BTC USD 83,897.4 Gold USD 4,151.65
Time now: Jun 1, 12:00 AM

Sila tutup wahai mod

Status
Not open for further replies.
maksud ayat tu, prudential sendiri xpernah declare produk prulink tu islamic.
yg dideclare adalah dana tu islamic.
orang yg kurang ILMU pun boleh faham statement sesimple ni kot..

mungkin tt masih baru dalam bidang insuran/takaful..
sebenarnya takaful mula diperkenalkan sejak tahun 2000 keatas..
masa tahun 90 -an. mmg xde takaful. dan time tu. orang islam yg ambik insuran dikira darurat. xde pilihan lain yg islamic.
disebabkan itu la insuran konvensional mula wujudkan dana islamic untuk orang islam. sekurang2nya dana tu boleh dilaburkan pada tempat yg halal.
ini lah tujuan dana islamic.
prudential perkenalkan takaful pada 2006 xsilap.
dan sejak itu, xde masalah halal haram lg sbb kita dah ada pilihan takaful.
sama mcm loan kereta n rumah.
masa tahun 80 - 90 an mana ada loan islamic lg.

mungkin tuan marah pada ejen tuan yg declare prulink tu islamic.
tp cara tuan suruh ejen2 prudential buktikan benda ni agak mengarut.
sbb prudential sendiri xpernah declare prulink tu islamic.
dan ejen2 di CG ni pun xde pun yg declare prulink islamic.
tp tuan mintak ejen prudential di CG untuk BUKTIKAN... :-?:-?

mungkin apa yg tuan boleh buat adalah beri nasihat pada ejen2 prudential yg jual prulink supaya jual takaful.. abih cerita.

sy tak tahu sebab tu st buka thread ni...so plz bg penerangan tp jgn la nak emosi ye dan memburukkan product n plan yg lain...
 
jika TT berminat mendapatkan extra coverage dari MAA TAKAFUL,kita boleh set apptmnt. InsyaAllah,produk2 kami semua syariah-compliant. Kami adalah entiti yang berbeza dari MAA Assurance. xde campur aduk..Malah, ada penasihat syariah kami terdiri daripada ahli BOD Maa Takaful itu sendiri.meaning, syariah advisor kami ada kuasa dlm company decision making. wallahu'alam..
:)
 
jika TT berminat mendapatkan extra coverage dari MAA TAKAFUL,kita boleh set apptmnt. InsyaAllah,produk2 kami semua syariah-compliant. Kami adalah entiti yang berbeza dari MAA Assurance. xde campur aduk..Malah, ada penasihat syariah kami terdiri daripada ahli BOD Maa Takaful itu sendiri.meaning, syariah advisor kami ada kuasa dlm company decision making. wallahu'alam..
:)

di sini bukan tempat nak promote product ye...
 
melalui agen yg sy jmpa bgtau dana unggul ini syariah compliance...tp melaui agen yg lain ini adalah jawapannya...

Dana Unggul tu memang patuh syariah tapi plan prulink tu sendiri tak patuh syariah.

jom kita bincangkan...

Dana - dana saham amanah ni ada 2, patuh syariah dan tidak patuh syariah.

Kalau agen insurans ( konvensional ) jual produk investment link dan menyelitkan Dana Patuh Syariah sebagai investment tools, yang syariah nya adalah Dana tersebut shj..insurans tetap konvensional...

Senang cerita..beli takaful + dana patuh syariah ( auto )..
 
Dana - dana saham amanah ni ada 2, patuh syariah dan tidak patuh syariah.

Kalau agen insurans ( konvensional ) jual produk investment link dan menyelitkan Dana Patuh Syariah sebagai investment tools, yang syariah nya adalah Dana tersebut shj..insurans tetap konvensional...

Senang cerita..beli takaful + dana patuh syariah ( auto )..

Betul. Yang isu ni Ust Zaharudin dah jawab.

insuran + Dana patuh syariah still dikira tidak patuh syariah. kerana main sistem adalah konvensional. Dana tu adalah sebahagian dari sistem sahaja. jadi faham2 la apa maksud ustaz tu :)
 
--edited--
 
Last edited:
Kalau nak tahu bezanya, terlebih dahulu kena separate antara insurance/takaful pruduct dengan invesment product.

Dana Unggul tu sebenarnya investment product dan ianya mematuhi hukum Syari'i. On the other hand, insurance dan takaful membawa tujuan yang sama iaitu protection cuma bezanya insurance adalah conventional protection product dan takaful adalah Islamic protection product.
Insurance secara umumya tidak mematuhi hukum kerana prosesnya kabur atau gharar seperti tiada dimaklumkan berapa caj kos perkhidmatan pengendalian. Begitu juga tiada pembahagian jelas peratus keuntungan di antara Syarikat dan pemegang polisi hasil dari pelaburan dalam Dana Unggul.
Selain dari itu, lebihan dari caj kos perkhidmatan bagi produk berkaitan Takaful akan dipulangkan kepada pemegang polisi atau dilaburkan semula dan keuntungan diberikan kepada pemegang polisi. Insurance pula pada kebiasaannya lebihan caj kos perkhidmatan akan diserap sebagai keuntungan Syarikat tanpa dikongsi bersama dengan pemegang polisi atau digunakan untuk tujuan lain tanpa pengetahuan atau persetujuan pemegang polisi.

Ini adalah merupakan satu contoh yang paling mudah saya boleh terangkan.
 
Status
Not open for further replies.
Back
Top
Log in Register