BTC USD 84,713.5 Gold USD 4,140.83
Time now: Jun 1, 12:00 AM

Sistem khalifah

soalan..

adakah sistem khalifah hanya hendak ditegakkan di Tanah mElayu a.k.a Malaya a.k.a Semenanjung Malaysia sahaja ke?

nop bro...kan sy ader tulis lg tue..sblm kiter bergabung dgn saudara diluar sana..ht tue pertubhn international...dan diorg tgh aktif utk meyebarkan kesedaran...kiter kat forum nie hanya bincang dlm skop kiter as pendudk negeri ini..bkn sy nak kata tnh nie ajer yg jlnkn sistem khalifah.

knape sy sentuh dlm negeri kiter nie ajer..sbb saya nk kiter berubh dlm negara kiter dlu...ini ia perlu perbincangan yg detail..tue sbb sy bg skop..sbb setiap tue ader peranan masing2...sistem nie takkn tertubh dlm sekelip mata...kecuali ler benar berlaku the worst (perang)...tp masa tue smua kena fahami tujuan perang itu.fisabilillah.
sy pun tahu dan bkn nak tnjk pandai...sebnrnya semboyan perang tue dh lama berbunyi di tanh palestin.ya di tnh saudara kiter...ya saya mengaku sy sendiri tak mempunyai keberanian seberani anak2 skuad pelontar batu palestin...dan sy cuba memperbaiki diri..yg kurang itu kelemahan saya yg dh lama terbuai mimpi indah.

klau saudara pernh terdengar cerita psl ader sorang saudara kiter dr malaysia yg naik motor nk pegi ke palestin namun dihantar blk ke sini semasa sampai di tthailand..ya saya tabik saudara ituu...begitu tinggi kesedaran dia.ketika sy membaca cerita itu dlm hati saya terdetik rasa kelakar (aper la terlalu ekstrem sngt org nie) tp slps bebrpa thn belalu smakin lm smakin sy meyedari yg tujuan dn kehendak saudara itu lahir dr smngt persaudaraan yg kuat...yg pastinya akn lebih kuat dan lbh menyeluruh dlm benak dan sanubari kiter smua jika sistem khalifah ini tertegak...
blh saudara terima pandgn saya nie? sy sedia terima teguran krn sy bkn sempurna.
 
soalan tambahan...apakah maksud khalifah dan apakah maksud demokrasi? apakah pula yang dimaksudkan dengan khilafah dan khalafiyah?

lg skali ingin sy tegaskan sy bkn ahli dlm hal ini.sy cuma insan biasa yg ingin berbincang dgn saudara2 sekalian,,,
jikalau ader di antara saudara yg beranggapan sy nie sorang ustaz maka jawap sy sy bkn ustaz...saya cuma org sesat dlm mimpi!!!

utk soaln2 saudara nie akn sy cuba crkan jawapannya...n klau saudara ader kesemptn blh ler googlekn..dan jika ader jwpn nya kongsikn bersama.
 
Malaysia?

demokrasi

khilafah

Khalafiyah

petikan website di atas

4. Sebab-sebab Pemilikan

Faktor-faktor yang menyebabkan harta dapat dimiliki :
a. ikhraj al mubahat untuk harta yang belum dimiliki oleh seseorang (mubah) atau harta yang tidak termasuk dalam harta yang dihormati (milik yang sah) dan tidak ada penghalang syara’ untuk dimiliki. Syarat memiliki benda-benda mubahat :
o Benda mubahat belum diikhrazkan oleh orang lain.
o Adanya niat atau maksud memiliki.
b. Khalafiyah : bertempatnya seseorang atau sesuatu yang baru bertempat di tempat yang lama yang telah hilang berbagai macam haknya. Ada 2 macam :
o Khalafiyah syakhsy ’an syakhsy : si waris menempati tempat orang yang mewarisi dalam memiliki harta-harta yang ditinggalkan oleh orang yang mewarisi yang disebut tirkah.
o Khalafiyah syai’an syai’in : apabila seseorang merugikan milik orang lain atau menyerobot barang orang lain kemudian rusak di tangannya atau hilang, maka wajiblah dibayar harganya dan diganti kerugian-kerugian pemilik harta. Disebut tadlmin / ta’widl (menjamin kerugian
 
lagi maklumat

Khalifah dalam ertika istilah bahasa adalah pengganti.Dan apabila Allah s.w.t menyampaikan hasrat takdirNya kepada para malaikat dengan firmanNya:

