BTC USD 60,783.6 Gold USD 4,369.75
Time now: Jun 1, 12:00 AM
  • ⚠️ Warning: Do not post copyrighted, infringing, pirated, or illegal download links. Any user found posting such content may be permanently banned without further notice.

Siaran percuma di Astro Bella sempena ulang tahun pertama

balqis07

CG Top Poster Club
gem
Messages
30,953
Paid Membership
Joined
Jan 27, 2010
Messages
30,953
Reaction score
294
Points
136
image.jpg

Jericho (kanan) hadir ke majlis ulang tahun Astro Bella.


Sempena meraikan ulang tahun pertama Astro Bella dan tanda penghargaan, Astro membuka saluran 133 (Astro Bella) secara percuma kepada semua pelanggan bermula 4 hingga 10 Mac ini.

Menurut Naib Presiden Perniagaan Melayu Astro, Khairul Anwar Salleh, sebagai menghargai sokongan padu semua pelanggan kepada Astro, pihaknya dengan sukacita membawa pelbagai program menarik dan terbaik sepanjang Mac ini.

Istimewa sempena ulang tahun Astro Bella, Pangako Sa Yo ditayangkan semula di Astro Bella (saluran 133) sebagai hadiah sempena ulang tahun pertama saluran tersebut.

Bukan itu sahaja, penonton pastinya akan lebih teruja dengan himpunan pelbagai drama telenovela yang pastinya menghiburkan seperti Walang Hanggan, serta pelbagai koleksi drama popular lain yang sedang ditayangkan di saluran ini seperti Sana’y Wala Nang Wakas, Beauty Queen, Forces of Destiny, Infamia termasuklah telenovela baru berjudul Primera Dama.

Dalam pada itu, Khairul Anwar menafikan sasaran utama mereka adalah golongan 'makcik' sebaliknya sasaran lebih kepada suri rumah tangga.

"Kebanyakan telenovela disiarkan adalah drama bersiri dan sudah tentu pengikut setianya golongan suri rumah. Tapi tidak semestinya golongan 'makcik-makcik', sebaliknya mereka yang lebih banyak duduk di rumah juga boleh menjadi pengikut setia telenovela ini," katanya.

Selain itu, dalam sambutan ulang tahun yang diadakan pada Jumaat lalu di Hotel Hilton, Kuala Lumpur, pelakon kacak Filipina, Jericho Rosales telah diundang khas untuk memeriahkan majlis.

“Saya tahu selain drama bersiri Filipina, Astro Bella turut menayangkan telenovela daripada negara-negara Asia lain. Tetapi kami dapati peminat telenovela Filipina lebih ramai kerana banyak drama bersiri dari negara itu ditayangkan.

“Malah pelakon, Jericho paling banyak membintangi telenovela popular di Astro Bella. Kami harap, peminat dan penonton gembira dengan peluang yang kami berikan,” katanya.


sumber:http://www.sinarharian.com.my/hibur...ro-bella-sempena-ulang-tahun-pertama-1.137140
 
tah pape je..

tayang cerita filipina

filipina kat sana dok sedap provokasi kita

kita lak dok nangis tengok drama dia..adoii..~X(
 
Back
Top
Log in Register