BTC USD 63,741.7 Gold USD 4,331.37
Time now: Jun 1, 12:00 AM

SIDANG KEMUNCAK ASEAN KE 37

cek mek molek

CG Super Hardcore Club
gemgemgemgemgemgem
Messages
143,166
Paid Membership
Joined
Jun 3, 2013
Messages
143,166
Reaction score
25,934
Points
2,866
Muhyiddin Yassin



· 1j ·

YAB Perdana Menteri Tan Sri Muhyiddin Yassin mengetuai delegasi Malaysia di Kuala Lumpur pagi ini di Majlis Perasmian Sidang Kemuncak ASEAN ke-37 yang diadakan menerusi sidang video secara langsung dari Hanoi, Vietnam.

Sidang kemuncak ASEAN ke-37 itu dipengerusikan Perdana Menteri Vietnam, Nguyen Xuan Phuc yang juga merupakan Pengerusi ASEAN 2020.

Delegasi Malaysia turut disertai Menteri Luar Negeri Datuk Seri Hishammudin Tun Hussein, Menteri Kanan Perdagangan Antarabangsa dan Industri, Dato Seri Mohamed Azmin Ali, dan Pegawai-Pegawai Kanan dari kedua-dua kementerian.

YAB Perdana Menteri hari ini dijadualkan untuk menyampaikan lima ucapan intervensi iaitu di Sesi Plenari Sidang Kemuncak ASEAN ke-37; Sidang Kemuncak ASEAN-China ke-23; Sidang Kemuncak ASEAN-Jepun ke-23; Sidang Kemuncak ASEAN-Korea Selatan ke-21; dan Sidang Kemuncak ASEAN-India ke-17.

Antara agenda utama sidang kemuncak empat hari itu adalah meneliti isu serantau dan antarabangsa, termasuk penilaian pencapaian Kerangka Tindakan Visi Komuniti ASEAN 2025, isu-isu penting lain terutamanya pasca pandemik COVID-19, Pelancaran Rizab Bekalan Perubatan Serantau ASEAN, Pelancaran Dokumen Rasmi Rangka Kerja Pemulihan Komprehensif ASEAN, pengumuman berkaitan penubuhan Pusat Serantau ASEAN Mengenai Darurat Kesihatan Umum dan Penyakit-Penyakit Baru, dan seterusnya menandatangani Perjanjian Perkongsian Ekonomi Komprehensif Serantau (RCEP).

Mesyuarat juga akan memperincikan langkah-langkah pemulihan yang komprehensif bagi menangani impak COVID-19, iaitu susulan perbincangan sewaktu Sidang Kemuncak ASEAN Khas mengenai COVID-19 pada April lalu.

Vietnam sebagai tuan rumah bagi Persidangan tahun ini mengadakan sidang secara maya berikutan penularan pandemik COVID-19.

 
Perbincangan lanjut mengenai koridor perjalanan Asean, yang akan memudahkan perjalanan perniagaan penting di rantau ini dengan selamat juga dijadual diadakan.

Sidang Kemuncak Asean ke-37 bermula hari ini




November 12, 2020 5:10 PM


Sidang-Media-Asean-Bernama.jpg

Bertemakan “Cohesive and Responsive Asean” sidang kemuncak itu dipengerusikan Perdana Menteri Vietnam Nguyen Xuan Phuc selaku Pengerusi Asean 2020. (Gambar Bernama)

KUALA LUMPUR: Sidang Kemuncak Asean ke-37 bermula Khamis, menyaksikan Perdana Menteri Muhyiddin Yassin mengetuai delegasi Malaysia pada sidang kemuncak 2 kali setahun itu, dari Kuala Lumpur.
Turut serta Menteri Luar Hishammuddin Hussein, Menteri Kanan dan Menteri Perdagangan Antarabangsa dan Industri, Mohamed Azmin Ali.

Perdana Menteri Vietnam Nguyen Xuan Phuc mempengerusikan acara pembukaan dari Hanoi secara maya yang turut disertai pemimpin Asean lain.
Bertemakan “Cohesive and Responsive Asean” sidang kemuncak itu dipengerusikan Xuan Phuc selaku Pengerusi Asean 2020.


Majlis perasmian bermula 9.30 pagi waktu Malaysia, dimulakan dengan lagu Asean dan ucapan alu-aluan Presiden Vietnam Nguyen Phu Trong.

