TXT
CG Super Hardcore Club






- Messages
- 459,502
Paid Membership
- Joined
- Mar 15, 2010
- Messages
- 459,502
- Reaction score
- 38,198
- Points
- 2,836
SKUAD hoki negara mencipta kejutan apabila menduduki tempat ketiga pada Kejohanan Trofi Juara-Juara Asia di Ordos, China, Ahad lalu.
KEJAYAAN skuad hoki negara memenangi pingat gangsa pada Kejohanan Trofi Juara- Juara Asia di Ordos, China yang berakhir Ahad lalu memberi satu petanda positif ke- pada ramuan baharu yang diguna Tai Beng Hai dan Stephen van Huizen.
Pada kejohanan yang diperkenalkan buat kali pertama di rantau Asia itu, Beng Hai dan van Huizen menggandingkan pemain berpengalaman dengan tenaga muda, termasuk empat dari skuad Projek 2013.
Meskipun bermula dengan dua kekalahan (2-3 kepada Pakistan dan 3-4 kepada Korea Selatan), namun Malaysia kembali bangkit memperbaiki prestasi dan mula membentuk persefahaman yang mantap dengan mengikat India 2-2 serta menang 4-2 ke atas China dan 3-2 dengan Jepun.
Situasi itu sekali gus menyaksikan mereka mara ke penentuan ketiga/keempat pada kejohanan berkenaan sebelum sekali lagi mengalahkan Jepun 1-0 untuk memena- ngi gangsa.
Ini adalah pingat kedua Malaysia di peringkat kejohanan Asia dalam masa setahun selepas memenangi perak pada Sukan Asia 2010 Guangzhou, November tahun lepas.
Trofi Juara-Juara Asia mungkin tidak memberi sebarang mata dalam kedudukan ranking dunia, namun bagi Beng Hai dan van Huizen, kejohanan itu berjaya memberi satu impak baharu dalam strategi mereka menjelang kempen Kelayakan Olimpik 2012 awal tahun depan.
“Pada mulanya kami memutuskan untuk membawa beberapa pemain muda ke Ordos kerana mahu memberi pendedahan kepada mereka dalam satu kejohanan kompetitif,” kata Beng Hai baru-baru ini.
“Lagi pun, kejohanan itu juga tidak memberi sebarang mata kepada ranking dunia dan ada beberapa pasukan juga tidak membawa pemain terbaik mereka, jadi mengapa tidak kita guna peluang ini untuk mencuba pemain muda di sana.
“Bagi saya, pemain-pemain muda ini berjaya menggantikan tempat beberapa pemain senior yang mengalami kecederaan dan masih memerlukan rehat.
“Jelas sekali ia memberi satu impak posi- tif kepada strategi kami,” jelasnya lagi.
Setelah melihat prestasi cemerlang pemain remaja dalam skuad ini, Beng Hai mungkin boleh menarik nafas lega kerana kini dia sudah boleh mengharapkan kualiti yang ada pada pemain pelapis negara pada masa hadapan.
Purata usia pemain negara yang menyer- tai Trofi Juara-Juara Asia ini adalah 24 tahun dengan pemain paling senior ialah penjaga gol, Roslan Jamaluddin, 33, mana- kala paling muda ialah Muhd. Firhan Ashaari serta Mohd. Fitri Saari, kedua-duanya berusia 18 tahun daripada skuad Projek 2013.
Dua lagi pemain skuad Projek 2013 ialah penyerang Faizal Saari yang kini mula menjadi tonggak utama skuad senior dan juga Amir Farid Ahmad Fauzi yang menyumbang dua gol ketika mengalahkan Jepun.
Van Huizen yang juga Koordinator Keju- rulatihan skuad senior, Projek 2013 dan 2017, jelas sekali gembira dengan kualiti serta komitmen yang dipamerkan pemain pada kejohanan tersebut.
“Memang keputusan kami membawa pemain muda dalam kejohanan ini amat tepat dan ia memberi satu petanda positif tentang masa depan skuad negara nanti.
“Walaupun mereka agak gugup dalam beberapa aksi awal, namun tahap keyakinan mereka mula meningkat.
“Mereka mula bermain dengan tenang dalam satu perlawanan ke satu perlawanan yang lain.
“Prestasi mereka juga semakin baik dalam setiap perlawanan dan selain kesungguhan mereka di atas padang, saya juga gembira kerana mereka cepat belajar dan mampu membentuk persefahaman dengan pemain senior dalam masa yang cepat.
“Kehadiran pemain muda ini berjaya memberi suntikan tambahan kepada skuad senior dan ia sesuatu yang positif terhadap masa depan hoki negara.
“Walaupun begitu, mereka masih muda dan perlu banyak belajar. Perjalanan mereka masih jauh dan cerah,” jelas van Huizen.
Selepas berjaya memperbaiki sasaran awal iaitu menduduki empat tempat terbaik di kejohanan ini, skuad negara akan meneruskan persiapan mereka menghadapi Cabaran Juara-Juara I di Johannesburg, Afrika Selatan pada 26 November hingga 4 Disember depan.
Misinya tetap sama – muncul empat pasukan terbaik seperti yang ditetapkan oleh Persekutuan Hoki Malaysia (PHM).
Kejohanan yang memberi mata kepada ranking dunia itu juga dilihat sebagai medan persiapan terakhir buat skuad kendalian Beng Hai sebelum turun menggalas misi utama dalam kempen Kelayakan Olimpik 2012 awal tahun depan.