eboss
CG Hardcore

- Messages
- 85,650
Paid Membership
- Joined
- Nov 29, 2007
- Messages
- 85,650
- Reaction score
- 1,896
- Points
- 591
PELABUHAN KLANG: Ratusan rim sport ghaib dari sebuah kontena disita Kastam DiRaja Malaysia (KDRM) Selangor di sini, Sabtu lalu, dipercayai didalangi pihak tertentu di pelabuhan dengan dorongan kuat ejen sindiket penyeludupan.
Sebelum itu, KDRM menahan kontena berkenaan dan mendapati ikrarnya dipalsukan sebelum disita untuk siasatan lanjut tetapi pihak tertentu terbabit mengambil kesempatan dengan mengeluarkan barangan bernilai tinggi berkenaan secepat mungkin bagi mengelak kerugian.
Pengarah KDRM Selangor, Roslan Yusof ketika mendedahkan perkara itu memaklumkan, kastam meminta pengurusan pelabuhan supaya tidak membuka atau mengeluarkan barangan di dalamnya kerana ia sudah disita dan dijadikan bukti siasatan.
“Bagaimanapun, pegawai kami terkejut apabila mendapati kontena itu kosong ketika mahu melakukan siasatan dan nilainya dipercayai ratusan ribu ringgit.
“KDRM syak ia perbuatan ejen sindiket dengan bantuan pihak tertentu di pelabuhan. Barangan itu juga gagal dikesan mungkin sudah diedarkan di pasaran kerana permintaannya tinggi,” katanya, ketika ditemui, di Wisma KDRM di sini, semalam.
Menurut Roslan, dua ejen ditahan bagi membantu siasatan dan sudah dilepaskan dengan jaminan sementara menunggu tindakan lanjut bakal diambil dalam masa terdekat.
Beliau berkata, rim sport terbabit diseludup dari luar negara dan banyak syarikat alat ganti atau aksesori kenderaan berminat kerana harganya rendah selain boleh dijual dengan nilai tinggi mengikut harga pasaran.
“Ia mudah dijual dan kerana itu KDRM percaya ejen berani melanggar perintah serta arahan KDRM dengan mengeluarkan barangan secepat mungkin sebelum sempat pegawai kami melakukan siasatan.
“Bagaimanapun, kami yakin pihak terbabit tidak akan terlepas dan kami juga sudah maklumkan kepada pengurusan pelabuhan ada kakitangan mereka bakal dikenakan tindakan undang-undang berkaitan kejadian,” katanya.
Dalam masa sama, Roslan turut memaklumkan, sepanjang 18 hari bulan ini, KDRM Selangor berjaya merampas serta menyita 29 kontena kerana melakukan pelbagai kesalahan.
Daripada jumlah berkenaan, tiga membabitkan penyeludupan rokok. Dua ejen juga turut ditahan kerana dipercayai mempunyai kaitan dengan kes berkenaan.
“Dari 1 Ogos hingga 18 Ogos, KDRM Selangor melakukan rampasan membabitkan nilai lebih RM5 juta hasil 15 kes cubaan menyeludup masuk barangan seperti rokok, kertas terguna selain minuman keras.
“Kami sudah mengenal pasti beberapa pihak yang terbabit dalam kegiatan itu dan cita-cita kami sekarang ialah mendakwa mereka sebagai pengajaran kepada pihak lain supaya tidak berani menjadi pengkhianat negara,” katanya.
Patut ler sport rim kat area Klang murah-murah. Dapat under water punya ler kot
:-? :-? :-? :-?