Maka Raja Suran fikir dalam hatinya, “Bahawa isi darat telah aku ketahuilah, dan segala isi laut bagaimana gerangan rupanya? Jika demikian, baik aku masuk ke dalam laut, supaya aku ketahui betapa halnya.” Setelah baginda berfikir demikian, maka baginda pun menyuruh menghimpunkan segala pandai dan utus, maka dititahkan baginda berbuat sebuah peti kaca berkunci dan berpesawat dari dalam. Maka diperbuatlah oleh segala utus itu sebuah peti kaca seperti kehendak Raja Suran itu, dan diberinya berantai emas.
Setelah sudah maka dibawanyalah ke hadapan Raja Suran; maka baginda pun terlalulah sukacita melihat perbuatan peti itu, maka baginda memberi anugerah akan segala hakim dan utus itu, tiada terkira-kira banyaknya.
Maka Raja Suran pun masuklah ke dalam peti itu, maka segala yang di luar semuanya habis kelihatan; maka dikuncikan baginda pintu peti itu dari dalam. Maka dihulurkan oranglah ke dalam laut, maka peti itu pun tenggelamlah, maka Raja Suran pun terus melihat dari dalam peti itu, pelbagai kekayaan Allah subhanahu wa taala dipandang baginda, moga-moga dengan takdir Yang Amat Kuasa, maka peti Raja Suran itu jatuh ke dalam bumi yang bernama Dika.
Maka Raja Suran pun keluarlah dari dalam peti itu, lalu berjalan melihat segala yang indah-indah; maka baginda bertemu dengan sebuah negeri terlalu besar, lagi dengan teguhnya. Maka Raja Suran pun masuklah ke dalam negeri itu, maka dilihat baginda dalam negeri itu suatu kaum Bu Sum namanya, terlalu amat banyak, tiada siapa mengetahui bilangannya; tetapi mereka itu setengah Islam dan setengah kafir.
Setelah mereka itu memandang rupa Raja Suran itu, maka sekalian orang itu hairan tercengang-cengang dan takjub memandang pakaian baginda itu. Maka oleh segala mereka itu akan Raja Suran dibawanya kepada rajanya. Adapun nama raja mereka itu Raja Aktabu’l-Ard.
Setelah raja itu melihat rupa Raja Suran itu, maka ia bertanya pada orang yang membawa baginda itu, “Orang mana ini?” Maka sembah orang itu, “Baharu datang tuanku orang ini, dari mana-mana datangnya, kami sekalian tiada tahu.”
Maka Raja Aktabu’l-Ard bertanya kepada Raja Suran, “Orang mana kamu ini? Dan dari mana kamu datang ke mari ini?” Maka sahut Raja Suran, “Adalah Hamba ini datang dari dalam dunia: Hambalah raja segala manusia, nama Hamba Raja Suran.”
Maka Raja Aktabu’l-Ard pun terlalu hairan mendengar kata Raja Suran itu; maka katanya, “Adakah dunia lain daripada dunia kami itu?” Maka sahut Raja Suran, “Bahawa alam itu terlalulah sekali banyak, pelbagai jenis di dalamnya.”
Setelah Raja Aktabu’l-Ard mendengar kata Raja Suran itu, terlalu amat takjub ia, seraya mengucap subhanallahul malikul jabbar. Maka oleh Raja Aktabu’l-Ard akan Raja Suran dibawanya naik duduk di atas takhta kerajaannya.
Adapun Raja Aktabu’l-Ard ada beranak seorang perempuan, terlalu baik parasnya, bernama Tuan Puteri Mahtabu’l-Bahri. Maka oleh Raja Aktabu’l-Ard akan Raja Suran dikahwinkan dengan anaknya Tuan Puteri Mahtabu’l-Bahri itu; antara tiga tahun lamanya baginda duduk dengan Tuan Puteri Mahtabu’l-Bahri itu, maka baginda pun beranaklah tiga orang lelaki.
Wallahua’lam
tambahan 1
https://www.youtube.com/watch?v=ID-tL_LfktA
Batu bersurat Singapura merujuk kepada satu batu bersurat yang dijumpai ketika Sir Stamford Raffles membuka Singapura. Jumpaan batu bersurat tersebut terdapat di dalam karya Abdullah bin Abdul Kadir Munsyi. Batu bersurat tersebut berbentuk empat segi, selebar sedepa (1.7 meter) dan mempunyai tulisan dipahat. Batu bersurat tersebut dijumpai di hujung tanjung semasa pembukaan Singapura, dan kekal sehingga semasa Bonham menjadi gabenor bagi Singapura, Pulau Pinang dan Melaka. Ketika itu seorang jurutera Inggeris bernama Coleman telah memecahkan batu tersebut.
