definisi pendusta agama
Di antara definisi pendusta agama menurut al-Quran ialah
orang yang mensyariatkan apa yang tidak pernah Allah syariatkan di dalam al-Quran
mereka mengharamkan apa yang tidak pernah Allah haramkan di dalam Al-Quran
mereka menghalalkan apa yang tidak pernah Allah halalkan di dalam Al-Quran
dan mereka menetapkan apa yang tidak pernah Allah tetapkan di dalam Al-Quran
perbuatan mereka mengakibatkan perselisihan dan perpecahan dikalangan umat Islam
Wahai orang-orang yang beriman!
Janganlah kamu bertanyakan perkara-perkara yang jika diterangkan kepada kamu akan menyusahkan kamu
dan jika kamu bertanya mengenainya ketika diturunkan Al-Quran
tentulah akan diterangkan kepada kamu
Allah maafkan dari perkara-perkara itu (yang tidak dinyatakan di dalam Al-Quran)
kerana Allah Maha pengampun, lagi Maha penyabar.
Sesungguhnya perkara-perkara yang serupa itu
pernah ditanyakan oleh suatu kaum dahulu sebelum kamu
kemudian mereka menjadi kafir dengan sebab pertanyaan itu
Allah tidak sekali-kali mensyariatkan Bahirah
tidak juga Saa’ibah
tidak juga Wasilah
dan tidak juga Haam
Akan tetapi orang-orang kafir itu
sentiasa mengada-adakan perkara dusta terhadap Allah (iaitu perbuatan mensyariatkan)
dan kebanyakan mereka tidak menggunakan akal fikirannya
Dan apabila dikatakan kepada mereka:
“Marilah menurut kepada apa yang telah diturunkan oleh Allah (Al-Quran) dan kepada RasulNya (yang menyampaikannya)”
mereka menjawab: “Cukuplah bagi kami apa yang kami dapati datuk nenek kami mengerjakannya”
Adakah sekalipun datuk nenek mereka tidak mengetahui apa-apa dan tidak pula mendapat hidayah petunjuk?
Wahai orang-orang yang beriman!
Jagalah sahaja diri kamu
Orang-orang yang sesat tidak akan mendatangkan mudarat kepada kamu
apabila kamu sendiri telah mendapat hidayah petunjuk
Kepada Allah jualah tempat kembali kamu semuanya
kemudian Ia akan menerangkan kepada kamu apa yang kamu telah lakukan.
[al-Maidah:101-105]