BTC USD 83,473.0 Gold USD 4,181.85
Time now: Jun 1, 12:00 AM

News SKMM Kaji Pelaksanaan FNP

Xploit Machine

CG Hardcore Club
gemgem
Messages
73,634
Joined
Nov 23, 2012
Messages
73,634
Reaction score
7,745
Points
916
SKMM Mengkaji Pelaksanaan FNP - Simpan Nombor Telefon Talian Tetap Ketika Berpindah Rumah;

Pada hari ini, kita sedia melihat pelaksanaan MNP (Mobile Nummber Portability) yang membolehkan pengguna menyimpan nombor telefon sama pada telefon bimbit dan berpindah ke penyedia rangkaian yang lain. Kini, SKMM sedang mengkaji untuk melaksanakan perkara sama untuk talian tetap.

Dinamakan sebagai FNP (Fixed Number Portability), ia akan membolehkan anda menyimpan nombor talian tetap yang sama ketika berpindah rumah atau pejabat, atau ketika beralih ke penyedia perkhidmatan lain.

Pada hari ini, kebiasaannya anda terpaksa menukar nombor telefon ke nombor baru sekiranya berpindah rumah dari satu kawasan ke kawasan lain. Dengan pelaksanaan FNP, ia akan membolehkan anda menyimpan dan menggunakan nombor talian tetap yang sama – dan tidak perlu lagi melalui proses memaklumkan rakan-rakan, dan ahli keluarga berkenaan pemindahan nombor telefon.

SKMM mengatakan akan mula mendapatkan maklumbalas awam berkenaan pelaksanaan FNP ini bermula 18 Disember 2020 sehingga 1 Mac 2021 kelak. Dengan mendapatkan maklumbalas awam, ia akan memudahkan SKMM untuk bergerak ke langkah seterusnya sebelum ia dilaksanakan sepenuhnya.

Screenshot-3407.jpg


Sumber asal https://www.mcmc.gov.my/en/media/announcements/public-consultation-paper-on-the-implementation-of
 
SKMM Bersetuju Untuk Melaksanakan FNP

SKMM Bersetuju Untuk Melaksanakan FNP – Simpan Nombor Telefon Talian Tetap, Dan Bertukar Syarikat Telekomunikasi;

Pada hari ini, kita sedia melihat pelaksanaan MNP atau nama lainnya, Mobile Number Portability – membolehkan anda menyimpan nombor telefon sama untuk telefon mudah-alih, walaupun berpindah ke rangkaian lain. Selari dengannya, pihak SKMM telah mulakan kajian pelaksanaan untuk nombor talian tetap pula, dinamakan sebagai FNP (Fixed Number Portability). Ini akan membolehkan anda menyimpan nombor telefon rumah ke penyedia lain, atau sekiranya menaik-taraf perkhidmatan.

Dengan langkah ini, ia akan memudahkan kerja ramai pihak, pelanggan sesuatu talian tidak perlu risau ketika berpindah ke rangkaian lain dan kekalkan nombor telefon sama. Ini juga akan memastikan sesuatu keluarga akan dapat menggunakan nombor telefon sama dan kekal berhubung dengan saudara-mara tanpa masalah.

SKMM sebelum ini telah melakukan kajian pelaksanaannya pada penghujung 2020 lepas, dan kini SKMM mengumumkan mereka akan melaksanakan FNP di Malaysia tidak lama lagi. SKMM mengatakan dengan langkah ini, ia akan membuatkan penyedia perkhidmatan untuk bersaing dengan lebih efektif untuk menawarkan perkhidmatan yang baik dan mengekalkan pelanggan masing-masing untuk tidak beralih talian.

Bergerak kehadapan, SKMM akan menubuhkan pasukan khusus (Industry Working Group) – sekaligus mendapatkan pelbagai input dalam melaksanakannya. Dengan perkembangan baharu ini, kita akan dapat melihat pelaksanaan FNP di Malaysia dalam beberapa tahun lagi.
 
Back
Top
Log in Register