BTC USD 63,087.5 Gold USD 4,317.38
Time now: Jun 1, 12:00 AM

Siapapun melompat, PAS tetap selamat

bila jawapan fakta dibalas sentimen mcm ni la.
faktanya dalam PH takde parti yang kerjasama dengan komunis.. apatah lagi berketurunan komunis.
nga kor ming ,hannah yeoh?

Untitleds.jpg
 
bila jawapan fakta dibalas sentimen mcm ni la.

faktanya dalam PH takde parti yang kerjasama dengan komunis.. apatah lagi berketurunan komunis.

yang nyata mewarisi permikiran komunis adalah MCA yang ada dalam kerajaan melayu isele PN skang ni.. tapi mcm biasa la kan.. lembu punya susu.. sapi dpt nama.


bab manifesto tu ada je yg dah dilaksanakan.. ada yg tak sempat dilaksanakan. tak perlu aku nak terang semua.. dah besar panjang boleh search dlm utube.

yang lain tu aku malas nak taip la kan.. melayan pun sampai kiamat tak habis.



Timbalan Menteri kerajaan PN berucap dalam majlis Parti Komunis China


Naib Presiden MCA, Datuk Seri Ti Lian Ker telah menjadi tetamu dan seterusnya memberikan ucapan dalam majlis perhimpunan Parti Komunis China hari ini.

Menurut satu kenyataan dari MCA, Lian Ker dijemput berucap oleh Jabatan Antarabangsa, Jawatankuasa Pusat Parti Komunis China mengenai isu “Penyatuan Nasional dan Kestabilan Politik”.

Ucapan yang dibuat secara online itu didengar oleh ribuan pemimpin Parti Komunis China yang memerintah negara itu sekarang.



Ti Lian Ker juga adalah Timbalan Menteri Perpaduan Negara yang dilantik dalam Kabinet Malaysia 2020.

Beliau menggantikan Datuk Seri Tiong King Sing yang kemudiannya dilantik sebagai Duta Khas Perdana Menteri ke Negara China.

Beliau merupakan Ahli Dewan Negara Malaysia yang dilantik bagi mewakili Dewan Undangan Negeri Pahang pada 2018 lalu.

Pada 5 Mei 2020, beliau telah mengangkat sumpah jawatan sebagai Timbalan Menteri Perpaduan Negara di Istana Negara bersama Ketua Pesuruhjaya Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia, Datuk Seri Azam Baki.

Anak shamsiah fakeh ( komunis) masuk DAP kan?
 
Dua 'buaya' dikenal pasti penyokong jenayah luar tabii: Abdul Hadi
RUBIAH OMAR | | 19 Mac 2021
1005337.jpg

Abdul Hadi (tengah) ditemui di pekarangan Masjid Rusila, Marang selepas selesai menyampaikan kuliah Jumaat secara atas talian di masjid berkenaan, pada Jumaat.
MARANG - Presiden Pas, Datuk Seri Abdul Hadi Awang memberi bayangan terdapat dua individu dianggap sebagai ‘buaya’ yang dikenalpasti sebagai penyokong jenayah luar tabii.
Abdul Hadi berkata, terpulang kepada rakyat untuk membuat penilaian tanpa mahu menyebut nama individu berkenaan yang berselindung di sebalik golongan tokoh liberal, media dan pertubuhan bukan kerajaan (NGO).
Bagaimanapun katanya, satu daripada 'buaya' berkenaan telah menyelam semula ke dasar sebelum sempat ditangkap.
“Nampak yang timbul dua ekor tetapi satu sudah menyelam balik.
“Orang ramai dapat menilai siapa yang timbul dan siapa yang menyelam balik,” katanya sambil berseloroh kepada pemberita selepas menyampaikan kuliah Jumaat secara dalam talian di Masjid Rusila di sini pada Jumaat.
Abdul Hadi pada 9 Mac menulis mengenai berkenaan kedudukan Islam dalam Perlembagaan telah 'mengena umpan' apabila berjaya mendedahkan pihak-pihak tertentu yang sebenarnya merupakan penyokong jenayah luar tabii.

Beliau mendakwa, individu terbabit dikenal pasti daripada golongan tokoh liberal, media dan NGO.
Menurutnya, bukan mudah untuk mendedahkan kebenaran tentang seseorang penyokong dan pembela 'makhluk' di luar tabii kerana ia merupakan sifat yang sangat memalukan.
“Saya tidak menyangka tulisan saya berkenaan kedudukan Islam dalam Perlembagaan menjadi pancing yang dimakan umpannya.
“Maka buaya yang ganas akhirnya dapat ditangkap walaupun bijak berselindung di bawah permukaan air yang paling tenang yang disangka tiada buaya,” katanya menerusi satu hantaran di Facebook.
Ahli Parlimen Marang itu juga berkata, bukan mudah untuk individu itu melakukan dan menyokong perbuatan luar tabii.
“Bahkan sebahagian dalam kalangan bukan Islam juga tidak mahu menjadi peminat kepada golongan terkutuk kerana semua agama yang mempunyai kitab menentang amalan tersebut.
“Maka, tidak sepatutnya orang Islam yang menyokong dan menjadi peminat kepada perbuatan tersebut,” ujarnya.
Menurut Abdul Hadi, perbuatan tersebut telah menjadi kebiasaan dalam negara kerana dunia sudah terlampau menuntut kebebasan.
“Kebebasan berkenaan perbuatan luar tabii juga dituntut dan hari ini manusia memperjuangkan hak asasi binatang secara gigih berbanding hak asasi manusia itu sendiri,” katanya.
 
Back
Top
Log in Register