BTC USD 60,506.0 Gold USD 4,335.49
Time now: Jun 1, 12:00 AM

Sindiket pelacuran lumpuh

ZONDA

Legendary Member
gem
Messages
14,904
Joined
Feb 8, 2011
Messages
14,904
Reaction score
46
Points
120

SERI KEMBANGAN 5 Mei - Sindiket pelacuran yang mempromosikan khidmat seks melalui laman web, lumpuh selepas sebuah premis rumah urut di sini diserbu sepasukan polis Bahagian Kongsi Gelap, Maksiat dan Perjudian (D7) Jabatan Siasatan Jenayah Bukit Aman, awal pagi ini.

Dalam serbuan kira-kira pukul 12.30 malam itu, seramai 21 wanita yang terdiri daripada warganegara Vietnam, Filipina dan Indonesia yang dipercayai tukang urut yang memberikan perkhidmatan seks kepada pelanggan ditahan.

Ketua operasi, Inspektor Razali Md. Kassim berkata, ketika serbuan polis turut menahan seorang lelaki tempatan yang dipercayai penjaga premis dan seorang wanita warga Vietnam yang bertindak sebagai ibu ayam di pusat yang menyediakan perkhidmatan urut bagi tujuan pelacuran.

Menurutnya, siasatan mendapati premis yang beroperasi selama setahun lalu mempromosikan perniagaan melalui laman web sejak sebulan lalu bagi menarik lebih ramai pelanggan ke pusat urut tersebut.

“Kesemua wanita yang ditahan berusia lingkungan 17 hingga 45 tahun dan dipercayai dipaksa memberikan perkhidmatan seks susulan intipan Bahagian Anti Pemerdagangan Orang (ATIP).

“Hasil pemeriksaan lanjut mendapati premis ini menyediakan perkhidmatan tukang urut warga asing tanpa permit dan lesen sah serta bertujuan pelacuran.

“Malah, kita juga berjaya merampas sejumlah 432 keping kondom, tiub pelincir (tiga) dan wang tunai RM2,750 yang disyaki hasil kegiatan pelacurant,” katanya ketika dihubungi di sini hari ini.

Razali memberitahu, sembilan daripada warga asing yang ditahan tidak mempunyai dokumen perjalanan yang sah.

“Semua tangkapan dibawa balik ke Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Serdang untuk siasatan lanjut dan kes disiasat mengikut Seksyen 12 dan Seksyen 14 Anti Pemerdagangan Orang 2007 (ATIP),” ujarnya.
 
Back
Top
Log in Register