eboss
CG Hardcore

- Messages
- 85,650
Paid Membership
- Joined
- Nov 29, 2007
- Messages
- 85,650
- Reaction score
- 1,896
- Points
- 591
MIAMI 22 Sept. – Seorang wanita dipenjara selama satu tahun satu hari selepas didapati bersalah menyimpan mayat ibunya di bilik tidur selama bertahun-tahun dan mengutip faedah pencen sebanyak AS$230,000 (RM802,700).
Pejabat Peguam Amerika Syarikat (AS) berkata, Penelope Sharon Jordan, 61, dari Florida mengaku bersalah mencuri dana kerajaan pada Jun lalu.
Polis berkata, mereka menemui mayat tersebut di bilik tidur pada Mac dan Jordan memberitahu ibunya telah mati sekurang-kurangnya enam tahun lalu.
Jordan memberitahu mahkamah bahawa dia menyorokkan kematian ibunya supaya dapat terus mengutip wang sijil sosialnya dan faedah pencen tenteranya.
Dalam tempoh enam tahun, dia menerima bayaran sijil sosial sebanyak AS$61,415 (RM214,357) dan pencen tentera AS$176,461 (RM615,902). Dia diarahkan mengembalikan AS$237,876 (RM830,259) kepada kerajaan. – REUTERS