إني جاعل فى الأرض خليفة

"Sesungguhnya Aku pasti akan menjadikan di mukabumi seorang khalifah"

Maka secara automatik khalifah adalah penyebar agama Allah. Tak mungkin Allah sendiri akan menyebarkan agama yang Dia ciptakan kerana ini akan melanggar sunnatullah atau fitrah manusia. Maka manusia lah yang menjadi galang ganti dalam mengagungkan agama Allah ini. Ini maksud khalifah secara bahasa sahaja iaitu setiap umat islam adalah khalifah Allah yang memikul tanggungjawab dalam menjunjung agama suci ini.

Sebaliknya, maksud khalifah dari sudut syar`ie nya adalah kerajaan Allah yang dipraktikkan oleh seorang yang khas. Oleh kerana itulah manusia pertama yang dipikul tanggungjawab "khalifah" tersebut adalah Nabi yang maksum dari dosa iaitu Adam a.s. Maka jelas Adam memiliki ciri2 yang dikehendaki Allah untuk terus membesarkan agama Allah di mukabumi ini. Hanya baginda seorang Nabi yang hanya sekadar beramal untuk dirinya sendiri dan keluarga tanpa perlu tabligh atau menyebarkannya. Ini kerana Adam tidak memiliki umat ketika itu.Baginda hanya beramal dan mempraktikannya dalam keluarga sahaja.

Namun setelah zaman berganti zaman, maka lahirlah Rasul yang dipimpin oleh Allah dengan kitab2 syariat. Maka ketika itulah peranan khalifah akan lebih melangkaui batasan dari asalnya iaitu tidak hanya menyebarkan agama Allah bahkan menjadikan diri2 mereka sebagai kitab syariat itu sendiri. Seterusnya mempraktikannya dalam bentuk kerajaan dan pemerintahan Islam. Di sini maka mereka digelar sebagai khalifah yang sebenar atau lebih tepat lagi sebagai Imam umat manusia. Manusia Nabi Rasul yang pertama menjadi imam umat manusia adalah Ibrahim a.s berdasarkan firman Allah

وإذ ابتلى إبراهيم ربه بكلمات فأتمهن * قال إني جاعلك للناس إماما * قال ومن ذريتي * قال لا ينال عهدي الظالمين

"Dan setelah Ibrahim selesai dan sempurna mengharungi ujian2 Tuhannya, maka berkata Dia (Allah): Sesungguhnya Aku melantik kamu menjadi imam kepada umat manusia. lalu Ibrahim berkata: Ku pohon juga (perlantikan itu) buat zuriatku. Allah menjawab: (Aku perkenankan) hanya janjiKu ini tdak akan diberikan kepada orang2 yang zalim"

Maka disitulah bermulanya sebuah penyebaran agama Allah yang bersifat menyeluruh dari seorang Nabi Rasul Imam yang wajib ditaati oleh seluruh umat manusia.

Atas permohonan Ibrahim a.s tersebut maka Nabi Rasul Imam Muhammad s.a.w juga seorang imam yang memimpin umat manusia sejagat. Bukan hanya umat islam sahaja tapi sejagat. Muhammad s.a.w dengan berjaya telah membangunkan sebuah negara Islam yang baginda sendiri kendalikan dengan panduan dan pimpinan Allah s.w.t. Segala sistem politik, sosial, ekonomi, ibadat dan sebagainya Nabi telah ajarkan dan semaikan ke dalam diri sahabat2nya.

Zaman kegemilangan islam sudah teguh kerana wujudnya sistem yang kukuh ini iaitu sistem Khalifah yang dipimpin oleh insan yang sempurna. Dan sebelum baginda wafat, maka baginda memberi wasiat kepada umatnya agar berikan taat kepada imam-imam atau khalifah2 penggantinya yang baginda sebutkan seramai 12 orang. Sabda Nabi s.a.w.

انّ هذا الأمر لا ينقضي حتى يمضي فيهم اثنا عشر خليفة

"Urusan (agama) ini tidak akan selesai hingga sempurna 12 orang khalifah"

Imam as-Suyuthi menerusi kitabnya Tarikh Khulafa mengatakan bahawa 12 orang tersebut diakhiri dengan imam Mahdi. Maka jelaslah bahawa al-Mahdi adalah khalifah atau imam yang ditunggu2 oleh sekalian umat islam....iaitu al-Mahdi adalah imam dari benih suci Rasulullah s.a.w.

