BTC USD 62,135.3 Gold USD 4,436.48
Time now: Jun 1, 12:00 AM

Sindrom lutut bergoyang

jimie lee

Permanently Banned - Multiple ID
gem
Messages
5,244
Joined
Jul 1, 2011
Messages
5,244
Reaction score
839
Points
111
Bila lutut bergoyang, otak akan jadi kimput, fikiran jadi kusut tidak menentu hingga tidak dapat berfikir bagi mencari jalan keluar kepada masalah yang dihadapi dengan bijaksana. Tidak cukup dengan tangkapan dan ancaman dari pihak-pihak yang berkuasa, gegak gempita seluruh dunia TV dan media yang ada. Di kerah juga segala hulubalang termasuk sibongkok dari gua hantu yang sedang khusuk bertapa supaya keluar menunjukkan silat pulutnya meskipun di atas kerusi roda sambil makan sekepal pulut yang dibekalkan tuannya. Tidak ketinggalan juga untuk mengampu para patriot yang di bawa dengan kapal dari Tamilnadu.

Benar kata Marina Tun Mahathir “Only those in fear would resort to such things.. we are behaving like a third world country or less”. Katanya lagi segala tindakan yang telah dilakukan oleh pihak berkuasa terhadap BERSIH versi 2.0 kali ini sama seperti yang telah dilakukan oleh diktator-diktator Dunia Ketiga yang pernah kita saksikan.

BERSIH versi 2.0 yang menjunjung 8 tuntutan murni agar mendapat perhatian ke bawah DYMM Yang diPertuan Agung sebenarnya telah mendapat publisiti yang cukup meluas. Kecuali orang-orang seperti sibongkok yang terkurung mindanya, rasanya tiada lagi rakyat yang tidak dikejutkan kali ini. Siang malam pagi petang gegak gempita gendang dipalu supaya menjauhi apa saja yang berwarna kuning. Yang pekak leka bertanya dan yang buta datang meraba. Silumpuh berpapah, yang tua bertongkat dan yang bisu ternganga-nganga. Semuanya hanya kerana gara-gara tuntutan supaya Pilihan Raya kita bersih dan adil.

Tidak ada orang yang baik akan menentang desakan agar Pilihan Raya kita bersih - Tiada penipuan dan tiada rasuah. Pilihan Raya yang bersih akan lebih menjamin kelangsungan keamanan yang sedang kita nikmati. Kerana kita sudah merdeka dan minda kita sudah maju maka kita tahu bahawa rasuah dan penipuan adalah kotor dan mesti dijauhkan.

Bolehkah UMNO membawa kita menapak mencapai status negara maju sedang minda mereka masih terpasung di zaman Perang Dingin dengan propaganda persis penjajah dan fitnah keji yang bertimpa-timpa. Sudah berdamai (1989 dengan PKM) namun masih mahu mengungkit sengketa. Tidakkah ini manifestasi peradaban yang sangat rendah ?

Demi untuk menghalang BERSIH versi 2.0 ini mereka mesti mencari satu dalil dan alasan yang besar meskipun kubur-kubur lama terpaksa dibungkar. Oleh kerana dalam politik tidak ada kebetulan, semuanya sebenarnya sudah dirancang awal termasuk Penahanan Dr. Jeyakumar. Mereka telah lama memasang getah untuk memerangkap Ahli Parlimen yang hanya memakai kasut jenama bata ini yang begitu lantang menentang dasar cukai baru GST yang akan menyiksa rakyat hingga beberapa kali dasar ini terpaksa ditangguhkan.

Kumpulan ini kecil dan kesannya barangkali tidak seberapa. Mereka ini boleh dikaitkan dengan anasir subversif dan komunis. Di bawah rahang ordinan darurat ini mereka juga boleh ditahan tanpa bicara selama 60 hari dan boleh juga didakwa dengan tuduhan yang tidak pernah terpikir selama ini.

Untuk mencipta bukti ia juga bukan suatu yang sangat sukar. Yang penting ia mesti diulang-ulang di media sebagai suatu perang psikologi. Mereka percaya otak manusia (kecuali yang berakal) akan menerima sesuatu yang diulang-ulang itu sebagai benar seperti isu skandal seks Anwar Ibrahim. Kerana ianya tidak benar maka ia perlu diulang-ulang di media, TV dan Berita Perdana setiap malam.
 
Back
Top
Log in Register