BTC USD 84,327.5 Gold USD 4,290.40
Time now: Jun 1, 12:00 AM

Sistem Sekular Menindas Wanita

demuara

Fun Poster
Messages
356
Joined
May 31, 2009
Messages
356
Reaction score
35
Points
20
Nicole Kidman Beri Keterangan

WASHINGTON 22 Okt.- Nicole Kidman memberi keterangan berhubung keganasan terhadap wanita kepada sebuah jawatankuasa Kongres Amerika Syarikat (AS) semalam.

Aktres itu mengakui bahawa Hollywood sendiri mungkin telah menyumbang kepada masalah itu dengan menggambarkan wanita sebagai objek seks yang lemah.

Bagaimanapun, pelakon dan pemenang Anugerah Academy itu berkata, beliau tidak berminat dengan peranan tidak bermaruah itu sambil menambah bahawa industri perfileman juga berusaha menyumbang kepada penyelesaian bagi menamatkan keganasan itu.

Kidman memberi keterangan semalam kepada jawatankuasa kecil Hal Ehwal Luar Dewan Perwakilan yang sedang mempertimbang untuk menggubal undang-undang bagi menangani keganasan terhadap wanita di seluruh negara menerusi bantuan badan kemanusiaan dan pertubuhan-pertubuhan yang berkaitan.

Ditanya oleh perwakilan Parti Republik, Dana Rohrabacher sama ada industri perfileman telah memainkan peranan yang buruk, Kidman berkata, 'mungkin' namun segera menambah bahawa beliau tidak terlibat.

"Saya tidak boleh dipertanggungjawabkan untuk seluruh kesalahan Hollywood tetapi saya pastinya boleh bertanggungjawab atas faktor kerjaya saya," katanya.

Kidman hadir menemui jawatankuasa itu sebagai duta Dana Pembangunan untuk Wanita Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (PBB) yang dikenali sebagai UNIFEM bagi menyokong Akta Keganasan Terhadap Wanita Antarabangsa.

"Dalam dunia realiti, undang-undang itu tidak dikuatkuasakan dan hukuman yang tidak setimpal telah menjadi satu kebiasaan," katanya.

Undang-undang itu pernah ditolak sebelum ini, namun seorang perwakilan daripada Parti Demokratik, Bill Delahunt berkata, beliau dan rakan-rakan sejawatnya akan membentangkan akta itu semula dalam masa terdekat.

Bintang Australia itu juga memberitahu Kongres bahawa dana wanita PBB memerlukan lebih banyak sumber.
"Kami perlukan sumber kewangan," katanya.

Sebelum persidangan bermula, sejumlah penyokong berdiri di penjuru dewan untuk mendengar bintang tersebut berhujah. - AP
 
Sistem sekular menindas wanita

Sekiranya seorang bintang filem Hollywood yang terkenal seperti Nicole Kidman yang bertaraf public figure di Amerika Syarikat memberikan keterangan tentang keganasan terhadap kaum wanita di Amerika Syarikat, dan lebih-lebih lagi keterangan beliau dibuat di pusat pentadbiran Amerika Syarikat, di Capitol Hill, maka ianya merupakan suatu perkara yang serius yang mendapat perhatian banyak pihak dan bukan perkara yang remeh.

Undang-undang di Amerika Syarikat diasaskan kepada sistem sekular, yang membenarkan bahan lucah dan pornografi dapat diperolehi di mana-mana sahaja seperti di dalam filem, majalah dan alam siber, di tambah pula dengan pusat-pusat maksiat yang menonjolkan wanita sebagai objek seks dan alat pemuas seks bagi lelaki.

Secara puratanya seramai 1.3 orang wanita dirogol setiap minit, seperti yang dilaporkan oleh sebuah organisasi yang bernama The Help Line USA, Inc. [http://www.thehelpline.net/Abused.html].

Sebuah kajian yang dibuat oleh Universiti Rochester mengatakan bahawa Amerika Syarikat mempunyai kadar jenayah rogol terhadap wanita yang paling tinggi di kalangan negara maju [http://sa.rochester.edu/masa/stats.php].

Sebuah lagi kajian daripada U.S. Department of Justice mengatakan bahawa secara puratanya seorang wanita dirogol setiap 2 minit, [laporan ‘Violence against Women’, Bureau of Justice Statistics, U.S. Dept. of Justice, 1994, http://www.paralumun.com/issuesrapestats.htm].

Pada 7 Febuari 2008, Reuters melaporkan sebanyak satu perempat dari jumlah kaum wanita di Amerika Syarikat pernah menjadi mangsa keganasan fizikal, sama ada oleh suami atau bekas suami mereka, atau oleh teman lelaki atau bekas teman lelaki mereka.

Ini diperoleh dari suatu kajian yang dibuat oleh Center for Disease Control and Prevention (CDC) di Amerika Syarikat.

Laporan CDC juga menyebut bahawa seramai 1,200 wanita terbunuh dan 2 juta menjadi mangsa keganasan fizikal setiap tahun di Amerika Syarikat.

Hollywood yang terletak di wilayah California yang merupakan wilayah yang paling banyak mengeluarkan filem lucah atau filem porno di Amerika Syarikat.

Tidaklah menghairankan sekiranya Nicole Kidman menyalahkan Hollywood sebagai salah satu penyumbang kepada keganasan terhadap kaum wanita di Amerika Syarikat.

Amerika Syarikat sebagai negara bapa sekularisme mendakwa bahawa sistem sekular merupakan sistem yang paling baik dan kononnya memberikan 'kebebasan dan hak sama rata' kepada kaum wanita.

Lebih dari itu, mereka juga sering menyelar negara-negara lain terutamanya di Timur Tengah yang “menafikan hak dan kebebasan wanita”.

Mereka mengkritik pemakaian hijab, jilbab dan burqa yang dikatakan “menindas” kaum wanita.

Namun, apabila kita melihat fakta-fakta di atas (dan banyak bukti lain) dan pengakuan yang dilakukan oleh Nicole Kidman, semua ini membuktikan bahawa segala slogan perjuangan hak wanita yang kerap digembar-gembur dan dikatakan telah mencapai tahap yang membanggakan di Amerika hanyalah gambaran kulit luar yang hakikatnya menyembunyikan kudis dan kurap yang busuk.

Apa yang berlaku bukannya 'pembebasan' wanita bahkan wanita pula yang semakin banyak menjadi mangsa penindasan dan keganasan!
 
malaysia camne??
 
Walaupun sistem sekular menindas wanita, sukar dunia menerima yg Islam memelihara hak2 wanita.

Yyvonne Ridley antara women's right activist yg memeluk Islam & mengakui Islam memelihara hak2 wanita. Begitu juga dengan seorang hakim wanita British Marilyn Mornington yg banyak terlibat dengan perundangan hak2 wanita, turut menemui jawapan dalam Islam & memeluk Islam.

http://www.youtube.com/watch?v=a73Fa40-t14

http://www.youtube.com/watch?v=5i1oMxKcydc
 
wanita layak duk di rumah..

tjawab kt rumah tak tertunai..

pg pulak cari tjawab tmpat lain..

work from home..itu maksud aku..

jika nak tlg suami..

sanggup tk anda sang suami tgk isteri

anda bertepuk tampar ngan laki lain kt tempat kerja dia..

itulah agenda barat..dah berjaya pun kat malaysia ni..
 
mane x kat sane banyak kes rogol ...
dekat sane macam mane owg owg depe ...
 
Back
Top
Log in Register