BTC USD 84,537.3 Gold USD 4,140.83
Time now: Jun 1, 12:00 AM

Sistem khalifah

pada pendapat aku yg tak seberape ni..Hizbut Tahrir Malaysia kene jadi salah satu parti politik Malaysia..

jom ramai2 undi hehehe

:)

takde maknanya,
kalau ikut sistem yg ada kat Malaysia ni kita tetap tak kemana.
takkan berjaya kembalikan sistem khilafah.

kita ikut sistem yg dicipta penjajah,
kita takkan menang.
ingat senang2 ke anak didik penjajah kat Malaysia ni nak lepaskan kuasa?
sedangkan terlepas beberapa negeri pun dah meroyan,
apatah lagi kalau terlepas kuasa pusat.

sistem khilafah takkan bangkit jika ikut demokrasi berpelembagaan
apalagi jika ikut sistem beraja.

kena ikut cara lain.
 
Sistem khilafah wajib mesti wujud hanya menanti masanya. Namun yang paling pasti umat Islam wajib bersatu dalam pengertian kesatuan Islam itu sendiri. Bahkan pengertian khilafah itu sendiri masih menjadi pertarungan antara mazhab2 Islam, hinggakan tatacara, aturcara serta sistemnya berselisihan antara umat islam sendiri. Masing2 ada kefahaman sendiri hanya kerana keterikatan dalam sentimen kemazhaban.

Mungkin tak keterlaluan jika dilihat dari sudut contoh terbaik iaitu Republik Islam Iran yang memartabatkan Islam dengan pimpinan ulama dalam jabatan yang tertinggi.

Perkara pertama yang dilakukan imam ruhullah al-Khomeini hanyalah menyatukan umat Parsi untuk memahami aqidah dan tanggungjawab mereka. Bahkan pertumpahan darah sudah pasti satu kemestian dalam perjuangan..namun hasilnya umat yang terkemudian merasai nikmat sebenar tertegaknya Islam. Hanya kini umat kuffar cuba memecah belahkan namun takkan sekali2 mereka mampu menumpaskan khususnya anak-anak muda yang menjadi nadi penggerak sesebuah negara itu sendiri.

Sebaliknya kita kini di Malaysia....sentimen kemazhaban masih menjadi agenda utama. Dengannya ia membangkitkan kebencian sesama sendiri...di sana dituduh sesat...disini dituduh kafir sedang semuanya bersatu dalam Kalimah

لا إله إلا الله محمد رسول الله​

Hakikatnya khilafah Islam hanya berpusat kepada satu sahaja yang bakinya hanya mengikut dengan berkata:

سمعنا وأطعنا
"Kami Dengar dan Kami Taat"​

Kerajaan khilafah adalah kerajaan Rasul. Kerajaan Rasul pastinya kerajaan Allah s.w.t...maka perkemaskan kembali aqidah dan mencari kesatuan dan penyatuan Ummah...sebagaimana Imam Khomeini membuat laungan:

لا شرقية ولا غربية ولكن الدين الإسلام

indahnyabig.jpg

​
 
Last edited:
Back
Top
Log in Register