BTC USD 85,826.3 Gold USD 4,140.79
Time now: Jun 1, 12:00 AM

Skim Simpanan Pendidikan IKHLAS

en. kuhik, nak tanya sket la...
apa beza ikhlas takaful education ngan ikhlas takaful education classic? classic ngan yang tak classic apa bezanya? kenapa ada dua? harap tolong jawab.. sebab dah lama curious

okies, macam ni en.poknik..apa yang saya tahu ialah :

IET
1) Payor Savings dijadikan basic, tidak dijadikan rider.
2) tiada lien juvenile

IETC
1) Payor Savings adalah rider, jadi client boleh pilih samada nak atau tak.
2) ada lien juvenile

harap dapat membantu :D
 
lien juvenile tu apa en kuhik?
bila compare antara 2 tu dalam ilustrasi, education yang tak classic lebih mahal..
saya tak paham... kenapa pulak TISB nak bagi option untuk payor saving.. bukan ke benda tu wajib?.. sebab budak2 mana ada income untuk bayar caruman..
satu lagi... atas sebab apa nak pilih education biasa berbanding education classic? sebab yang classic lebih murah dengan benefit yang sama... kalo satu produk yang offer benda yang sama dan lebih murah..... sapalah yang CERDIK sangat nak amik yang mahal tu?? kenapa TISB tak mansuhkan saja yang mahal tu kalo takde advantage apa2??... susah betul nak paham strategi marketing TISB nih..
 
saya pun sebenarnya masih tertanya-tanya kenapa ada 2 jenis pelan education TI. ni kena tanya yang lebih pakar daripada saya huhuhu...

lien juvenile ialah bayaran untuk manfaat kematian dalam bentuk peratusan mengikut umur kanak-kanak.

Umur 1 tahun : 20%
Umur 2 tahun : 40%
Umur 3 tahun : 60%
Umur 4 tahun : 80%
Umur 5 tahun dan ke atas: 100%

rasional lien juvenile ialah untuk mengelakkan orang mengambil kesempatan menginsuredkan anak dengan nilai yang tinggi, then bunuh anak untuk dapatkan pampasan. perkara seperti ni banyak berlaku di negara-negara luar apabila bapak terdesak takde duit, then bunuh anak untuk dapatkan pampasan.

lupa nak tambah sket. maksima coverage untuk IET ialah RM30,000 manakala IETC ialah RM150,000. oleh itu IET tiada lien juvenile, IETC ada lien juvenile kerana covernya lebih tinggi.

pada pendapat saya, kenapa ada IET dan IETC?

IET - jika ibubapa nak savings dengan rate cover yang standard

IETC - jika ibubapa nak insuredkan anaknya dengan cover yang lebih tinggi dengan manfaat pendidikan.

tu jer kot..yang lainnya kena tanya yang lebih pakar :p
 
terima kasih atas penjelasan tu.. en kuhik ni memang le sorang ejen yang berilmu.. tak sabor nak gi menuntut nih
sebenornye saya dah tanya soalan ni pada ramai ejen TI lain termasuk la unit manager saya.. tapi jawapan yang en kuhik bagi saya rasa the best..
bukan apa.. kadang2 ada customer yang memang teliti akan tanya pasal benda2 nih.. kalo takleh jawab malu la
 
sebenarnya, pengalaman saya dulu pun pernah kantoi bila ada customer tanya pasal IET dan IETC nie..huehuehue...malu betul :p
 
en kuhik, tanya sket..
en kuhik ni ejen biasa @ unit manager @ agensi manager?
nampak terrer semacam je.. musykil gak
 
en kuhik, tanya sket..
en kuhik ni ejen biasa @ unit manager @ agensi manager?
nampak terrer semacam je.. musykil gak

saya ejen biasa trang tang-tang jer...
memang saya terrer semacam...sebab masih ramai lagi yang terrer 2 macam, 3 macam, 4 macam, 10 macam...

saya semacam jer :p
 
Perbezaan antara IET & IETC:

1. IET dah siap include payor savings benefit, payor savings IETC hanyalah sebagai rider. Kalau nak, kena include dgn basic plan.

2. Payor savings IET - jika pembayar kematian & lumpuh shj.
Payor savings IETC - jika pembayar kematian, lumpuh & penyakit kritikal.