Sementara itu, Setiausaha Agung Asean Lim Jock Hoi dari Brunei dalam satu kenyataan di laman web Asean, memuji kepimpinan Vietnam selaku pengerusi Asean.

“Meskipun berdepan cabaran Covid-19 dan bencana alam, Vietnam tetap meletakkan agenda kepusatan Asean dan kepentingan rakyat sebagai keutamaan,” katanya. Lim juga menyertai sidang kemuncak itu secara dalam talian.

Menurut kenyataan itu, agenda Sidang Kemuncak Asean ke-37, antara lain mengenai Kerangka Pemulihan Komprehensif Asean dan pelan pelaksanaannya, yang akan berfungsi sebagai strategi penyelesaian ke arah pemulihan keseluruhan dan pembangunan semula yang lebih baik, kesan daripada pandemik Covid-19.


Perbincangan lanjut mengenai koridor perjalanan Asean, yang akan memudahkan perjalanan perniagaan penting di rantau ini dengan selamat juga dijadual diadakan.

Selain itu, pemimpin Asean dijadual bertemu rakan dialog menerusi Asean Plus One. Atur cara hari ini termasuk Sidang Kemuncak Asean-China ke-23, Sidang Kemuncak Asean-Jepun ke-23, Sidang Kemuncak Asean-Korea ke-21 dan Sidang Kemuncak Asean-India ke-17.

Susulan pandemik Covid-19, pemimpin Asean, di bawah Pengerusi Vietnam, sebelum ini sudah menganjurkan 3 sidang kemuncak pada 2020 iaitu Sidang Kemuncak Asean Khas dan Sidang Kemuncak Asean Campur 3 pada 14 April, serta Sidang Kemuncak Asean ke-36 pada 26 Jun.

Pada akhir sidang kemuncak, Vietnam akan menyerahkan jawatan pengerusi kepada Brunei.

Asean, yang ditubuhkan pada 1967, merangkumi Brunei, Kemboja, Indonesia, Laos, Malaysia, Myanmar, Filipina, Singapura, Thailand dan Vietnam.



 
Sidang Kemuncak ASEAN: Malaysia ulangi sokongan padu terhadap Palestin

November 12, 2020 16:45 MYT
Sidang Kemuncak ASEAN: Malaysia ulangi sokongan padu terhadap Palestin

Muhyiddin berkata, penyelesaian tunggal yang kelihatan bagi isu Israel-Palestin adalah menerusi pembentukan dua negara berdasarkan sempadan sebelum 1967. -Gambar fail

KUALA LUMPUR: Malaysia kekal mendukung perjuangan rakyat Palestin dan menyokong usaha mencari penyelesaian damai yang berkekalan dan adil dalam kancah Israel-Palestin sejajar dengan undang-undang antarabangsa serta ketetapan Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (PBB), menerusi rundingan.

Perdana Menteri, Tan Sri Muhdyiddin Yassin ketika mencelah pada sesi pleno Sidang Kemuncak ASEAN ke-37 berkata, penyelesaian tunggal yang kelihatan bagi isu Israel-Palestin adalah menerusi pembentukan dua negara berdasarkan sempadan sebelum 1967 dengan Baitulmaqdis Timur sebagai ibu negara Palestin.


Perdana Menteri mengetuai delegasi Malaysia pada sidang kemuncak yang diadakan secara maya, bermula Khamis hingga Ahad.
Sidang kemuncak itu dipengerusikan Perdana Menteri Vietnam Nguyen Xuan Phuc.

Muhyiddin turut mengutuk keras tindakan tidak bertanggungjawab individu atau kumpulan tertentu yang berselindung mempergunakan agama untuk mewajarkan tindakan jahat mereka melakukan keganasan.
Mengulas mengenai kebebasan bersuara, beliau berkata, meskipun penting untuk demokrasi, ia adalah alat yang perlu disuarakan dengan penuh tanggungjawab dan tidak boleh disalah guna bagi mewajarkan keganasan, mencetus kebencian dan memupuk faham kebencian terhadap Islam (Islamophobia).

Turut menyertai sidang kemuncak itu Menteri Luar Datuk Seri Hishammuddin Tun Hussein, Menteri Kanan dan Menteri Perdagangan Antarabangsa dan Industri, Datuk Seri Mohamed Azmin Ali.
ASEAN ditubuhkan pada 1967, merangkumi Brunei, Kemboja, Indonesia, Laos, Malaysia, Myanmar, Filipina, Singapura, Thailand dan Vietnam.
-- BERNAMA

 
Muhyiddin Yassin



· 1j ·

Sekitar Sidang Kemuncak ASEAN ke-37 dan Sidang-Sidang Kemuncak ASEAN bersama China, Jepun, Korea Selatan dan India hari ini.

