BTC USD 84,000.0 Gold USD 4,285.46
Time now: Jun 1, 12:00 AM

Skandal tender makanan HCTM?

Screenshot-20250722-132458.jpg


Yg ni kot

Yg aku faham dlm news kata perlu halal jakim
 
Yg aku faham dlm news kata perlu halal jakim
Pemilik RHR Hospitality Sdn. Bhd. adalah Rohanna Ramli, yang juga merupakan pengasas bersama dan pengarah urusan syarikat tersebut. Beliau mempunyai pengalaman luas dalam industri perhotelan dan pernah memegang pelbagai jawatan kanan sebelum menubuhkan RHR Hospitality menurut Asia

Ni number chatgpt
 
Pas ni Abg beli goreng Pisang kat makcik melayu kat mana2 warong mintak sijil halal ye. Tak ad sijil halal Abg bising2 kat kedai Acik tu🤣

Kan aku kata dlm news tu ckp perlu ada sijil halal jakim
Bukan aku yg nak
 
PETALING JAYA: Audit kerajaan mendedahkan bahawa Hospital Canselor Tuanku Muhriz (HCTM) menganugerahkan kontrak katering tiga tahun bernilai RM25.64 juta kepada sebuah syarikat yang tidak memiliki sijil halal daripada Jabatan Kemajuan Islam Malaysia (Jakim).
Laporan Ketua Audit Negara (LKAN) 2/2025 mendapati syarikat itu, yang dikenal pasti sebagai 0267299-T, memperoleh tender untuk membekalkan makanan kepada pesakit di HCTM dari Februari 2024 hingga Februari 2027.

Menurut laporan itu, perolehan tender tersebut bertujuan ‘menyediakan sajian makanan yang halal kepada pesakit HCTM bersesuaian dengan status Dapur Utama yang telah mendapat pensijilan halal daripada Jakim’.


Laporan yang dibentangkan di Dewan Rakyat hari ini mendapati jawatankuasa penilaian teknikal HCTM tidak mengesyorkan 0267299-T kerana gagal dalam penilaian teknikal, disebabkan ketiadaan sijil halal dan sijil Analisis Bahaya dan Titik Kawalan Kritikal (HACCP)

Menurut jawatankuasa, syarikat itu juga gagal dalam penilaian teknikal kerana tidak berpengalaman serta tidak mempunyai bilangan pramusaji dan troli makanan yang mencukupi untuk pesakit.
Teruknya tender dibagi kpd syarikat mcm ni...apa lagi SPRM?....
 
Back
Top
Log in Register