BTC USD 64,916.1 Gold USD 4,448.98
Time now: Jun 1, 12:00 AM

Siaran digital percuma

MusafirJalanan

Fun Poster
Messages
408
Joined
Aug 6, 2007
Messages
408
Reaction score
1
Points
15
Best jugak ni..:D

Siaran digital percuma

Penduduk di negara ini dijangka menikmati siaran televisyen percuma berkualiti digital melalui Projek TV Digital (DTT) dibangunkan MYTV Broadcasting (MYTV) menjelang tahun depan.

Sebagai permulaan 30 saluran ditawarkan MYTV dapat dinikmati penduduk pantai timur iaitu Pahang, Terengganu dan Kelantan sebelum diperluaskan ke seluruh negara.

Siaran berkenaan sudah menepati definisi standard (SD) dan belum mencapai tahap definisi tinggi (HD).

Dijangka sebanyak dua juta dekoder diberikan secara percuma dan penerima akan ditentukan berdasarkan senarai antaranya e-kasih, Jabatan Kebajikan Masyarakat (JKM) dan Lembaga Hasil Dalam Negeri (LHDN).

Sehingga kini, 40 penyiar sudah menyatakan hasrat membekalkan bahan dan menggunakan platform MYTV.
- See more at: http://www.hmetro.com.my/node/62892?m=1#sthash.f6hCkTNG.dpuf
 
bila la nak sampai KL ni,dah boring astrok
 
harap betul pertengahan tahun depan hampir semua kawasan diliputi
 
Siaran televisyen percuma berkualiti digital, bagus 3x

Jangan disajikan dengan rancangan sampah sudah lah.

Janji ada rancangan terbaru dan berkualiti dalam definisi tinggi (HD).

Kalau perlu tengok iklan banyak2 dalam bentuk HD pun takpe.
 
kene pakai internet ke dekoder nie?
 
Dekoder MYTV ada port internet untuk talian beli barang2 online. booking movie on line dan dll.
 
Back
Top
Log in Register