BTC USD 85,272.9 Gold USD 4,140.83
Time now: Jun 1, 12:00 AM

Skim Simpanan Pendidikan IKHLAS

kuhik

CG Top Poster Club
gem
Messages
39,519
Paid Membership
Joined
Jun 12, 2007
Messages
39,519
Reaction score
1,312
Points
191
IKHLAS EDUCATION TAKAFUL CLASSIC

Pengenalan

Memiliki pendidikan sempurna adalah pasport ke arah membina kehidupan bahagia. Anda akur dengan kenyataan ini, sebab itulah anda sentiasa inginkan hanya yang terbaik untuk pendidikan anak anda. Memandangkan kos pendidikan sentiasa meningkat dari setahun ke setahun, and perlu merancang dari sekarang. Kami sedia membantu. Untuk itu, kami perkenalkan anda dengan IKHLAS EDUCATION CLASSIC.

Ianya merupakan pelan yang membantu anda menabung sejumlah kecil wang setiap bulan. Tanpa disedari jumlah yang terkumpul, cukup untuk membiayai pendidikan anak anda di masa depan. Selain itu, pelan ini juga menawarkan anda perlindungan sekiranya ditakdirkan anak anda meninggal dunia atau kehilangan upaya. Dan anda diberi pilihan fleksibel untuk membuat sumbangan antara 6 hingga 23 tahun sehingga tempoh matang sijil.

Apakah yang dilindungi oleh IKHLAS Education Classic?

Berikan anak anda nikmat perlindungan insurans di saat anda menabung untuknya. Pelan ini dicipta khusus untuk kanak-kanak berumur antara 30 hari sehingga 12 tahun, jadi anda boleh merancang untuk pendidikan mereka seawal yang mungkin. Dengan pelan istimewa ini akan menikmati manfaat-manfaat berikut:-

Manfaat Kematian & Kehilangan Upaya Kekal dan Menyeluruh (TPD)
Sekiranya ditakdirkan berlaku kematian atau kehilangan upaya kekal dan menyeluruh menimpa anak anda sebelum tempoh matang sijil, jumlah perlindungan akan dibayar sekaligus berserta dengan jumlah terkumpul perlindungan akan dibayar sekaligus berserta dengan jumlah terkumpul di dalam Akaun Pelaburan Peribadi (PIA) kepada anda. Sekiranya kematian atau kehilangan upaya kekal dan menyeluruh berlaku sebelum anak anda mencapai umur lima (5) tahun pada harijadi seterusnya jumlah perlindungan yang akan dibayar adalah seperti berikut:-
 

Attachments

  • 12.8 KB Views: 192
Kenapa IKHLAS Education Classic Takaful?

MANFAAT KEMATANGAN
Sebaik sahaja sijil matang, anak anda akan menerima secara sekaligus sejumlah wang, setara dengan jumlah yang terkumpul di dalam Akaun Pelaburan Peribadi (PIA).

PENGELUARAN WANG TUNAI
Pengeluaran wang tunai boleh dilakukan daripada Akaun Pelaburan Peribadi (PIA) setelah sijil berkuatkuasa untuk tempoh minimum selama lima (5) tahun. Hanya tiga (3) pengeluaran sahaja dibenarkan sepanjang tempoh sijil, dengan jarak minimum di antara pengeluaran ialah dua (2) tahun. Yuran pengeluaran sebanyak RM15.00 akan dikenakan ke atas Akaun Pelaburan Peribadi (PIA) bagi setiap pengeluaran.

PENAMBAHAN KADAR SUMBANGAN
Sumbangan tambahan boleh dibuat pada hari pertama sijil berkuatkuasa. Jumlah penambahan minimum adalah sebanyak RM50.00 di mana jumlah ini akan dimasukkan sepenuhnya ke dalam Akaun Pelaburan Peribadi (PIA) peserta.

ANUGERAH PENCAPAIAN CEMERLANG
Mereka yang menyertai pelan ini akan diberi anugerah untuk pencapaian cemerlang di peperiksaan UPSR, PMR atau SPM. Manfaat ini hanya akan dibayar sekiranya pada tarikh peperiksaan, sijil telah berkuatkuasa untuk tempoh minimum tiga (3) tahun. Manfaat anugerah adalah RM100 untuk setiap markah A yang dicapai di dalam semua matapelajaran UPSR (minimum 5A), PMR (minimum 7A) atau SPM/SPVM (minimum 7A).
 

Attachments

SYARAT DAN HAD UMUR

Umur
30 hari - 12 tahun (umur pada harijadi berikutnya)

Jumlah had perlindungan
Minimum RM10,000
Maksimum RM150,000

Tempoh tamat umur penyertaan
Berdasarkan umur peserta antara 18 - 23 tahun
Tempoh perlindungan : 6 - 22 tahun

MENABUNG UNTUK MASA DEPAN ANAK ANDA SAMBIL MENIKMATI PULANGAN YANG LEBIH BAIK
Model IKHLAS kami membenarkan bahagian yang lebih besar daripada akaun peserta digunakan untuk tujuan pelaburan di mana ini membolehkan peserta menerima kadar pulangan yang lebih optima. Ia juga membenarkan peruntukan pendapatan pelaburan dan lebihan yang lebih kerap kepada akaun pelaburan. Pelaburan semula pendapatan pelaburan dan lebihan ini sesegera mungkin, menjadikan jumlah perolehan pulangan keseluruhan adalah lebih baik.
 

Attachments

kalau anak tu sakit bronchitis atau denggi ka, spital nak rm12,000.00

boleh ka polisi tu bayar?
 
kalau anak tu sakit bronchitis atau denggi ka, spital nak rm12,000.00

boleh ka polisi tu bayar?

adeh..nampaknya..awak ni suka sangat promote Kad Kesihatan awak tu..

memang, buat masa nie, di Malaysia dan saya sendiri akui, Prudential merupakan syarikat Britain yang sangat hebat, produknya hebat-hebat, dan saya tak nafikan maner-maner institusi insurans atau takaful lain yang dapat bersaing dengan Prudential.

kena faham, kekuatan syarikat Prudential dan beberapa syarikat insurans yang lain, adalah kerana kekuatan kewangan yang sangat kukuh. diorang dah established lama, ada yang hampir berusia 100 tahun. so, no wonder diorang ada kekuatan kewangan dan bleh developed product seumpama kad kesihatan seperti saudara Prunet usulkan tu.

Berbanding dengan syarikat tempatan seperti Takaful Ikhlas, walaupun hanya berusia 3-4 tahun, nak lawan dari segi produk memang tak dapat. saya memang tabik dengan produk prudential, tapi itu tidak bermakna saya perlukannya. Takaful Ikhlas sendiri pun nanti, akan launch medical card tersendiri. dan insya Allah, saya yakin, dengan adanya medical card Takaful Ikhlas sendiri, Takaful Ikhlas mampu bersaing dengan Prudential nanti.

nak buat camner, kekuatan produk sekarang berpihak kepada Prudential, apa sangatlah kekuatan syarikat melayu kita, kan?

tunggu jer lah Medical Card Takaful Ikhlas..semoga ia dilancarkan secepat yang mungkin..
 
macam sorang bawak pistol lawan ngan sorang bawak keris, memang la tak matching..

tunggu bila yang ada keris tu upgraded pakai pistol ke, barulah setanding..kan?
 
Back
Top
Log in Register