eboss
CG Hardcore

- Messages
- 85,650
Paid Membership
- Joined
- Nov 29, 2007
- Messages
- 85,650
- Reaction score
- 1,896
- Points
- 591
TANAH KARO: Sebuah gunung berapi yang sepi selama 400 tahun sebelum ini meletup buat hari kedua berturut-turut semalam, memuntahkan debu dan memaksa pemindahan lebih 21,000 orang.
Laluan beberapa pesawat terpaksa dilencongkan kerana jarak penglihatan yang buruk.
Penduduk yang tinggal di sepanjang lereng Gunung Sinabung di Sumatera Utara terpaksa mencari perlindungan sementara, termasuk di masjid dan gereja, kata penasihat Majlis Presiden Mengenai Bencana Alam, Andi Arief.
Rumah dan tanah pertanian yang mereka tinggalkan dilitupi debu tebal sementara udara sekitar berbau sulfur.
Kali terakhir Sinabung meletup ialah pada 1600. Ini menyebabkan pemerhati tidak mengetahui corak letupan dan mengaku mereka tidak mengawasinya kecuali beberapa hari lalu apabila gunung itu mula bergegar hingga meletup kali pertama kelmarin, walaupun tidak kuat.
Penyelidik bencana, Erick Ridzky berkata, letupan lebih besar mungkin menyebabkan ruang angkasa rantau sekitar gelap hingga boleh menjejaskan laluan udara di Malaysia dan Singapura. Setakat ini, beberapa penerbangan domestik yang menuju ke Medan sudah diubah laluan mereka, kata jurucakap Kementerian Pengangkutan, Bambang Erwan.
“Masalahnya ialah kami tidak tahu apa yang nak diramalkan,” kata Surono, pakar gunung berapi kerajaan selepas amaran Sinabung dinaikkan ke paras tertinggi.
“Kami tidak tahu apa yang menyebabkan ia meletup, berapa lama ia akan berterusan atau sama ada kita akan berdepan dengan letupan lebih kuat,” katanya.
Sementara itu, Andi berkata, usaha menghantar makanan termasuk dapur bergerak, khemah dan ubat-ubatan kepada mangsa yang sudah dipindahkan giat dijalankan. - Reuters