balqis07
CG Top Poster Club

- Messages
- 30,953
Paid Membership
- Joined
- Jan 27, 2010
- Messages
- 30,953
- Reaction score
- 294
- Points
- 136
IPOH: Disingkir, digantung tiga semester atau hanya diberi amaran.
Itu antara bentuk hukuman bakal dihadapi Adam Adli Abdul Halim, 21, pelajar Universiti Pendidikan Sultan Idris (UPSI), yang mencetuskan kontroversi kerana menurunkan bendera Presiden Umno, Datuk Seri Najib Razak di prkarangan Pusat Dagangan Dunia Putra (PWTC), 17 Disember lalu.
Hari ini, pelajar berkenaan akan berdepan Jawatankuasa Tatatertib UPSI yang akan membuat keputusan sama ada beliau bersalah atau tidak terhadap tindakan dilakukannya itu.
Timbalan Naib Canselor Hal Ehwal Pelajar dan Alumni UPSI, Datuk Dr Junaidi Abu Bakar, berkata perbicaraan kes itu akan diadili lima individu berkecuali termasuk dekan universiti yang akan menyoal dan membuat penilaian berhubung kes itu.
“Kami juga akan memanggil kumpulan penyiasat kes itu dan saksi universiti untuk memberi keterangan. Perbicaraan akan dilakukan secara terperinci termasuk mengambil kira siasatan polis dan rakaman video.
“Jika dia (Adam Adli) didapati bersalah, beberapa hukuman akan ditentukan antaranya diberi amaran, dikenakan denda tidak melebihi RM200 atau digantung pengajian sehingga tiga semester,” katanya.
sumber: http://www.hmetro.com.my/myMetro/articles/Singkir_gantungatauamaran/Article/index_html