BTC USD 63,043.1 Gold USD 4,448.62
Time now: Jun 1, 12:00 AM

Skrip baharu Karim

TXT

CG Super Hardcore Club
gemgemgemgemgemgem
Messages
459,502
Paid Membership
Joined
Mar 15, 2010
Messages
459,502
Reaction score
38,197
Points
2,836
‘HABIS madu sepah dibuang.’Ungkapan itu mungkin sesuai menggambarkan situasi yang dialami Pengurus Besar Kesatuan Olahraga Amatur Malaysia (KOAM), Dr. Iskandar Abdullah.

Tidak sampai empat bulan memikul tugas tersebut, Iskandar diarahkan oleh Timbalan Presiden KOAM, Karim Ibrahim (gambar kecil) untuk melepaskan jawatan.

Apa yang mengejutkan apabila Karim menjadi individu bertanggungjawab memilih Iskandar bagi menjawat jawatan tersebut sejak 1 Ogos lalu.

Bagi Iskandar, beliau ternyata kecewa dengan nasib yang menimpanya tetapi terpaksa akur dengan arahan tersebut.

“Saya memang tidak ada niat untuk meletak jawatan tetapi apabila diarahkan untuk berbuat demikian, saya terpaksa ikut.

“Ketika mula-mula Karim meminta saya untuk menjadi Pengurus Besar KOAM, dia sanggup untuk menulis surat kepada Timbalan Perdana Menteri (Tan Sri Muhyiddin Yasin) yang juga Menteri Pelajaran bagi meminta pelepasan kerana (ketika itu) saya merupakan Exco Persatuan Pendidikan Jasmani dan Sains Sukan Malaysia.

“Jadi, apa yang saya ingin persoalkan ialah kenapa saya harus disingkirkan?

“Jika saya ada melakukan kesilapan dalam melaksanakan tugas-tugas yang diberikan, tidakkah saya sepatutnya diberikan peluang untuk memperbaikinya,” kata Iskandar pada sidang media di Bukit Jalil semalam.

Iskandar turut mendedahkan, beliau diarah melepaskan jawatan secara mengejut tanpa diberi sebarang notis terlebih dahulu.

“Ketika itu, kami (Karim dan Iskandar) berhenti berehat di sebuah restoran di Butterworth (Jumaat lalu) semasa dalam perjalanan untuk menghadiri mesyuarat ahli-ahli majlis KOAM di Kangar keesokan harinya (Sabtu).

“Pada masa itu jugalah saya menulis surat peletakan jawatan. Saya menggunakan tulisan tangan yang ditujukan kepada Karim.

“Selepas itu, Karim menyerahkan surat peletakan jawatan tersebut kepada Presiden KOAM (Datuk Seri Shahidan Kassim) ketika mesyuarat ahli majlis berlangsung,” tambah Iskandar.

Jelas Iskandar, hubungannya dengan Karim mula renggang ketika beliau menguruskan persiapan atlet-atlet olahraga negara yang beraksi pada Sukan SEA 2011 di Palembang, Indonesia bulan lalu.

“Banyak perkara dasar yang bercanggah dalam keputusan-keputusan yang dibuat termasuklah berhubung penyertaan kuartet 4x400 meter lelaki negara pada Sukan SEA lalu.

“Mungkin ketika itu, Karim berasakan saya tidak dapat mengikut rentak dia bekerja, lantas mengarahkan saya untuk meletakkan jawatan,” cerita Iskandar.

Timbul satu lagi persoalan apabila Iskandar mendedahkan bahawa bekas Pengurus Besar KOAM, M. Letchumanan tetap menjalankan tugas-tugas yang sama dengan beliau biarpun difahamkan, Letchumanan telah menyerahkan surat peletakan jawatannya.

“Itu yang saya pelik. Sepanjang tempoh tiga bulan saya berada dalam KOAM, dia (Letchumanan) turut menjalankan tugas yang sama seperti saya dan itu juga menjadi punca menyebabkan beberapa keputusan dibuat bercanggah.

“Apa yang saya difahamkan, dia telah menyerahkan surat peletakan jawatannya, tetapi kenapa pula dia masih lagi bertindak sebagai Pengurus Besar KOAM.

“Saya mempunyai surat pengiktirafan daripada IAAF (Persekutuan Olahraga Antarabangsa) berhubung pelantikan saya sebagai Pengurus Besar KOAM yang baharu tetapi pengurus besar yang lama tetap ada,” katanya.

Sementara itu, Karim dan Shahidan gagal dihubungi bagi mendapatkan penjelasan lanjut berhubung isu tersebut.
 
sepatutnya presiden dan timbalanya yg perlu letak jawatan..
prestasi KOM makin teruk skg.
 
Back
Top
Log in Register