BTC USD 69,127.8 Gold USD 2,334.20
Time now: Jun 1, 12:00 AM

Penuntut universiti Aceh serbu tempat perlindungan pelarian Rohingya

Sponsored Post

Penuntut universiti Aceh serbu tempat perlindungan pelarian Rohingya​




PENUNTUT universiti melakukan bantahan di kem pelarian Rohingya di Aceh. FOTO Reuters
PENUNTUT universiti melakukan bantahan di kem pelarian Rohingya di Aceh. FOTO Reuters


Jakarta: Ratusan penuntut universiti di Aceh menyerbu tempat perlindungan sementara untuk lebih 100 pelarian Rohingya pada Rabu, memaksa mereka pergi dalam penolakan terbaharu terhadap minoriti Myanmar yang teraniaya.

Lebih 1,500 pelarian Rohingya tiba di pantai wilayah Aceh sejak pertengahan November dalam apa yang dikatakan oleh Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (PBB) sebagai kemasukan terbesar dalam tempoh lapan tahun.

Beberapa bot mereka menghadapi penolakan oleh penduduk tempatan dan dalam beberapa kes dikembalikan ke laut.

Penuntut, ramai yang memakai jaket dengan lambang universiti yang berbeza, memasuki dewan majlis kerajaan di ibu kota Banda Aceh, di mana 137 pelarian Rohingya ditempatkan.
Disyorkan

Mereka mendesak supaya pelarian itu dipindahkan ke pejabat imigresen tempatan supaya mereka boleh dihantar pulang, menurut rakaman yang dilihat oleh AFP.

Ia menunjukkan pelajar melaungkan "tendang mereka keluar" dan "tolak Rohingya di Aceh." Penuntut juga dilihat menendang barang-barang milik pelarian Rohingya.

Beberapa wanita dan kanak-kanak menangis, manakala lelaki yang sedang solat, memandang ke tanah.

Penunjuk perasaan juga terbabit dalam pergelutan dengan polis yang mengawal pelarian yang dalam ketakutan, tetapi pegawai akhirnya membenarkan pemindahan mereka oleh pelajar, menurut seorang wartawan AFP di tempat kejadian.

Penuntut terbabit membakar tayar dan menyediakan lori untuk pemindahan Rohingya. Polis membantu pelarian itu untuk menaiki lori itu sebelum mereka dibawa ke pejabat kerajaan lain berdekatan, menurut wartawan AFP.
Polis Banda Aceh tidak menjawab permintaan AFP untuk mendapatkan komen.

Agensi pelarian PBB berkata kejadian itu menyebabkan pelarian terkejut dan trauma.

"UNHCR sangat bimbang tentang keselamatan pelarian dan menyeru pihak berkuasa penguat kuasa undang-undang tempatan untuk tindakan segera bagi memastikan perlindungan semua individu terdesak dan kakitangan kemanusiaan," katanya dalam satu kenyataan
.
"Serangan ke atas pelarian bukanlah satu tindakan terpencil tetapi hasil daripada kempen dalam talian yang diselaraskan bagi maklumat salah, salah maklumat dan ucapan kebencian terhadap pelarian."
Ramai orang Aceh, yang mempunyai ingatan tentang konflik berdarah selama berdekad-dekad, bersimpati dengan nasib saudara seIslam mereka.

Tetapi yang lain mengatakan kesabaran mereka telah diuji, mendakwa Rohingya menggunakan sumber yang terhad dan kadang-kadang terbabit konflik dengan penduduk tempatan.

"Kami membantah kerana kami tidak bersetuju dengan Rohingya yang terus datang ke sini," Kholilullah, 23, seorang pelajar universiti memberitahu AFP.

Indonesia bukan penandatangan konvensyen pelarian PBB dan berkata, ia tidak boleh dipaksa untuk menerima pelarian dari Myanmar, sebaliknya menyeru negara jiran untuk berkongsi beban dan menempatkan semula Rohingya yang tiba di pantainya.


Disiarkan pada: Disember 28, 2023 @ 12:22am

Bila nak gegau Silayang?
 
Datang Malaysia, boleh jadi ayahanda, pukul orang Melayu sini, rogol anak dara orang sini

Yang mana duduk kat kampung2 tu, kerja dia mengintai bini orang mandi, hisap dadah, curi tong gas, pecah rumah dan kencing tepi tiang elektrik

Rohingya kat tempat lain kena halau, kat Malaysia siap ada buat lagu hit billboard lagi
 
Indonesia berani sebab depa xsign perjanjian unhcr tu
Malaysia pun sama. No agreement dengan UNHCR. Patut kerajaan tutup office UNHCR dinegara kita ni.

Problem Malaysia ni terlalu baik ramah tamah dengan orang luar. Bayangkan dulu sanggup tu bawak balik orang Bosnia dari Europe dipindahkan ke Serdang Selangor.
 
Sponsored Post

Back
Top
Log in Register