BTC USD 69,127.8 Gold USD 2,334.20
Time now: Jun 1, 12:00 AM

Sikap pelarian Rohingya didedah! T20, orang bandar mudah simpati sebab tak hidup bersama

Yallah

Super Active Member
gem
Messages
6,127
Joined
Jun 21, 2021
Messages
6,127
Reaction score
863
Points
121

Sikap pelarian Rohingya didedah! T20, orang bandar mudah simpati sebab tak hidup bersama

Selasa, 31 Oktober 2023 8:00 PM


553
IMG-2868.jpg

Pelarian Rohingya biasanya melakukan kerja-kerja memotong rumput atau mengutip besi buruk. -Gambar hiasan The Star
ISU pelarian Rohingya bukanlah perkara baharu dalam masyarakat negara ini.

Bagi sesetengah individu, golongan tersebut tidak dilihat sebagai ancaman sebaliknya perlu diberi bantuan supaya dapat meneruskan kelangsungan hidup selepas berdepan tekanan dari negara sendiri.

Namun lain pula bagi mereka yang pernah berdepan dan bekerjasama dengan golongan tersebut yang berharap kumpulan etnik Rohingya dikeluarkan dari Malaysia.

2364037.jpg


Antara pelarian Rohingya yang berjaya ditahan pasukan keselamatan Malaysia. -Gambar hiasan The Star/Zhafaran Nasib

Seperti yang disuarakan pelayar laman X, Izzat Dalphia, dia mendakwa hanya individu yang pernah mengenali golongan tersebut tahu bagaimana tingkah laku komuniti berkenaan.

"Aku rasa apa aku cakap ni mungkin akan ramai tak setuju dan akan label aku xenofobia (kebencian yang melampau)," ciapnya.

Dia berpandangan, golongan yang sering menyokong Rohingya adalah mereka yang tinggal di kawasan bandar dan daripada keluarga kategori T20.

"Mereka yang duduk kawasan urban dan T20 memang akan sokong pelarian Rohingya masuk ke Malaysia sebab pelarian ni tak jadi jiran mereka.

"Yang halang pelarian ni sebab mereka dah tengok perangai Rohingya macam mana.

"Nanti mesti ada yang cakap tak semua pelarian perangai macam tu... kau orang tak hadap, boleh tak orang kaya fikir dahulu sebelum keluar kenyataan," tambahnya lagi.


WARGA MAYA

Hantaran yang dibuatnya itu mendapat pelbagai reaksi sehingga menimbulkan perdebatan antara warga maya.

Bagaimanapun kebanyakan yang memberi komen menyokong pandangan yang dikongsikan itu kerana pernah berhubung dengan komuniti pelarian tersebut.

"Sebagai yang pernah bekerja dengan Rohingya, sumpah mereka ni menyampah. Sudahlah masuk tapak pembinaan secara haram, sub-kontraktor main ambil... kemudian degil.

"Sebab itu aku sokong kerajaan keluarkan visa untuk pelarian ni, biar mereka ada dokumen. Kalau buat salah, boleh ambil tindakan undang-undang, jadi mereka tak boleh suka hati guna kad UNHCR (Suruhanjaya Tinggi Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu bagi Pelarian) sebab pelarian 'auto kebal'.

2363835.jpg


Kebanyakan warga maya berkongsi pengalaman berhubung komuniti berkenaan.

"Betul! Jenis kepompong Bangsar (Kuala Lumpur) kena hidup dengan mereka baru tahu. Area rumah aku berlambak dan kurang ajar semuanya.

"Akhirnya ada orang cakap. Rohingya dekat kampung bela anjing kemudian pindah, kami pula kena bela... 'sailang' (curi) kerja potong rumput Melayu dengan harga rendah tapi kerja tak elok," ujar beberapa warga maya.

Bagi yang tidak bersetuju pula, mereka menyifatkan sikap dan tingkah laku pelarian Rohingya adalah disebabkan golongan itu tidak mendapat pendidikan yang sewajarnya.

"Perangai mereka begitu sebab hanya itulah cara survival yang mereka ada. Nak kerja tak boleh, anak-anak tak berpeluang ke sekolah dan tak ada orang ajar mana betul atau salah.

"Kami pernah ada pembantu rumah warga Rohingya, dia baik tetapi bawa anak umur lima tahun sekali sebab tiada siapa jaga. Anaknya sangat teruk dan suka buli adik.

"Orang kita kadang ambil kesempatan. Tapi pasal sampah tu, apalah yang kita nak harapkan dengan orang tak sekolah... orang pergi sekolah pun masih ramai buang sampah merata-rata," tambah beberapa netizen lagi.

 
Sponsored Post

Sponsored Post

Back
Top
Log in Register