BTC USD 61,488.0 Gold USD 4,328.60
Time now: Jun 1, 12:00 AM

SKMM TUTUP AKAUN TWITTER

GamezStar

CG Hardcore Club
gemgem
Messages
64,643
Top Poster #1
Joined
Jul 1, 2008
Messages
64,643
Reaction score
7,805
Points
881
0

SKMM TUTUP AKAUN TWITTER
KUALA LUMPUR: Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia Malaysia (SKMM) nyah aktif akaun Twitter rasminya buat sementara waktu dengan mendakwa ia telah diceroboh.

Perkembangan itu hadir setelah ciapan lama dari akaun itu dikongsi semula.

Ciapan berkenaan dikatakan dimuat naik pemilik akaun sebelumnya, lapor Malaysiakini.

Tangkap layar ciapan yang dipercayai dibuat sekitar tahun 2014 memaparkan penggunaan bahasa kesat dan lucah.


AKAUN RASMI SKMM YANG DIKATAKAN DIBELI DARIPADA SEORANG PELAJAR SEKOLAH MENENGAH SUDAH DINYAHAKTIF MALAM TADI/TWITTER

Ia diciap semula pengguna Twitter tidak lama selepas SKMM hari ini mengeluarkan kenyataan menggesa netizen untuk bersikap sopan dan menjaga kesopanan ketika membuat komen di media sosial, terutama dalam konteks pengisytiharan darurat.

Netizen bertindak balas dengan mengejek SKMM kerana ciapan lama itu.

Susulan itu, dalam kenyataan berasingan, SKMM mendakwa bahawa akaun Twitternya diceroboh pihak tidak bertanggungjawab.

“SKMM ingin memaklumkan bahawa akaun Twitter rasmi Suruhanjaya @SKMM_MCMC telah diceroboh oleh pihak yang tidak bertanggungjawab.

“Susulan itu, akaun Twitter rasmi Suruhanjaya @SKMM_MCMC berkenaan telah digantung buat sementara waktu.

“Orang ramai dinasihatkan agar tidak terpengaruh dengan hantaran-hantaran mesej yang mencurigakan, jelik dan bersifat fitnah yang telah dimuat naik melalui akaun berkenaan, yang bukan dikeluarkan oleh pihak SKMM,” kata kenyataan yang dikeluarkan Jabatan Komunikasi Korporat SKMM.

Dalam respons segera, Pengarah Komunikasi PKR Fahmi Fadzil mempersoalkan dakwaan SKMM yang mengatakan akaun itu diceroboh.

“Bagaimana akaun Twitter rasmi SKMM berjaya diceroboh pada 2014?

“Ini kerja hacker (penggodam) atau pengembara masa?” katanya.

Sebelum ini, seorang individu yang menggunakan akaun Twitter @NazruiHakim mengaku sebagai pemilik asal akaun SKMM, dan mendakwa bahawa dia telah menjual akaun itu ketika dia masih berada di sekolah menengah tanpa memadam ciapan lama.

Dia mengatakan bahawa akaun berkenaan pada masa itu mempunyai 50,000 pengikut dan dia tidak mengetahui bagaimana akhirnya akaun itu menjadi akaun rasmi SKMM.

 
Ramai bom komen fb skmm.. pasal ape aa?? Komen kata ada satu post 2014 .. tak paham penbenda

EriDOEcUUAMIROq.jpg




bukan 1 post. banyak twit tahun 2014 oleh owner lama.

kes beli akaun orang la ni. patut buat jela akaun baru.

bukan kena bayor pun.

mcmc....mmg mc setahun terus admin akaun twitter mcmc...mc pun mc la....

bahana sebab guna akaun beli...apa takleh built from zero ke...takde self confident ka apa hahaha
 
Back
Top
Log in Register