BTC USD 76,522.5 Gold USD 4,366.80
Time now: Jun 1, 12:00 AM

SIAS beri amaran terhadap pelaburan cepat kaya 'skim Nanning'

adi19

Fun Poster
Messages
768
Joined
Oct 30, 2013
Messages
768
Reaction score
3
Points
25

SIAS beri amaran terhadap pelaburan cepat kaya 'skim Nanning'​

30c26762-1067-439f-8221-fc2769310ee5.jpg

Gambar stok seseorang yang membuat transaksi online menggunakan telefon pintar. (Gambar: iStock)

SINGAPURA: Persatuan Pelabur Sekuriti (Singapura), atau SIAS, memberi amaran kepada orang ramai agar jangan melabur dalam skim pelaburan jenis piramid yang biasanya dikenali sebagai "skim Nanning".

Skim itu, serta skim-skim yang serupa, menjanjikan pulangan yang sangat tinggi dengan risiko rendah melalui pengambilan peserta baharu, menurut SIAS dalam satu kenyataan pada Jumaat (4 Sep).

IKLAN

Amaran itu dikeluarkan selepas 52 rakyat Singapura ditangkap dan ditahan di China kerana disyaki terlibat dalam kegiatan skim piramid dan kesalahan berkaitan, menurut Kementerian Ehwal Luar (MFA) Singapura dan polis pada Jumaat.

Siasatan Mediacorp di Singapura mendapati bahawa perekrut telah berkongsi potensi pelaburan di Guangxi, terutamanya bandar Nanning, kepada bakal pelabur di Singapura.

Bakal pelabur diberitahu bahawa mereka boleh menyertai skim tersebut melalui pelbagai peringkat keahlian yang memerlukan bayaran pendahuluan yang berbeza-beza. Siasatan mendapati bahawa mereka juga digalakkan untuk mengenal pasti dan merekrut ahli baharu di Singapura.

SIAS menyatakan bahawa laporan tentang skim sedemikian menunjukkan pelabur sering diperkenalkan kepada peluang pelaburan yang kononnya eksklusif di luar negara.

Peserta berpotensi mungkin dipelawa untuk melancong ke luar negara ke negara-negara seperti China untuk menghadiri sesi taklimat dan bertemu pelabur sedia ada.

IKLAN

Pihak penganjur mungkin mendakwa mempunyai hubungan rahsia dengan pegawai pemerintah atau mendakwa pelaburan tersebut dikaitkan dengan projek yang disokong pemerintah atau program pembangunan ekonomi.

Persatuan itu menggesa para pelabur agar berwaspada sambil menyatakan bahawa "jika sesuatu peluang pelaburan kedengaran terlalu bagus untuk dipercayai, besar kemungkinan ia memang tidak benar dan sering kali merupakan satu penipuan".

SKIM PIRAMID TIDAK MAMPAN

Pelabur harus berhati-hati dengan peluang pelaburan yang menjanjikan pulangan yang luar biasa atau hampir terjamin, atau yang perniagaan asasnya tidak dapat disahkan secara bebas, kata SIAS.

Mereka juga harus berwaspada terhadap skim yang menggalakkan peserta merekrut rakan, saudara mara dan kenalan untuk mendapatkan komisen yang luar biasa tinggi atau peluang untuk naik ke peringkat yang lebih tinggi dalam pertubuhan berkenaan.

IKLAN

Sesuatu skim tidak semestinya sah hanya kerana ia kononnya telah beroperasi selama bertahun-tahun, atau kerana sesetengah peserta menerima bayaran pada peringkat awal.

Ini kerana "salah satu ciri utama skim Ponzi dan piramid ialah peserta awal menerima bayaran yang dibiayai oleh wang yang disumbangkan peserta berikutnya," jelas SIAS.

Pembayaran sedemikian boleh mewujudkan tanggapan bahawa pelaburan itu adalah tulen dan menggalakkan ahli sedia ada untuk memperkenalkan orang lain kepada skim tersebut.

Keadaan ini tidak dapat dikekalkan apabila aliran wang baharu menjadi perlahan atau berhenti, sekali gus menyebabkan keseluruhan struktur piramid runtuh, jelas SIAS.

Persatuan itu turut mengingatkan para pelabur agar amat berhati-hati terhadap dakwaan bahawa sesuatu peluang pelaburan ada kaitan dengan agensi pemerintah atau projek pembangunan negara berskala besar tetapi kononnya hanya tersedia untuk segelintir individu yang terpilih.

IKLAN

Pelaburan yang benar-benar disokong pemerintah sepatutnya boleh disahkan secara bebas melalui saluran rasmi.

Pelabur juga tidak harus menerima gambar, pembentangan, dokumen, testimoni atau kenyataan yang dibuat oleh perekrut sebagai bukti yang mencukupi.

Persatuan itu menyatakan bahawa pelabur secara semula jadinya lebih mempercayai rakan-rakan, rakan sekerja dan ahli keluarga.

Sebelum memindahkan sebarang wang, pelabur harus bertanya siapa yang menyimpan wang mereka, bagaimana pulangan dijana, sama ada pelaburan itu dikawal selia dan sama ada mereka boleh mengeluarkan dana mereka dengan bebas, menurut SIAS.

 
Back
Top
Log in Register