Sebagaimana yang saya fikirkan pada awal bahawa sebelum kita mahu melaksanakan sistem khalifah ini seharusnya kita mengenal calon2 yang sememangnya layak menjawat jawatan tersebut di akhir zaman ini..

Apakah mungkin Nabi s.a.w tidak pernah memberikan gambaran yang terang dan nyata tentang ciri2 mujaddid atau lebih tepat disebut khalifah tersebut agar umat tidak tercari2 yang akhirnya akan membawa kepada salah orang atau sebagainya?

Sebelum kita sama2 nak perjuangkan sistem Islam ini seharusnya kita mengenali dulu siapakah yang layak memimpin umat tersebut. Khalifah bukan wakil rakyat setempat, bahkan beliau memimpin dunia. Maka pasti Nabi telah memberikan tunjuk samada secara nama ataupun isyarat.

Sebagaimana yang telah disebutkan tentang khalifah 12 tersebut dan diakhiri imam Mahdi. Di sini saya hanya membahaskan secara luaran bahawa imam mahdi merupakan khalifah umat islam secara khusus dan umat munusia secara umum.

Imam al-Mahdi semenangnya wujud dan itu tidak boleh dipertikaikan lagi kerana ia jelas. Bahkan 12 orang khalifah yang disebutkan Rasul s.a.w tersebut telah disyarahkan bahawa yang terakhir adalah imam al-Mahdi. Bukti wujudnya imam 12 tersebut disebutkan di dalam al-Hadits2 diantaranya:

- Dikeluarkan oleh Bukhari, Ahmad dan Baihaqi (6) dari Jabir bin Samurah berkata: Aku telah mendengar Rasulullah bersabda:

يكون اثنا عشر أميراً

"Akan wujud 12 orang pemimpin"

Jabir berkata: Setelah itu baginda mengatakan sesuatu yang aku tidak dapat mendengarnya. Lantas berkata bapaku bahawa baginda bersabda:

كلّهم من قريش

"Semuanya dari Quraisy"

- Dikeluarkan oleh Muslim dari Jabir bin Samurah berkata: Aku masuk bersama bapaku ke hadrat Nabi lalu aku mendengar baginda bersabda:

Jabir berkata: Kemudian baginda mengatakan sesuatu yang kabur dari pendengaranku, maka aku bertanya bapaku apa yang dikatakan baginda? Bapaku menjawab: Nabi bersabda: "Semuanya dari Quraisy"

Hadits2 seumpama ini dikeluarkan oleh ulama ulung hadits iaitu Bukhari dan Muslim serta ulama2 yang lain.
 
sambungan

Diantaranya tuan boleh cek di sini;

1.Shahih Bukhari: Hadits Bil. 7222-7223
2.Shahih Muslim: Hadits Bil. 4681-4689
3.Sunan Abu Daud: Hadits Bil. 4278-4279
4.Shahih Tirmidzi: Hadits Bil. 2223

Di sini jelas bahawa 12 khalifah tersebut wujud. Kini individu 12 orang tersebut pula kita lihat secara ilmi.

Imam as-Suyuthi membawakan pendapat imam Ibnu Hajar al-Asqallani tentang individu 12 orang tersebut iaitu:

1. Abu Bakar
2. Umar al-Khattab
3. Utsman Affan
4. Ali bin Abi Thalib
5. Muawiyah
6. Yazid bin Muawiyah
7. Marwan bin Hakam
8. Abdul Malik bin Marwan
9. Al-Walid
10. Yazid
11. Umar Abdul Aziz
12. Al-Walid bin Yazid bin Abdul Malik

Namun imam Suyuthi menolak pendapat Ibnu Hajar dengan menyusun sebegini:

1. Abu Bakar
2. Umar al-Khattab
3. Usman bin Affan
4. Ali bin Abi Thalib
5. Hasan bin Ali
6. Muawiyah
7. Ibnu Zubair
8. Umar bin Abdul Aziz
9. Al-Muhtadi
10. Az-Zohir
11. ??
12. Imam al-Mahdi.

Imam Suyuthi tak mendapat jawapan bagi tempat yang ke 11.

