strom
Legendary Member

- Messages
- 17,846
- Joined
- Jul 18, 2011
- Messages
- 17,846
- Reaction score
- 4,719
- Points
- 191
SHAH ALAM – Polis memberkas lima individu termasuk dalang sindiket penipuan ‘fly by night’ yang dipercayai aktif menipu syarikat pembekal peralatan dan minyak pelincir kenderaan sejak April lalu.
Ketua Jabatan Siasatan Jenayah Komersial Selangor, Asisten Komisioner Chong Mun Phing berkata, suspek berusia dalam lingkungan 23 hingga 70 tahun ditahan di sebuah premis perniagaan di Taman Perindustrian Puchong, Rabu lalu.
“Kita turut merampas 10 tong besar berisi 200 liter minyak pelincir, 150 tong (18 liter) minyak pelincir, 23 kotak minyak pelincir pelbagai jenis, 10 tin minyak gris, 10 unit bearing clutch lori, enam tayar lori, dokumen urus niaga dan sebuah peralatan komputer yang dianggarkan bernilai RM51,000,” katanya.
Menurutnya, modus operandi sindiket itu adalah suspek mendaftarkan nama syarikat dan menyewa premis sebelum membeli barang seperti minyak pelincir, tayar, alat ganti dan peralatan baiki kenderaan dengan membayarnya menggunakan cek tertunda atau postdated cheque.
“Sindiket berkenaan meminta tempoh kredit tiga bulan untuk barangan dipesan. Sindiket itu juga akan bayar tunai apabila membeli barang dalam kuantiti sedikit bagi meyakinkan mangsa.
“Siasatan juga mendapati ketua sindiket terbabit dikehendaki polis kerana terlibat dengan jenayah sama di Kota Tinggi, Johor, pada 1998,” katanya.
Beliau berkata, pihaknya menerima 21 laporan terhadap syarikat yang berlainan membabitkan kerugian RM900,000.
Polis turut mengesan dua lelaki dikenali Lee Koio Oon, 64, dan Lau Hock Chee, 41, dipercayai dapat bantu siasatan.
“Orang ramai mempunyai maklumat berhubung individu terbabit, boleh tampil ke balai polis berhampiran atau hubungi pegawai penyiasat, Mohammad Adam di talian 03-55146659,” katanya.
http://www.sinarharian.com.my/fly-by-night-tumpas-1.308260