Beberapa usaha mengenalpasti jenis tulisan telah dilakukan semasa itu, tetapi ia masih tidak dapat dikenal pasti. Malah salinan tulisan tersebut telah di hantar ke London bagi mengenal pasti asal tulisan tersebut tetapi masih gagal. Abdullah bin Abdul Kadir Munsyi sendiri menyatakan ia kelihatan seperti tulisan arab, tetapi akhirnya ia telah diputuskan oleh Raffles sebagai tulisan Hindi (Sanskrit) memandangkan usia batu bersurat tersebut yang begitu lama.
Yang amat menarik bagi batu bersurat Singapura ni adalah terdapat cerita yang selari mengenai batu bersurat ini yang terdapat di dalam Sulalatus Salatin. Di dalam karya tersebut telah dinyatakan dengan jelas mengenai seorang raja yang bergelar Raja Suran yang telah menakluk seluruh Tanah Melayu sehingga sampai ke Temasik. Di Temasik beliau telah membuat suatu monkor (peti kaca) dan masuk kelaut. Setelah itu, Raja Suran, dikatakan telah mendirikan satu batu bersurat yang menceritakan segala kisah penaklukannya, termasuk peristiwa baginda masuk ke dalam laut dalam bahasa Hindustani.
Ternyata batu bersurat ini mempunyai persamaan dengan batu bersurat Singapura, berdasarkan fakta berikut:-
1. Kedua-dua batu bersurat tersebut didirikan di Temasik (Singapura).
2. Kedua-dua batu bersurat tersebut dibina berhampiran laut. Batu bersurat Singapura dijumpai dihujung tanjung, sementara batu bersurat Raja Suran Batu dibina bagi memperingati kisah baginda masuk ke laut, pastinya dibina berhampiran dengan kawasan pantai, dan bukannya di kawasan berbukit.
3. Kedua-duanya ditulis menggunakan abjad Hindustani.(Menurut pendapat Raffles).
4.Kedua-duanya dibina pada zaman silam. (Sukar dipercayai terdapat dua batu bersurat dibina dalam tempoh yang dekat di tempat yang sama (Temasik) memandangkan batu bersurat amat jarang dijumpai.)
5. Hanya raja yang berkuasa sahaja mempunyai pengaruh dan wang yang cukup bagi mendirikan batu bersurat. Tidak terdapat rekod mengenai raja yang kuat yang terdapat di Singapura selain rekod di dalam Sulalatus Salatin mengenai raja Suran.
tambahan 2
CURA SI MANJA KINI
CURA SI MANJA KINI adalah berasal dari perkataan Sanskrit-Churiga (Si) Mandakini yang bererti Mata Pisau dari Tasik Mandakini (sebuah Tasik berhampiran dengan Sungei Ganges, di India). Mengikut cerita sejarah dulu, pedang ini pada asalnya adalah kepunyaan Raja Iskandar Zulkarnain dan diturunkan kepada Sang Sapurba (juga digelar Nila Utama) yang tiba-tiba menjelma di Bukit Seguntang Mahameru bersama-sama dengan dua orang adindanya Krishna Pendita dan Nila Pahlawan'.
Mengikut Hikayat Ketinggian Salahsilah Kesultanan Perak, keturunan kesultanan Perak adalah berasal dari keturunan Sang Sapurba, anakanda kepada Raja Suran dan Puteri Mahtab al-Bahri (puteri kepada Raja Aftab al-Ardzi). Adalah dipercayai Sang Sapurba telah memerintahkan Permasku Mambang untuk membunuh seekor naga yang diberi gelaran Saktimuna dengan Pedang CURA SI MANJA KINI. Pada waktu itu Saktimuna sedang mengancam penduduk-penduduk di Minangkabau.
Pedang yang sama juga digunakan oleh Parameswara semasa beliau ditabalkan sebagai Maharaja Melaka yang pertama. Nama gelaran Maharaja ini ditukarkan kepada Sultan apabila Parameswara menganut Agama Islam. Almarhum Sultan Mahmud Shah, Sultan terakhir Negeri Melaka, mewarisi Pedang ini dan disimpan oleh Baginda sahingga Baginda menjadi Sultan Kampar (Sumatera) salepas Baginda berjaya melarikan diri dari serangan Portugis pada tahun 1511.
Baginda mangkat di Kampar pada tahun 1530. Sebelum mangkat, Baginda Sultan Mahmud telah menghantar anakandanya Raja Mudzaffar untuk menjadi Sultan yang Pertama bagi Negeri Perak. Didalam keberangkatan Raja Mudzaffar, Baginda dilengkapkan dengan Pedang ini dan alat-alat Kebesaran Kesultanan. Dari tarikh itu PEDANG CURA SI MANJA KINI yang melambangkan keagungan dan kekuasaan Raja Pemerintah telah menjadi alat perkakas turun-temurun bagi Sultan yang memerintah Negeri Perak.

Last edited: