BTC USD 60,259.9 Gold USD 4,318.73
Time now: Jun 1, 12:00 AM

Singa Afrika 'Osama' mati (gambar)

demise_u

Super Active Member
Messages
6,049
Joined
May 11, 2008
Messages
6,049
Reaction score
101
Points
73
du_02.1.jpg

GAMBAR fail menunjukkan Osama ketika berada di dalam sebuah kandang di Zoo Surabaya.

SURABAYA - Seekor singa Afrika yang menjadi tarikan utama pengunjung datang di Zoo Surabaya di sini kerana bernama Osama sempena nama ketua militan al-Qaeda itu, Osama Laden, ditemui mati Khamis lalu, lapor akhbar Jawa Pos semalam.

Mamalia berusia 11 tahun itu disahkan mati akibat radang paru-paru dan barah tetapi haiwan tersebut sebenarnya sudah tiga bulan menderita apabila lumpuh serta terpaksa menjalani rawatan secara kuarantin.

Ketua bahagian rekod zoo berkenaan, Anthan Warsito berkata, Osama dibawa ke taman haiwan tersebut pada usia empat tahun sebagai hadiah istimewa daripada Pusat Pemuliharaan Hidupan Liar Cikananga di Bogor dekat sini.

Pihak pengurusan zoo itu berkata, punca penyakit yang dialami Osama kerana keadaan sempit kandang selain faktor usia namun, baki seekor singa jantan dan empat ekor singa betina yang masih berada di situ disahkan bebas daripada penyakit. - Agensi
 
Ibu muda disangka kakak (gambar)

du_04.1.jpg

KATHLEEN bersama Georgia yang kini berusia 12 tahun

LONDON - Ibu paling muda di Britain, Kahtleen Moss berharap anak perempuannya, Georgia Moss, 12, tidak mengulangi kesilapannya, lapor Daily Mail semalam.

Dia yang kini berusia 25 tahun, menggemparkan masyarakat Britain apabila melahirkan anaknya itu semasa baru berusia 12 tahun pada 1988 dan sehingga kini ramai menyangka mereka sebagai adik-beradik.

Kathleen hamil setelah kehilangan dara kepada seorang remaja lelaki yang ketika itu berumur 14 tahun di dalam sebuah karavan di Wales Utara dekat sini.

"Apabila Georgia berumur 12 tahun pada Jun lalu, ia mengembalikan banyak nostalgia. Sukar mempercayai saya menjadi ibu pada usia itu. Saya tidak mahu anak saya ada teman lelaki. Dia perlu memasuki universiti sebelum mahu bercinta atau berkeluarga," tambahnya. - Agensi
 
ter post kot TT...mana 1 nk di highlightkan...
 
2 in 1 punya thread ni..mantaps
 
wow, jarang2 berlaku..... jimat space nih...
 
Back
Top
Log in Register