BTC USD 86,123.1 Gold USD 4,158.53
Time now: Jun 1, 12:00 AM

To Sell Sistem Penggera Rumah

hafiz_yahya

Fun Poster
Messages
188
Joined
Nov 8, 2012
Messages
188
Reaction score
1
Points
15
239860_b.jpg


Sistem Penggera Rumah 2 ialah sistem penggera tanpa wayar yang lengkap, berciri penuh dan boleh diubah-ubah yang memenuhi keperluan gaya hidup moden pengguna. Sistem yang tidak memerlukan pemasangan wayar dan kabel yang rumit, ia menawarkan perlindungan zon tanpa wayar 13 + 1 dan disokong oleh sistem pemantauan pengawasan 2 hala yang membolehkan pemantauan status penggera secara automatik. Imbasan pengawasan akan memeriksa semua zon yang dilindungi untuk memastikan segala-galanya berfungsi dengan sewajarnya. Jika ada mana-mana kawasan yang tidak selamat (cth. pintu tidak ditutup, pemancar rosak, bateri lemah, bekalan kuasa terputus, dll), sistem akan menunjukkannya dan memaklumkan pengguna.

Sistem terdiri daripada Panel Kawalan dengan pad kekunci terbina dalam untuk memudahkan pemprograman dan operasi sementara Sensor Getaran tanpa wayar dan Sesentuh Magnet menyediakan perlindungan pencerobohan asas. Sistem ini juga didatangkan dengan alat kawalan jauh untuk memudahkan lagi operasi. Di samping itu, Pengesan Inframerah Pasif (PIR) ditawarkan sebagai pilihan untuk perlindungan tambahan atau untuk menjadi pertahanan sekunder. Sistem juga boleh diaktifkan melalui telefon untuk menyambung dan memutuskan atau menghubungkannya ke mana-mana penyedia Sistem Pemantauan Berpusat (CMS).

Pakej penyelesaian keselamatan rumah semua dalam satu ini terdiri daripada:

• Panel Kawalan pusat 13 + 1 zon dengan siren terbina dalam, Pendail Auto dan bateri sokongan (1 unit)
• Sesentuh Magnet dengan pemancar (3)
• Sensor Getaran dengan pemancar (3)
• Alat Kawalan Jauh (2)
• Kabel telefon (1)
• Pelekat Penggera Rumah (1)

http://www.youtube.com/watch?feature=player_embedded&v=C56xjYB4Q0w

SISTEM PENGGERA RUMAH 2 MELINDUNGI DALAM 3 LANGKAH ASAS

Mengesan

Sistem ini terdiri daripada Panel Kawalan pusat yang memantau pelbagai tempat masuk di rumah anda. Jika seseorang penceroboh cuba memecah masuk ke dalam rumah anda menerusi salah satu daripada tempat masuk yang dilindungi, sistem akan mengesannya dan mencetuskan siren.

Menghalang

Apabila seseorang penceroboh mencetuskan mana-mana satu komponen, sama ada Sesentuh Magnet atau Sensor Getaran, Panel Kawalan dengan pembaz terbina dalam dan Kotak Siren Luar (pilihan) akan serta-merta berbunyi. Siren yang nyaring akan menghalang penceroboh daripada terus memecah masuk.

Memberitahu

Apabila pemancar menghantar isyarat ke Panel Kawalan untuk memberitahu tentang pencerobohan, system kemudiannya akan menghubungi 4 nombor telefon yang telah diprogramkan terlebih dahulu untuk memberitahu dan memberi maklumat kemas kini tentang status sistem dalam bahasa pilihan anda. Jika ia dihubungkan ke mana-mana syarikat CMS, tindakan yang perlu boleh diatur dengan penyedia perkhidmatan yang berkenaan.
 
nak gak tau brapa rm? pastu nie just utk gsm ajer ker or local phone or kedua-duanya sekali
 
Terbaik sistem pengera ni. Hubungi tt segera
 
Pm gua harge.. N pls include klu harge seunit vib sensor & magnetic sensor incase nk tmbh...
 
Back
Top
Log in Register