BTC USD 63,489.3 Gold USD 4,475.50
Time now: Jun 1, 12:00 AM

Skandal Forex 1992

30 billion klu taja budak2 masuk universiti pun ada kebaikanya atau bina rumah kos rendah untuk rakyat ada faedahnya.

tau pun..bkn sikit tu....tapi jgn lak lupa tolong SAR.....jgn budak2 U je yang dapat...maahad,pondok,SAR..jgn lupe tu...
 
Pakatan akan siasat semula skandal forex RM30 bilion
12:07PM Jun 4 2012

Pakatan Rakyat akan membuka semula siasatan terhadap dakwaan kerugian besar Bank Negara sebanyak RM30 bilion melalui spekulasi tukaran asing (forex) pada tahun 1992 sekiranya berjaya menawan Putrajaya.

Pemimpin popular DAP Lim Kit Siang berkata, Pakatan juga akan menyiasat semua dakwaan skandal kewangan selama tempoh 22 tahun bekas perdana menteri Tun Dr Mahathir Mohamad memimpin Malaysia.

"Sekiranya Pakatan mengambil alih sebagai kerajaan persekutuan dalam pilihan raya umum yang akan datang, satu Suruhanjaya siasatan diraja mestilah ditubuhkan untuk menyiasat kerugian skandal forex Bank Negara bernilai RM30 bilion dalam 1992...," katanya.

Memetik pandangan bekas timbalan gabenor Bank Negara Dr Rosli Yaakop, Lim berkata spekulasi yang berlaku mendapat restu Dr Mahathir dan bekas menteri kewangan Tun Daim Zainuddin.

"Saya telah membuat anggaran dalam sidang Parlimen dua dekad yang lalu bahawa Bank Negara mengalami kerugian besar RM30 bilion. Tetapi Bank Negara mendakwa kerugian berjumlah RM10.1 bilion dalam 1992 dan RM5.7 bilion dalam 1993.

"Kata Rosli semalam, dakwaan kerugian oleh Bank Negara telah "diperkecilkan secara berskema" melalui penilaian semula pegangan emas dan penilaian semula pelaburan sebut harga (quoted investment)," kata Lim

Sumber:Malaysiakini

Ohh ni pasal BNM kena scam dng broker kot, tak pun dng buyer LR.
Agak jer lah.
:D:D
 
sila baca buku nih

Malaysian Maverick
http://bit.ly/KIg5DX

citer pasal Arwah Jalil Ibrahim pun ada dalam buku nih

kalau nak dptkan buku nih , kena beli kat amazon.com

sebab buku nih dah diharamkan di Malaysia .banyak citer2 pasal Dr M dah dikuarkan dalam buku nih

ehh ada password lah! apa password dia?
 
cacai kata:

"kalu nanti tadbir negara, buat ape nak ungkit2 perkara yang lepas....dok asyik ungkit2, yang mendatang tersungkur...."

puihhh....

salah tetap salah...... yang bertangong jawab kena hadapi hukuman.. paling tak bayar balik atau denda 30 billion
 
baguslah. siasat habis2. diorang nak sekat macam2. tapi xsedar diri diorang sendiri ada rahsia
 
Patutlah BNM x suka rakyat Mesia trade forex :D
 
klu trade 1 pip rm1 juta pun, mau reverse 30,000 pips bru lost bnyak tu, ni mesti buat kek lapis bertingkat2 martin lagi ni..
 
Back
Top
Log in Register