BTC USD 81,505.5 Gold USD 4,378.12
Time now: Jun 1, 12:00 AM

Sistem kapitalis..

kanoha_village said:
korang ada baca newspaper ari ni? 23/5

Aku qoute jap

Harga saham Asia jatuh, bursa Mumbai terhenti

Oleh Amran Ahmad

KUALA LUMPUR 22 Mei - Bursa-bursa saham di Asia menjunam hari ini dengan urus niaga terhenti seketika di bursa saham Mumbai di India - sekali gus timbul kebimbangan ramai broker saham dan pelaburnya mungkin bertindak membunuh diri kerana menanggung kerugian.

Seperti mana di India, kesemua bursa utama di Asia seperti Jepun, Hong Kong, Singapura, Korea Selatan dan Kuala Lumpur mengalami kejatuhan, meneruskan kejatuhan harga dalam minggu sebelumnya.

Bursa saham di Tokyo jatuh 1.84 peratus, Singapura (2.5 peratus) Hong Kong (3.11 peratus), Seoul (2.46 peratus) dan Kuala Lumpur (2 peratus).

Bursa saham Mumbai pula terhenti selama sejam sebelum disambung semula setelah jatuh 10 peratus dalam dua sesi sebelumnya.

Menurut laporan Reuters yang dipetik dari pusat kewangan India itu, polis sedang mengawasi tasik dan juga terusan bagi menghalang pedagang dan broker saham daripada membunuh diri.

Pada kegawatan ekonomi yang menyaksikan pasaran saham jatuh menjunam pada 1990-an, ramai broker saham muflis dan pelabur kecil di negara itu membunuh diri dengan melemaskan diri mereka atau terjun dari bangunan tinggi.

Di Malaysia, para penganalisis tempatan berkata, kejatuhan harga saham serantau berpunca daripada kemerosotan harga komoditi terutamanya emas dibimbangi akan meningkatkan kadar inflasi.

Indeks Komposit (IK) Bursa Malaysia hari ini ditutup 18.89 mata lebih rendah kepada 925.51 mata setelah dipengaruhi oleh kejatuhan bursa serantau dan juga kebimbangan kenaikan kadar faedah tempatan.

Bank Negara Malaysia dalam kenyataannya petang ini, bagaimanapun mengumumkan keputusannya mengekalkan kadar faedah pada paras 3.50 peratus selepas menaikkannya sebanyak tiga kali sebelum ini.

Ketua Eksekutif Hwang-DBS Investment Management Bhd., Teng Chee Wai memberitahu Utusan Malaysia, kejatuhan harga saham di Malaysia berpunca daripada kejatuhan pasaran serantau tetapi ia bakal naik semula selewat-lewatnya hujung minggu ini.

Kejatuhan pasaran tempatan bersifat sementara kerana terikut-ikut dengan penurunan oleh bursa saham serantau lain seperti Jepun, Thailand, Singapura, India dan Korea Selatan, kata beliau.

Chee Wai menyifatkan kejatuhan IK tidak mempunyai kaitan dengan kadar faedah mahupun nilai mata wang tempatan.

Beliau menambah: ``IK akan naik semula setelah menurun beberapa ketika secara semula jadi ekoran pembelian semula saham pada harga yang rendah.''

Penganalisis Avenue Securities Sdn. Bhd., Tursina Yaakob pula berkata, kebimbangan pelabur sejagat mengenai ekonomi dan mata wang Amerika Syarikat serta harga minyak mentah dunia menjadi punca kejatuhan.

Katanya, pelabur akan kembali berebut-rebut untuk membeli semula menerusi kaedah tawar-menawar sehingga menyebabkan IK naik semula dan bakal mengakhiri aliran menurun yang berlaku sejak minggu lalu.

Sementara itu, Ketua Penyelidikan Malaysia CIMB Bhd., Terence Wong pula berkata, kejatuhan itu adalah gabungan dua faktor utama iaitu penurunan pasaran serantau dan hasrat Suruhanjaya Sekuriti (SC) untuk mengekang aktiviti manipulasi saham.

Utusan Malaysia difahamkan langkah berkenaan dikatakan membimbangkan pelabur yang menyaksikan pasaran sebelum ini meningkat tinggi akibat kegiatan manipulasi saham.

So, apa pendapat korang?
Ada effect pada forex tak? :lol: :lol:

aku ada baca dan terkejut gak.Tak tau nak bg pendapat apa lg. Kita tunggu dan lihat je la mcm mana. Kerajaan takkan bairkan hal bergina berlarutan
 
emm klu pasaran saham jatuh.....
maknanya pelaburan kiter kat internat pun ada effect
gak risau ler nk invest kat mane......
emas pun turun mendadak ne......
jap lg tgh bisnes week
tgk mcm ne.......
risau le kiter invest mane dia org rugi x leh bayar kat kiter lak....
 
wan12345 said:

Apa kaitan pasaran saham dengan pelaburan di Internet? Sorilah bro. Wa jahil sikit benda macam ni :(
 
adar_23 said:
ttg duit tu mmg btul duit kita takder nilai dan bila2 masa mudah nak runtuh. sbb tu masa krisis ekonomi, DR M ikat RM kat USD RM 3.80. DR M ada cadangkan kita guna sistem dinar islam. Maksud beliau bukan pakai mata wang emas btul2 tu tp sebaliknya sandarkan nilai duit kita pada harga emas semasa. Ala....mcm egold la. Kan masa harga mas naik, nilai egold kita pun naik la.Lg pun emas ada harga dan nilainya stabil di pasaran dunia berbanding USD. Lg satu ttg duit berbilion2 ringit dlm BNM tu pun sebenarnya atas kertas je. Bayangkan BNM simpan berbilion2 kat dlm banggunan dia?Cth, kata kan Paklah luluskan projek utk rakat RM 100 juta. Ingat pastu kementerian kewangan g BNM bawak pak guard ramai2 g kuarkan RM 100juta tunai ke?Semua tu atas kertas je. Kertas....ala kertas yg kalo kena api tu pun leh terbakar. :badgrin: Ni pandangan peribadi aku je. Sbb aku penah terbaca pasal sistem wang kita skrg. Artikal tu ditulis oleh Org US. aku tak ingat mana aku baca.

1. Memang BNM ade simpan berbillion2 di sesuatu tempat kat mane2. Buat pengetahuan semua, bile ade musim perayaan (CNY, Hari Raya), bank2 di Malaysia akan request from BNM unutk keluar kan duit to disburse pada orang ramai. Biasenye amaunt ni boleh sampai ratus2 juta per bank. Ade berbelas2 Bank di Malaysia ni, jadi amaunt ni boleh sampai bilions of physical cash. Ni physical cash yang ko dapat nak bagi anak2 sedare kau semua tu (duit raya).
2. Project besar2 biasenye diarog bayar pakai cek, bank transfer, TT, or transfer through RENTAS (sistem pembayaran antara bank2 yang dikawal oleh BNM) or SWIFT (international). Semua Bank ade akaun dengan duit sekali di BNM (up to certain amount as required by BNM). Transfer semua akan diselia oleh BNM.
Selain di BNM, kerajaan juga (biasenye melalui MOF) ade pelbagai akaun yang di buka/maintain di bank tempatan (biasenye BCB) untuk operation. Cek/transfer keluar dari akaun sini. Lepas dah bayar kepada katakan kepada kontraktor A (turnkey) yg ade akaun ade di MBB, katakan RM100 juta, MBB akan request payment from BCB. BNM melalui sistem nye (subject to clearance and procedures) akan transfer from akaun MOF di BCB kepada akaun kontraktor A di MBB. KOntraktor A pula, akan bayar pade biasenye banyak sub-con (kontraktor kecilan2 biasenye), katakan pula RM90 juta (RM10 juta kontraktor A dah ambik as payment die). Bile mana dah sampai kepada subcon ni, dan katakan semua dierog ni nak keluarkan duit ni (keluar cash), dierog akan pegi ke bank and mintak keluar duit cash. Jika semua bayaran yang diterima oleh subcon ni berjumlah RM90 juta tadi dikeluarkan.
Jadi kesimpulannyae, duit-duit ni memang wujud. Bank Negara dan Bank2 harus memastikan yang every number yang ade kat dalam saving/current account kau dan aku, ade di backup oleh duit kertas betul. RM for RM.
Ade sistem audit yg memastikan mende2 ni.
Biasenye jugak, projek lagi besar2 akan makan billion2 macam PORR (penang Outer Ring Road) = RM1.1 billion.

Buat mase ni, BNM dan negara kite masih ok dalam mende2 camni. Negara2 lain terutama negara2 tak berape maju biasenye, masalah nombor tak macth ngan duit physical ni mungkin ade terjadi kat central Bank diaorg. Mereka berbuat begini untuk cover shortage in expenses. Tapi perbuatan ni boleh menyebabkan inflasi.

3. Tapi seperti yg dikatakan, duit ni duit kertas, boleh dibakar. Gold pulak takkan hangus jika dibakar. Tapi sistem dirham yg dicadangkan oleh Tun M juga menguna kan sistem kertas, cuma dirham ni di referkan dengan harga gold. Jadi jika nak ikut logik, duit kertas ni juga boleh dibakar. Alternatif ialah dengar mencelup gold2 ni jadi coins macam zaman dulu2.
 
cashcorp said:

terima kasih. Dah lama aku nak tau pasal ni. Akhirnya ada jgk bijak pandai yg terangkan. Tp ttg duit kita sandarkan kepada harga mas, kan lebih bagus. Maksud aku lebih stabil la kan. Jd krisis ekonomi yg berlaku pada dulu boleh di elakkan. Btul tak?
 
Ye betul. Penggunaan Gold-based currency adalah lebih baik kerane ianye lebih stable dan berdasarkan bilangan physical gold yang ade. Jadi factor "currency devaluation" yg menyebabkan ekonomi krisis mungkin tidak terjadi pade 1997 & 1998, jike kite telah menggunakan gold. Malaysia mungkin tidak kena crisis yg amat teruk (kena juga economy crisis tetapi pasal sebab2 yg lain, atau kurang teruk lah).

Satu daripada masalah penggunaan gold for currency ni ialah ianya adelah "scarce-resource". Masalah mungkin timbul jika bilangan physical gold yang ade tidak cukup untuk support wang kertas yang kite nak print kan/gunakan.
 
Back
Top
Log in Register