Sidang Kemuncak ASEAN ke-37 yang membuka tirainya hari ini berlangsung selama empat hari dan menyaksikan Vietnam sebagai tuan rumah, menganjurkan sidang kali ini menerusi sidang video berikut situasi pandemik COVID-19 yang masih melanda dunia.

Sidang Kemuncak ASEAN ke-37 hari ini turut meluluskan Rangka Kerja Pemulihan Komprehensif ASEAN seperti yang dicadangkan oleh YAB Perdana Menteri Tan Sri Muhyiddin Yassin ketika Sidang Kemuncak ASEAN + 3 Mengenai COVID-19 bulan April lalu.

Delegasi Malaysia yang diketuai YAB Perdana Menteri turut disertai Menteri Luar Negeri Datuk Seri Hishammudin Tun Hussein, Menteri Kanan Perdagangan Antarabangsa dan Industri, Dato Seri Mohamed Azmin Ali, pegawai-pegawai kanan kedua-dua kementerian.

Antara agenda utama sidang kemuncak empat hari itu adalah meneliti isu serantau dan antarabangsa, termasuk penilaian pencapaian Kerangka Tindakan Visi Komuniti ASEAN 2025.

Isu-isu penting lain terutamanya dalam situasi pasca pandemik COVID-19 adalah Pelancaran Rizab Bekalan Perubatan Serantau ASEAN, pengumuman berkaitan penubuhan Pusat Serantau ASEAN Mengenai Darurat Kesihatan Umum dan Penyakit-Penyakit Baru, dan seterusnya menandatangani Perjanjian Perkongsian Ekonomi Komprehensif Serantau (RCEP).

1605188031825.png

1605188041474.png

1605188049956.png

1605188059287.png

1605188068108.png

1605188076129.png
 
Muhyiddin Yassin



· 39m ·

YAB Perdana Menteri Tan Sri Muhyiddin Yassin mengetuai delegasi Malaysia di Kuala Lumpur pagi ini di hari ketiga Sidang Kemuncak ASEAN ke-37 yang diadakan menerusi sidang video secara langsung dari Hanoi, Vietnam

Delegasi Malaysia turut disertai Menteri Luar Negeri Datuk Seri Hishammudin Tun Hussein, Menteri Kanan Perdagangan Antarabangsa dan Industri, Dato Seri Mohamed Azmin Ali, pegawai-pegawai kanan Kementerian Luar Negeri dan Kementerian Perdagangan Antarabangsa dan Industri.

YAB Perdana Menteri hari ini dijadualkan untuk menyampaikan lima intervensi iaitu di ASEAN-New Zealand Leader’s Summit, 2nd ASEAN-Australia Biennial Summit, 23rd ASEAN+3 (APT) Summit, ASEAN +3 Leaders’ Interface with Representative of East Asia Business Council (EABC), and the 15th East Asia Summit (EAS).

Hari pertama persidangan menyaksikan tiga pengumuman penting dilakukan iaitu:
1. Pelancaran Rizab Bekalan Perubatan Serantau ASEAN
3. Pelancaran Dokumen Rasmi Rangka Kerja Pemulihan Komprehensif ASEAN
4. Penubuhan Pusat Serantau ASEAN Mengenai Darurat Kesihatan Umum dan Penyakit-Penyakit Baru

YAB Perdana Menteri memulakan ucapan intervensi pertama pada hari ini di Sidang Kemuncak Peringatan Hubungan ASEAN-New Zealand (ASEAN-New Zealand Commomerative Summit) yang turut disertai Perdana Menteri New Zealand Jacinda Ardern.

Sidang kemuncak ASEAN ke-37 itu dipengerusikan Perdana Menteri Vietnam, Nguyen Xuan Phuc yang juga merupakan Pengerusi ASEAN 2020.

Vietnam sebagai tuan rumah bagi Persidangan tahun ini mengadakan sidang secara maya berikutan penularan pandemik COVID-19.


