BTC USD 80,866.8 Gold USD 4,165.41
Time now: Jun 1, 12:00 AM

Silap cetak logo halal

eboss

CG Hardcore
gemgem
Messages
85,650
Paid Membership
Joined
Nov 29, 2007
Messages
85,650
Reaction score
1,896
Points
591
KUALA LUMPUR: Kesilapan percetakan perkataan dalam logo halal pada bungkusan jejari kentang ‘Saudi Gold Potatoes Chips Special 1 kilogram’ keluaran Perusahaan Saudee Sdn Bhd menyebabkan produk itu ditarik balik dari pasaran seluruh negara serta merta.

“Sejurus mendapat maklumat bahawa ada kesalahan perkataan dalam logo halal jejari kentang minggu lalu, syarikat terus mengeluarkan arahan kepada pengedar selain pasar raya seluruh negara untuk menarik balik penjualannya.


“Buat masa sekarang syarikat memantau perkembangan penarikan balik produk itu dan ia dijangka selesai dalam tempoh sebulan.


“Kesilapan percetakan itu juga hanya membabitkan satu produk manakala 70 lagi produk lain keluaran syarikat masih dijual seperti biasa,” katanya.


Beliau ditemui dalam sidang media khas di One World Hotel, di sini, semalam. Turut hadir, Pengurus Pembangunan Perniagaan merangkap Ketua Jawatankuasa Khas Halal, Tengku Mohd Ariffin Tengku Kassim dan Penasihat Jawatan kuasa Halal, Abdul Hamid Sulaiman.

Selain itu, menurut Mohd Ariffin, syarikat juga membuat pertemuan dengan Jabatan Kemajuan Islam Malaysia (Jakim) untuk memaklumkan perkara berkenaan baru-baru ini.


“Hasil pertemuan itu Jakim bersetuju dengan langkah kami menarik balik jejari kentang terbabit dari pasaran dan mengambil langkah susulan memperbetulkan kesalahan percetakan berkenaan.


“Bahagian pengeluaran dan pemasaran syarikat juga dimaklumkan untuk melaksanakan operasi pembetulan secara menyeluruh dengan mencetak semula bungkusan dengan tulisan, ejaan dan bentuk logo halal yang betul mengikut peraturan serta syarat dikenakan,” katanya.


Mohd Ariffin turut memaklumkan, pihak syarikat menubuhkan satu jawatan kuasa khas berkaitan perkara terbabit untuk menyiasat kejadian, selain memastikan ia tidak berulang pada masa depan.


Katanya, syarikat memandang berat kesalahan itu kerana tidak mahu berkompromi dengan status halal yang dipegang sejak 25 tahun lalu.


“Syarikat sentiasa patuh dengan proses pengeluaran daripada aspek kebersihan dan pelbagai lagi bagi memastikan standard halal produk kami terpelihara. Semua itu diawasi secara teliti oleh jawatan kuasa halal syarikat,” katanya.


Berkaitan nilai kerugian akibat penarikan balik jejari kentang itu dari pasaran, Mohd Ariffin mengatakan, ia belum dapat dinilai kerana proses itu masih berjalan tetapi syarikat beranggapan ia membabitkan kira-kira 15 peratus hasil bulanan.

Katanya, jika berdasarkan peratusan, ia membabitkan jumlah kerugian besar tetapi syarikat tidak mahu terlalu memikirkan aspek itu memandangkan mereka lebih mementingkan kualiti kepada pelanggan serta pasaran.


“Kami ucapkan terima kasih kepada pelanggan yang prihatin dengan masalah itu dan menganggapnya sebagai hikmah.


“Selepas ini kami akan lebih berhati-hati dan berharap pelanggan terus memberi sokongan kerana ia tidak membabitkan soal halal makanan, sebaliknya kesalahan percetakan,” katanya.


Untuk maklumat lanjut berkaitan perkara itu, orang ramai boleh melayari laman web www.saudee.com atau menghubungi terus syarikat.
 
haah lah cerita lama ni..
 
Back
Top
Log in Register