hiduprakyat
CG Top Poster Club

- Messages
- 26,254
- Joined
- Dec 6, 2010
- Messages
- 26,254
- Reaction score
- 1,661
- Points
- 201
DATARAN Merdeka yang terkenal sebagai lokasi pelancongan ikonik negara dicemari dengan tindakan biadap individu dipercayai gelandangan apabila menyidai pakaian dalam wanita dan lelaki termasuk baju di kawasan itu.
Kejadian itu disedari pagi tadi sebelum petugas Dataran Merdeka mengambil pakaian itu kerana didapati mencacatkan keindahan dan pemandangan di kawasan berkenaan.
Difahamkan, individu terbabit mencuci pakaian di kawasan itu sebelum bertindak mengeringkannya dengan menyidai di penghadang.
Datuk Bandar Kuala Lumpur, Datuk Nor Hisham Ahmad Dahlan berkata, perbuatan individu terbabit disedari pihak petugas di Dataran Merdeka sebelum mengambil tindakan lanjut.
"Susulan itu, petugas sudah mengambil tindakan dengan menurunkan pakaian yang disidai itu bagi menjaga kebersihan kawasan Dataran Merdeka," katanya.
Kawasan itu yang turut tersergam Bangunan Sultan Abdul Samad menjadi lokasi tarikan pelancong sepanjang cuti hujung minggu dan cuti persekolahan.
== hmetro