 
'Kesepakatan lebih komprehensif juga diperlukan untuk menangani ancaman keselamatan, terutamanya berkaitan migrasi, keselamatan siber serta keganasan dan ekstremisme.' #AWANInews #HapusCOVID19 #AWANI745

ASEAN, New Zealand perlu terus kukuhkan kerjasama perangi keganasan - Muhyiddin


November 14, 2020 16:36 MYT
ASEAN, New Zealand perlu terus kukuhkan kerjasama perangi keganasan - Muhyiddin

Muhyiddin berkata semua pihak perlu tetap komited menangani ancaman pengganas.

KUALA LUMPUR: ASEAN dan New Zealand perlu meneruskan usaha mengukuhkan kerjasama dan kolaborasi dalam mendepani cabaran getir pasca-pandemik, termasuk berkaitan aspek keselamatan dan keganasan.
Perdana Menteri Tan Sri Muhyiddin Yassin berkata ketika tumpuan diberikan dalam mengatasi cabaran itu, kerjasama dan kesepakatan lebih komprehensif juga diperlukan untuk menangani ancaman keselamatan, terutamanya berkaitan migrasi, keselamatan siber serta keganasan dan ekstremisme.

"Kita mesti sentiasa berwaspada terhadap ancaman keganasan. Banyak aktiviti pengganas dan jenayah menjadi semakin subversif, mengambil peluang dalam keadaan ramai orang menghabiskan banyak masa di rumah, mengakibatkan penyebaran propaganda dalam talian," katanya pada Sidang Kemuncak ASEAN-New Zealand pada Sabtu.
Justeru, beliau berkata semua pihak perlu tetap komited menangani ancaman pengganas dan memastikan akar umbi kepada masalah itu dapat dihapuskan selain memperkukuh dasar serta kerangka undang-undang dan penguatkuasaan.

Turut serta pada sidang kemuncak secara maya itu Perdana Menteri New Zealand Jacinda Ardern. New Zealand menjadi Rakan Dialog ASEAN bermula pada 1975.
Muhyiddin turut memuji kepemimpinan Arden dan kerajaan New Zealand atas tindakan pantas dalam mengendalikan insiden serangan di Christchurch pada Mac 2019.

Serangan di masjid Al Noor dan Linwood di bandar itu meragut 51 nyawa dan mencederakan 49 yang lain. Tiga rakyat Malaysia turut cedera.
Di samping itu Perdana Menteri menyeru ASEAN dan New Zealand turut meningkatkan kerjasama mengenai rantaian bekalan global.

"Dalam mengurangi kesan ekonomi ditimbulkan COVID-19, ASEAN dan New Zealand perlu bersama-sama berikhtiar ke arah pemulihan ekonomi yang cepat, dengan memanfaatkan peluang yang ada, meningkatkan daya tahan dan mempertahankan pasaran terbuka," tambahnya.

Muhyiddin berkata, ASEAN dan New Zealand juga perlu meningkatkan kerjasama dalam isu seperti alam sekitar dan perubahan iklim.
"Ketika saat penuh mencabar dan sukar ini, sangat penting bagi ASEAN dan New Zealand mengukuhkan kerjasama ke arah mewujudkan dunia yang lebih baik untuk kesejahteraan rakyat," ujar Perdana Menteri.
-- BERNAMA


 
Perkongsian Ekonomi Komprehensif Serantau (RCEP) bakal memanfaatkan pedagang dan industri tempatan untuk menerima akses yang lebih meluas melibatkan kesemua anggotanya menurut Menteri Kanan Perdagangan Antarabangsa Dan Industri, Datuk Seri Mohamed Azmin Ali.


 
Pandemik telah mengajar negara mengenai kepentingan membina dan menambah baik infrastruktur teknologi. #AWANInews #HapusCOVID19 #AWANI745

Pendigitalan, automasi tawar peluang kepada negara anggota ASEAN Campur Tiga
Bernama
November 14, 2020 19:44 MYT
Pendigitalan, automasi tawar peluang kepada negara anggota ASEAN Campur Tiga

Perdana Menteri berkata Malaysia akan memberi tumpuan kepada produktiviti jangka panjang melalui penggunaan teknologi terkini. -Gambar fail

KUALA LUMPUR: Pendigitalan dan automasi menawarkan peluang yang besar kepada negara-negara anggota ASEAN Campur Tiga, seperti yang dapat dilihat daripada impak pandemik COVID-19.
Perdana Menteri Tan Sri Muhyiddin Yassin berkata pandemik telah mengajar negara mengenai kepentingan membina dan menambah baik infrastruktur teknologi.

