BTC USD 76,604.1 Gold USD 4,361.32
Time now: Jun 1, 12:00 AM

Siling Wad Kanak-kanak, Wanita Hospital Jengka Terbakar - Polis

combat13

CG Top Poster Club
gem
Messages
28,197
Joined
Dec 18, 2007
Messages
28,197
Reaction score
346
Points
141

Siling Wad Kanak-kanak, Wanita Hospital Jengka Terbakar - Polis​

4601bedca179bf5dd60d320a5a6aa60f6aa1766db9082

kredit: awam

Sebahagian siling Wad Kanak-Kanak dan Wad Wanita Hospital Jengka terbakar malam ini.

Ketua Polis Daerah Maran Superintenden Wong Kim Wai berkata pihaknya menerima maklumat mengenai kejadian itu kira-kira 7 malam.

Beliau berkata kebakaran melibatkan ruang siling kedua-dua wad berkenaan dan berjaya dipadamkan sepenuhnya oleh pihak Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JBPM) Pahang dalam tempoh kira-kira 20 minit.

"Enam kanak-kanak lelaki, lima kanak-kanak perempuan dan enam wanita yang berada di wad berkenaan berjaya menyelamatkan diri, dan tiada seorang pun mengalami kecederaan," katanya dalam kenyataan hari ini.

Wong berkata hasil maklumat dari JBPM Pahang, kebakaran itu berpunca dari atas siling bangunan wad kanak-kanak dan wad wanita, yang menyebabkan kira-kira 10 peratus pendawaian serta siling mengalami kerosakan.

Beliau berkata punca kebakaran dan anggaran jumlah kerugian masih dalam siasatan JBPM Pahang.

 
Back
Top
Log in Register