(Pertentangan pendapat ini boleh dirujuk di Tarikh Khluafa`: Hal 27-28)

Seterusnya seorang ulama Sunni yang bermazhab Hanafi iaitu al-Qanduzi al-Hanafi - selepas mengemukakan hadits-hadits 12 khalifah tersebut - telah membuat ulasan berikut:

“Sesungguhnya hadits-hadits yang menunjukkan bahawa para khalifah sesudah Rasul sebanyak 12 orang sangat masyhur dan banyak jalan sanadnya. Oleh itu dapatlah kita mengetahui bahawa 12 orang yang dimaksudkan baginda ialah para imam 12 dari Ahlul Bait baginda s.a.w.Ini adalah kerana tidak mungkin kita dapat menyesuaikan hadits tersebut dengan pemerintah- pemerintah bani Umayyah kerana selain bilangan mereka yang lebih dari 12 orang, mereka juga zalim dan keji kecuali Umar bin Abdul Aziz. Bahkan, mereka juga bukan dari kalangan bani Hasyim seperti yang disabdakanbaginda Nabi. Selain itu juga, tindakan Nabi merendahkan suaranya ketika menyatakan hadits tersebut menguatkan lagi kenyataan ini kerana mereka (sebahagian besar para sahabat) tidak menyambut baik kepimpinan bani Hasyim”.

Beliau meneruskan lagi:

“Bahkan kita juga tidak dapat menyesuaikan hadits tersebut dengan pemerintah bani Abasiyah kerana bilangan mereka juga melebihi 12 orang, di samping mereka tidak memelihara maksud firman Allah: "Katakanlah (wahai Muhammad): Aku tidak meminta upah dari (penyampaian dakwah ini) melainkan cinta kasih kepada keluargaku”, juga tidak menjaga (individu-individu) hadits al-Kisa`(1). Dari itu, hadits tersebut amat sesuai diterapkan kepada para imam 12 dari Ahlul Bait Nabi kerana mereka adalah manusia yang paling berilmu pada setiap zamannya (setiap zaman kewujudan imam), paling mulia, paling warak, paling bertaqwa, paling mulia dari sudut nasab (keturunan), paling mulia dari sudut kedudukan dan paling mulia di sisi Allah s.w.t. Ilmu mereka semuanya berasal dari bapa-bapa mereka (tanpa terputus) dan terus bersambung kepada datuk mereka Rasulullah s.a.w”

(Sila rujuk: Yanabi`ul Mawaddah: Hal. 106. Bab 77)

2. Mengenai perkara ini ia amat rumit untuk dirungkaikan. Hanya Allah yang mengetahui mengapa khalifah imam al-Mahdi tidak muncul2 lagi dalam keadaan umat islam kini.

Tapi adakalanya saya tertanya, jika imam keluarlah pada zaman sekarang ni,apakah umat islam akan bersatu mengangkatnya sebagai khalifah yang sepatutnya?

dan adakalanya saya juga berfikir, jika Nabi dah sebutkan wujud 12 orang tersebut, adakah Nabi takkan menyebutkan nama2 individu tersebut. Insya Allah saya sedang mencari...

Bagi saya, adalah kemungkinan besar bahawa Allah mentakdirkan untuk melambatkan zuhur imam Mahdi ini untuk menguji umat manusia Islam dengan keimanan mereka untuk menapis tentera2 yang akan bersama imam kelak.

Imam al-Mahdi sudah pasti adalah imam Terakhir sebab dia adalah Ahlul Bait Nabi s.a.w. Bahk sudah menjadi sunnatullah bahawa dunia ini tidak boleh kosong dengan hujjah Allah iaitu seorang khalifah penerus hidayah Allah.FirmanNya;

انّمَا أنتَ مُنذِرٌ وَلِكُلِّ قَومٍ هَادٍ

"Sesungguhnya kamu (wahai Muhammad) hanya pembawa peringatan dan bagi tiap-tiap kaum umat terdapat seorang petunjuk"

Menerusi ayat ini, Allah s.w.t menjelaskan bahawa setiap zaman wujud seorang pemberi penunjuk ke jalan-Nya tanpa terputus-putus.

Wallahu A`alm,

Sumber
 
:):):) Macam perasan pulak tulisan artikel ni..:):)

Jazakallah...
 
Pun macam perasan artikel ni....:):):)
 
Back
Top
Log in Register