"Malah, perjalanan Sidang Kemuncak ASEAN, termasuk sesi ini, merupakan bukti langsung kepada tahap impak daripada COVID-19 terhadap transformasi digital kita.
"Bagaimanapun, teknologi baharu ini turut mempunyai cabaran, termasuk keperluan kepada menangani ketaksamaan yang meningkat, lonjakan ancaman siber dan kepentingan untuk menyokong mereka yang ditempatkan semula oleh teknologi baharu, terutamanya perusahaan kecil dan sederhana serta mikro (PKSM) di ASEAN," katanya dalam ucapan intervensi pada sesi Antara Muka Pemimpin ASEAN+3 dengan Wakil Majlis Perniagaan Asia Timur (EABC) secara maya hari ini.

Muhyiddin berkata Malaysia menyokong dapatan kajian daripada EABC yang dijalankan dengan kerjasama Pertubuhan Perdagangan Luar Jepun (JETRO) ke arah menggalakkan inovasi dan e-dagang di Asia Timur.
Katanya jelas bahawa sektor yang paling terjejas oleh pandemik, iaitu sektor yang bergantung kepada kehadiran individu, akan menghadapi perjalanan yang panjang dan sukar kepada pemulihan.

"Sehubungan itu, kami telah memperuntukkan dana untuk menggalakkan PKSM menaik taraf kepada peralatan dan sistem automasi, untuk mematuhi Prosedur Operasi Standard (SOP) COVID-19.
"Sejajar dengan itu, Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia Malaysia telah diminta untuk memperluaskan liputan jalur lebar bagi meningkatkan rangkaian Internet di 25 kawasan perindustrian," katanya.

Perdana Menteri berkata Malaysia akan memberi tumpuan kepada produktiviti jangka panjang melalui penggunaan teknologi terkini untuk mempercepatkan transformasi ke arah ekonomi berpendapatan tinggi.
Beliau berkata Malaysia mengalu-alukan kerja EABC dalam membantu memudahkan pembangunan PKSM melalui pelancaran 13 e-Buku mengenai Amalan Kastam Asia Timur pada Januari 2020, dan untuk melancarkan secara rasmi e-Buku kedua mengenai Amalan Pelaburan Asia Timur menjelang 2021.

"Kami turut berharap EABC akan terus bekerjasama dengan penggubal dasar ASEAN Campur Tiga serta menyumbang idea dan cadangan untuk masa depan rantau ini," katanya.
-- BERNAMA

 
ASEAN gembira menerima cadangan Australia bagi menganjurkan Sidang Kemuncak Tahunan ASEAN-Australia, bermula tahun depan. #AWANInews #AWANI745

Sidang Kemuncak Tahunan ASEAN-Australia bermula tahun depan - Muhyiddin
Bernama
November 14, 2020 19:44 MYT
Sidang Kemuncak Tahunan ASEAN-Australia bermula tahun depan - Muhyiddin

Perdana Menteri merupakan penyelaras Sidang Kemuncak Dwitahunan ASEAN-Australia.

KUALA LUMPUR: ASEAN gembira menerima cadangan Australia bagi menganjurkan Sidang Kemuncak Tahunan ASEAN-Australia, bermula tahun depan, kata Perdana Menteri Tan Sri Muhyiddin Yassin.
Muhyiddin ketika menyampaikan Kenyataan Bersama ASEAN pada Sidang Kemuncak Dwitahunan kedua ASEAN-Australia berkata, perkumpulan itu komited untuk bekerjasama dengan Australia bagi memperluas dan mengukuhkan perkongsian strategik dalam semua bidang dan lapangan bagi kepentingan bersama ke arah keamanan, kestabilan serta kemakmuran serantau dan global.

"Seperti yang tergambar menerusi Kenyataan Bersama Pemimpin ASEAN-Australia, kami mengikraf kepentingan hubungan sekian lama terjalin dengan Australia," katanya pada pada persidangan itu yang diadakan sempena Sidang Kemuncak ASEAN ke-37.
Perdana Menteri merupakan penyelaras Sidang Kemuncak Dwitahunan ASEAN-Australia. Negara berkenaan diwakili Perdana Menteri Scott Morrison.

