BTC USD 61,610.0 Gold USD 4,328.60
Time now: Jun 1, 12:00 AM

Skim baharu rancak

ZONDA

Legendary Member
gem
Messages
14,904
Joined
Feb 8, 2011
Messages
14,904
Reaction score
46
Points
120
image.jpg

Hamdan Mohd. Hassan​

KUALA LUMPUR 31 Mac –Pelaksanaan Skim Pembayaran Balik Pelancong (Tourist Refund Scheme) bagi cukai barangan dan perkhidmatan (GST) yang berkuat kuasa esok dijangka membantu menarik lebih ramai pelancong asing sekali gus merancakkan sektor pelancongan di negara ini.

Pengarah Iris Global Blue TRS Malaysia Sdn. Bhd., Datuk Hamdan Mohd. Hassan berkata, skim pengecualian GST itu ditawarkan kepada pelancong asing yang berbelanja sekurang-kurangnya RM300 dalam satu resit di lebih 700 kedai yang berdaftar dengan Jabatan Kastam Diraja Malaysia (JKDM).

Katanya, skim itu ditawarkan di lapan lapangan terbang antarabangsa seluruh negara seperti di Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur (KLIA), klia2, Pulau Pinang, Kuching, Kota Kinabalu, Subang, Senai dan Kuantan.

“Tidak seperti dahulu, skim yang baharu dilancarkan ini memberi peluang kepada mana-mana pelancong yang berbelanja lebih RM300 di sesebuah kedai atau pasar raya yang berdaftar dengan JKDM untuk menuntut semula cukai yang dikenakan terhadap mereka.

“Menerusi langkah ini, kami percaya dapat membantu mengembangkan ekonomi negara melalui sektor pelancongan. Pelancong juga dapat melakukan penebusan semula bayaran cukai secara mudah di pejabat kami di lapan lapangan terbang seluruh negara,” katanya.

Beliau berkata demikian dalam sidang akhbar selepas majlis pelancaran Skim Pembayaran Balik Pelancong, di sini hari ini.

Yang turut hadir Timbalan Ketua Pengarah (Pengurusan) JKDM, Datuk Abdul Rahman Othman dan Ahli Lembaga Pengarah Iris Global Blue TRS Malaysia Sdn. Bhd., Nigel Dasler.

Menurut Hamdan, pengusaha kedai atau pasar raya yang berminat menawarkan skim itu kepada pelancong asing perlu mendapatkan kebenaran daripada JKDM terlebih dahulu.

“Selepas mendapat kelulusan, pengusaha boleh berhubung terus dengan syarikat kami untuk langkah seterusnya dan mereka akan diberikan penerangan mengenai pelaksanaan skim tersebut sekali gus dapat menawarkannya kepada pelancong asing,” katanya.
 
Back
Top
Log in Register