BTC USD 63,533.9 Gold USD 4,463.37
Time now: Jun 1, 12:00 AM

Sindiket pasport palsu

ZONDA

Legendary Member
gem
Messages
14,904
Joined
Feb 8, 2011
Messages
14,904
Reaction score
46
Points
120
image.jpg

Mahpof (kiri) menunjukkan pasport dan barangan lain yang dirampas.​

AYER KEROH - Bahagian Penguatkuasa Jabatan Imigresen negeri berjaya membongkar sindiket pemalsuan pasport dan permit kerja berikutan tertangkapnya empat warga Pakistan di beberapa lokasi berlainan membabitkan sekitar negeri ini dan ibu negara.

Sindiket itu dipercayai menjadikan warga asing di negara ini sebagai mangsa dengan menawarkan harga sekitar RM5,000 setiap pasport.

Pengarah Jabatan Imigresen Melaka, Mahpof Mahmood berkata, kegiatan itu terbongkar selepas mendapat aduan mengenai pemalsuan tersebut dan hasil risikan dilakukan ke atas dua lelaki warga Pakistan yang ditahan di Taman Lagenda 1, Peringgit pada Rabu lalu.

Hasil soal siasat mendapati, seorang daripadanya memiliki pasport tamat tempoh manakala seorang lagi tidak memiliki sebarang dokumen dan memberi alasan pasportnya sedang dalam proses permohonan menerusi ejen di Kuala Lumpur.

"Kita memujuk dia supaya menghubungi ejen pasport berkenaan supaya dapat menghantar pasport itu ke Melaka dan akhirnya pada jam 8.45 malam Khamis lalu, wakil ejen datang ke Melaka untuk menghantar pasport berkenaan. Kami yang menanti di Plaza Tol Ayer Keroh berjaya menahan ejen tersebut iaitu seorang lelaki warga Pakistan bersama pasport yang dipesan. Turut ditemui bersama ejen berkenaan wang tunai berjumlah RM8,900 dan kami turut menahan sebuah kereta jenis Honda CRV.

"Hasil siasatan seterusnya ke atas wakil ejen, kami memutuskan untuk ke Kuala Lumpur dan dibawa ke sebuah rumah di Danau Kota, Gombak sekali gus menemui satu pasport Myanmar, dua pasport Nepal, satu pasport Indonesia, 18 pasport Pakistan dan satu rangka pasport Myanmar yang dilerai-lerai sebelum dilengkapkan.

"Kami turut menemui sebuah buku telefon, sekeping ikad, kertas yang terkandung contoh tandatangan, fail mengandungi pelbagai dokumen serta CPU komputer mengandungi gambar-gambar pemohon pasport dan tiga unit telefon bimbit," katanya dalam sidang media di pejabat Imigresen negeri di sini, semalam.

Jelas Mahfop lagi, susulan kejayaan penemuan beberapa barangan di Danau Kota, pihaknya kemudian pergi ke sebuah premis perniagaan di One City Plaza, Jalan Munshi Abdullah dan menahan seorang lelaki Pakistan berusia 45 tahun dipercayai menjadi dalang kepada aktiviti berkenaan.

Katanya, keempat-empat suspek berusia antara 27 hingga 45 tahun dan kini ditahan di lokap Jabatan Imigresen Melaka.

"Setiap seorang suspek akan didakwa mengikut seksyen berlainan," katanya.
 
Sindiket itu dipercayai menjadikan warga asing di negara ini sebagai mangsa dengan menawarkan harga sekitar RM5,000 setiap pasport.

Memang banyak kes ni kerana harga pun lumayan. Cuba bayangkan kalau passport Malaysia yang berharga RM200 tu pun boleh jual dengan harga RM5,000 nanti berapa ramai orang rakyat Malaysia buat passport dan jual kepada sindiket, lepas tu lapor hilang.

Geng2 mat rempit dan kutu dadah beratur kat imigresen nak buat passport.
 
Back
Top
Log in Register