Cadangan Australia untuk mengadakan sidang kemuncak setiap tahun bermula 2021 diumumkan pada Mesyuarat Peringkat Menteri ASEAN+1 bersama dengan Australia September lalu.
Sementara itu, Muhyiddin berkata, sudah tiba masa bagi ASEAN dan Australia meningkat dan memperhebatkan kerjasama dalam pelbagai bidang seperti Revolusi Perindustrian Keempat (4IR), teknologi digital, fasilitasi perdagangan dan perdagangan elektronik (e-dagang), lebih-lebih lagi ekoran wabak COVID-19.

ASEAN katanya, berharap sokongan lebih meluas daripada Australia terhadap program Kesalinghubungan ASEAN menerusi Pelan Induk Kesalinghubungan ASEAN 2025, termasuk program bandar raya pintar.
Muhyiddin juga berkata, ASEAN juga mahu meningkatkan kolaborasi dalam bidang COVID-19 dengan pegawai dan pakar kesihatan Australia termasuk kerjasama penyelidikan dan pembangunan, berkongsi pengetahuan saintifik serta teknologi inovatif.

Katanya, peranan Australia dalam kerjasama kesihatan semakin menyerlah menerusi penyertaan dalam Mesyuarat Khas Menteri Luar ASEAN-Australia mengenai COVID-19 (SAAFMM) pada Jun 2020 dan Mesyuarat Pakar Kesihatan ASEAN-Australia mengenai COVID-19 pada Julai lalu.

Katanya ASEAN turut menghargai pengumuman pakej berjumlah AU$23 juta Australia pada SAAFFM dan AU$60 juta lagi pada mesyuarat peringkat menteri ASEAN-Australia pada September lalu.
ASEAN juga mengalu-alukan sumbangan Australia sebanyak AU$1 juta kepada Tabung Bantuan COVID-19 ASEAN serta sokongan negara berkenaan terhadap pelbagai inisiatif kesihatan ASEAN lain, katanya.

Muhyiddin berkata, ASEAN turut mengucapkan terima kasih terhadap komitmen dan peranan konstruktif Australia dalam memupuk dan mengekalkan keamanan, keselamatan, kestabilan dan kemakmuran di rantau ini.

Katanya, ASEAN turut menghargai pembabitan aktif Australia dan kerjasama negara itu dalam isu tradisi dan aspek keselamatan bukan tradisi selain merakamkan penghargaan negara itu terhadap sokongan kepada agenda wanita, keamanan dan keselamatan ASEAN.

"ASEAN menggalakkan rundingan lanjut mengenai agenda itu termasuk penganjuran Dialog Wanita, Keamanan dan Keselamatan ASEAN yang bakal berlangsung," katanya.

Australia menjadi negara pertama dipilih menjadi Rakan Dialog ASEAN pada 1974. Sidang Kemuncak Khas ASEAN-Australia pertama pula diadakan di Hanoi pada Oktober 2010.
-- BERNAMA

 
Muhyiddin Yassin



· 38m ·

Sekitar hari ketiga Sidang Kemuncak ASEAN ke-37 dan Sidang-Sidang Kemuncak ASEAN bersama Australia, New Zealand, ASEAN+3, negara-negara Asia Timur, dan Wakil Majlis Perniagaan Asia Timur hari ini.
Sidang Kemuncak ASEAN ke-37 yang membuka tirainya Khamis lalu berlangsung selama empat hari dan menyaksikan Vietnam sebagai tuan rumah, menganjurkan sidang kali ini menerusi sidang video berikut situasi pandemik COVID-19 yang masih melanda dunia.

Antara perkara yang dibangkitkan oleh YAB Perdana Menteri Tan Sri Muhyiddin Yassin dalam ucapan intervensi beliau hari ini ialah:
1.Kerjasama ASEAN-New Zealand dalam memulihkan ekonomi serantau pasca COVID-19
2. Gesaan terhadap ASEAN+3 untuk kekal komited membuka pasaran masing-masing
3. Peranan kerjasama awam-swasta dalam membendung dan menangani COVID

Sidang Kemuncak ASEAN ke-37 akan melabuhkan tirainya esok dengan Sidang Kemuncak ASEAN-UN ke-11 dan upacara penutup yang akan menyaksikan kepimpinan ASEAN diserahkan kepada negara Brunei Darussalam.
Delegasi Malaysia yang diketuai YAB Perdana Menteri turut disertai Menteri Luar Negeri Datuk Seri Hishammudin Tun Hussein, Menteri Kanan Perdagangan Antarabangsa dan Industri, Dato Seri Mohamed Azmin Ali, pegawai-pegawai kanan kedua-dua kementerian.

 
Back
Top
Log in Register