BTC USD 62,135.3 Gold USD 4,436.48
Time now: Jun 1, 12:00 AM

Siasat punca kerugian

ZONDA

Legendary Member
gem
Messages
14,904
Joined
Feb 8, 2011
Messages
14,904
Reaction score
46
Points
120
image.jpg

Kok Kiew menunjukkan Sijil Ketua Audit Negara Mengenai Penyata Kewangan PPSPM.​

BANDA HILIR - Kerajaan negeri perlu menyiasat aspek pentadbiran dan pengurusan kewangan Perbadanan Pembangunan Sungai Dan Pantai Melaka (PPSPM) ekoran kerugian yang dicatatkannya untuk tempoh kewangan 2013.

Adun Banda Hilir, Tey Kok Kiew berkata, kerugian dicatatkan PPSPM berjumlah RM502,864 sebagaimana dinyatakan dalam Sijil Ketua Audit Negara Mengenai Penyata Kewangan PPSPM Bagi Tahun Berakhir 31 Disember 2013 menunjukkan berkemungkinan berlakunya ketidak cekapan pentadbiran dan pengurusan kewangan perbadanan berkenaan.

Ini kerana, katanya, sebagai sebuah perbadanan yang mengendalikan beberapa tarikan di Melaka termasuk Melaka River Cruise, adalah agak mengejutkan bagi ia mencatatkan kerugian.

"Sebagaimana yang kita tahu, Melaka River Cruise merupakan antara salah satu tarikan pelancongan yang cukup popular di Melaka. Lihat sahaja jumlah pengunjung setiap hujung minggu dan musim cuti.

"Sebab itulah saya ingin menggesa Ketua Menteri supaya menyiasat kerugian ini kerana berkemungkinan wujudnya ketidak cekapan pentadbiran dan pengurusan kewangan," katanya di sini, semalam.

Dalam perkembangan berkaitan, Kok Kiew berkata, perhatian sewajarnya juga perlu diambil terhadap jumlah emolumen yang dibayar perbadanan berkenaan dalam tempoh terbabit memandangkan ia melibatkan jumlah yang tinggi.

Menurutnya, sejumlah RM4.19 juta dibayar sebagai emolumen dalam tempoh ini berbanding pendapatan sebanyak RM10.49 juta.

"Jumlah ini adalah tinggi dan perlu mendapat perhatian sewajarnya dari Ketua Menteri," katanya.
 
Back
Top
Log in Register