Xploit Machine
CG Hardcore Club
- Messages
- 61,183
Top Poster #1
- Joined
- Nov 23, 2012
- Messages
- 61,183
- Reaction score
- 6,775
- Points
- 916
- Awards
- 1
Redmi kini mengesahkan bahawa siri K70 bakal dilancarkan di China pada 29 November 2023. Sebanyak tiga model bakal disediakan yang merangkumi Redmi K70 Pro, K70 dan K70E. Dalam masa sama pelbagai penawaran pada peranti tersebut juga telah mula dikongsi menerusi beberapa poster acah rasmi. Misalnya seperti cip Snapdragon 8 Gen 3 disahkan hadir pada Redmi K70 Pro. Sementara itu Redmi K70E pula bakal dijana dengan cip MediaTek Dimensity 8300-Ultra sekaligus menjadikannya antara peranti terawal yang menggunakannya. Selain itu Redmi 70E juga hadir dengan sistem penyejukan keluli tahan karat seluas 5000mm² bagi pengaliran haba lebih baik. Ia dikatakan lebih baik berbanding generasi sebelum dengan peningkatan prestasi sehingga 26.6%.
Seterusnya skrin beresolusi 1.5K dengan sokongan kedalaman warna 12-bit dan kecerahan puncak sehingga 1,800nits turut digunakan pada peranti itu. Namun soalan yang tinggal kini lebih tertumpu pada Redmi K70 yang masih menjadi misteri namun dipercayai dilengkapi cip Snapdragon 8 Gen 2.
Sumber asal https://weibo.com/xiaomihongmi