BTC USD 63,419.5 Gold USD 4,478.27
Time now: Jun 1, 12:00 AM

'Sistem pendidikan sudah terbalik'

balqis07

CG Top Poster Club
gem
Messages
30,953
Paid Membership
Joined
Jan 27, 2010
Messages
30,953
Reaction score
294
Points
136
image.jpg

Satiful menyarankan orang ramai menyalurkan sumbangan untuk menyiapkan sebuah bangunan bagi kegunaan pelajar Sekolah Menengah Islam Darul Bayam dekat Pinang Merah, Paka.
< 1 / 1 >
PAKA - Pendidikan Islam merupakan kaedah terbaik bagi mengatasi isu keruntuhan moral anak-anak yang harus ditangani bukan sahaja ibu bapa, malah masyarakat dan kerajaan.

Adun Paka, Satiful Bahri Mamat berkata, pendidikan Islam kini hanya dijadikan alternatif dan bukan pendidikan utama.

Menurutnya, jika dibuat perbandingan, sistem pendidikan kini lebih bercirikan sistem konvensional, sedangkan pendidikan Islam itu penting kerana merupakan asas diperlukan dalam masyarakat.

"Bagaimanapun, sistem pendidikan kini sudah terbalik kerana beri penekanan akademik pada peringkat awal, sebaliknya asas pendidikan Islam biasanya diberi perhatian selepas seseorang itu berjaya menguasai akademik.

"Ramai yang sudah berjaya menjadi doktor, hakim mahupun jurutera, tapi tak pandai baca al-Quran. Selepas itu baru nak belajar, sedangkan sepatutnya perkara ini diberi penekanan awal. Bila tak ada asas yang kukuh, sebab itu berlakunya keruntuhan akhlak, rasuah dan sebagainya,” katanya.

Beliau yang juga pengasas Sekolah Islam Darul Bayam berkata demikian ketika merasmikan majlis penutup kem pra tahfiz di sekolah berkenaan, dekat sini, pagi semalam.

Satiful berkata, sepatutnya kerajaan memberi lebih banyak bantuan kepada sekolah pondok yang ditubuhkan secara persendirian melalui sumbangan orang ramai.

“Bagi sekolah bantuan penuh kerajaan, walaupun muridnya tak ramai, kerajaan boleh menyediakan bangunan dan kemudahan lebih daripada mencukupi.

"Jadi apa salahnya kerajaan membantu sekolah agama yang melahirkan golongan ilmuwan Islam yang hafaz al-Quran, mengamalkan sunah Rasulullah serta baik moralnya,” katanya.

Pada masa sama, Satiful turut memaklumkan, pihaknya kini sedang menyiapkan sebuah bangunan dua tingkat untuk dijadikan asrama pelajar lelaki.

Bagaimanapun katanya, pihaknya memerlukan kira-kira RM800,000 untuk perbelanjaan menyiapkan bangunan tersebut yang dibina hasil sumbangan orang ramai.

“Dengan adanya sumbangan orang ramai dan dana yang cukup, mungkin bangunan ini boleh disiapkan lebih awal daripada tempoh sebenar.

“Bangunan ini sekurang-kurangnya dapat menampung keperluan pelajar yang kian bertambah dari semasa ke semasa," katanya.



SUMBER:http://www.sinarharian.com.my/edisi/terengganu/sistem-pendidikan-sudah-terbalik-1.226151
 
Btolah mmg da terbalik..ptutnya yg utama didulukn..:-?
 
pendidikan islam tu hanya satu pelajaran semata2.takda penghayatan.mana taknya masalah sosial berlambak2 dan menjadi2.takut apa jadi pada generasi sekarang.:-?
 
Biasela agenda yahudi yg disalurkn pd british dan diwariskn pd amno, pikir2la
 
semua pendidikan terbaik bermula daripada rumah, sekolah tempat belajar

teori dan sedikit praktikal, tetapi di rumahla tempat sepenuhnya praktikal

dilaksanakan..
 
semua pendidikan terbaik bermula daripada rumah, sekolah tempat belajar

teori dan sedikit praktikal, tetapi di rumahla tempat sepenuhnya praktikal

dilaksanakan..

benar betul dan tepat.tp desakan memenuhi tuntutan hidup n survival terutama di bandar2 besar memaksa majoriti ibubapa golongan bawahan n perengahan menghabiskan sebahagian besar masa di tempat kerja.paling teruk ibubapa sendiri menunjukkan contoh yg buruk kpd anak2.
 
Back
Top
Log in Register