemain utama berhijrah ke pasukan lain pada musim hadapan, beliau tetap berkeyakinan TRW mampu memberi cabaran kepada mana-mana pasukan.

“Ramai yang merasakan dengan keluarnya ramai pemain Kelantan termasuk Dickson Nwakaeme dan Bojan Hodak sudah tiada maka, hancurlah TRW.

“Sesiapa yang nak keluar kita tak dapat menghalangnya, namun tidak semestinya kita ranap begitu sahaja. Saya tetap berusaha dengan kudrat yang ada untuk membina pasukan baru yang mampu memberi cabaran kepada mana-mana jua pasukan,” katanya menerusi laman sosial Facebooknya semalam.

Difahamkan pemain bakal berhijrah musim depan kebanyakannya adalah tonggak penting dalam pasukan dan banyak membantu TRW menjulang pelbagai kejuaraan sebelum ini.

Antara tonggak utama yang telah mengesahkan meninggalkan kem ‘Gomo Kelate Gomo’ ialah Daudsu Jamaluddin, S Subramaniam, Azizi Mat Rose dan Shakir Shaari memilih haluan ke selatan tanah air dengan menyertai Johor Darul Takzim (JDT).

Indra Putra Mahyudin pula sah menyarung jersi Felda United sementara Rizal Fahmi Rosid dikhabarkan menyertai Selangor dan terbaru Norfarhan Mohammad ke T-Team.

Namun ketua pasukan Kelantan, Mohd Badhri Mohd Radzi (Piya) serta Khairul Fahmi Che Mat (Apek) menceriakan kem Kelantan apabila memilih untuk terus kekal bersama pasukan itu.

Sumber:sinarharian
 
Gomo kelate gomo...harap musim depan lebih mennyengat lagi, ulang KPI 2012
 
Dickson mintak kontrak 1juta kan? Gile apa dia tu :))
 
udah2 la tu..ego sgt..amik habuan.hahaha
 
watpe beli daudsu yang injured?
 
team kelantan and penyokong yg ego..konon2 ada hati nk menang..podahh!! kahkahkah

Semua penyokong nak menang.. x kira laa sokong team mana pun..
x perlu nak babit kan nama kelantan je..
 
aiyoo marah npk..rileks2...dh kalahkn...nk wat cmno :D
 
Semua penyokong nak menang.. x kira laa sokong team mana pun..
x perlu nak babit kan nama kelantan je..

agaknya die pernah ade masalah dgn org kelantan kot.tu sbb angin semacam je.. :-?:-?:-?
 
Back
Top
Log in Register