3. Max SC IET - 30k.
Max SC IETC - 150K.

4. SC IET adalah sepenuhnya berdasarkan polisi.
SC IST utk kanak2 berusia 1-4 tahun, ada lien juvenile.

Ini yg saya dpt from UM kepada AM saya. Nombor 2 & 4 yg penting tu, kena terang kat prospects@clients betul2.

Nak lagi best dan senang, propose je IST kat prospect. Ckp kat pembayar, RM100/bulan guna IST boleh cover anak abang kaw2 punya. Kalau x caya boleh try buat quotation. Anak perempuan, lahir 2001, RM100 sebulan, term = 16 tahun. utk IETC & IST letak sekali payor savings rider utk selaraskan manfaat dgn IET.

Jgn terkejut tgk SC utk IST tu nnt. Itu baru basic SC je. Letak SC = 70K pastu riders lain2 tu letak gedebak gedebuk. Nilai coverage tu yg akan mainkan emosi pembayar or prospects.

Pastu ckp la kat pembayar tu: IST ni focus more towards protection. Keuntungan pelaburan tetap ada insyaAllah. Jangan igt sangat pasal pulangan pelaburan sampai hilang tumpuan dekat personal protection. Bila kena musibah, jangan sampai jual rumah. Tapi kalau abang/akak still insists on investment, xpe, saya ada buat ikhlas capital/premier investment-linked. Jeng jeng jeng! (tapi kena amek pekse dulu la haha).

Ayat kena tip top tp selaras dgn fakta.

InsyaAllah boleh punya. Tengok encik kuhik kita, steady dan hemsem sahaja org nye.

Marilah maju bersama Takaful Ikhlas!
 
Last edited:
yups. terima kasih en.bojed atas penerangan yang lebih detailed :D

Pelan Pendidikan IKHLAS sememangnya mampu untuk menarik minat ibubapa untuk menabung. saya biasanya promosikan Pelan Pendidikan ni dengan Anugerah Kecemerlangan Akademik. dan kalau kita pegi promosi kat cikgu-cikgu mesti diorang suka sebab diorang sendiri pun dalam bidang pendidikan. so ditambah pula dengan Anugerah Pendidikan ni, memang menepati citarasa mereka.

kebanyakan client Pelan Pendidikan saya ialah anak-anak cikgu. cubalah approach cikgu dengan pendekatan skim pendidikan ni :)

p/s : pastu plak tambah ngan IMAT, memang complete ah!
 
Di Takaful Ikhlas Education, Anda SIMPAN :

RM 100 sebulan

12 Faedah yang Anda DAPAT
:

Manfaat Anak :

1- Tabung Simpanan IPTA/IPTS = RM 35,646.85 TAK PAYAH AMIK PTPN!
2- Pengeluaran 50% Simpanan Terkumpul = tidak dikenakan bunga!
3- Anugerah Kecemerlangan Pelajar (TIADA DI PELAN TAKAFUL LAIN)
i- UPSR:RM 500
ii- PMR:RM 700
iii- SPM:RM 700
4- Tabung 40 Penyakit Kritikal = RM 10,000
5- Elaun Harian Hospital = RM 20 sehari
6- Tabung Kemalangan Diri = RM 26,392.86
7- Tabung Musibah (kematian biasa dan hilang upaya kekal/lumpuh) = RM 22,000
8- Belanja Khairat Kematian = RM 1000

Manfaat Pembayar/Ibubapa :
9- Perlindungan Musibah (Kematian dan hilang upaya kekal/lumpuh) = Caruman dikecualikan
10- Pengecualian Cukai Pendapatan LHDN = RM 3000 setahun
11- Amal Jariah Berterusan = Pahala
12- Jaminan Ketenangan = Hasrat tercapai

Ilustrasi diatas dibuat berdasarkan contoh :
Wanita
Umur 30 tahun
Anak berumur 1 tahun

Nota : Lagi muda usia anda ketika menyertai, lagi besar perlindungan yang diperolehi. SEGERAKAN PENYERTAAN ANDA HARI INI!

JANGAN TUNGGU ESOK ATAU TUNGGU ORANG LAIN. MUSIBAH TIDAK MENGENAL SIAPA
 
Back
Top
Log in Register