BTC USD 83,590.8 Gold USD 4,281.25
Time now: Jun 1, 12:00 AM

Siapakah Mat Indera ?

sengaja copy paste supaya senang baca.

utk makluman semua, saya org Seri Medan Batu Pahat Johor di mana Mat Indera telah ditangkap. Saya baru baca info dlm wiki ini dan ia sama seperti yg saya dengar semasa saya masih kecil iaitu mat indra komunis atau ikut komunis dan ada ilmu kebal dan diberi makan kecubung utk hilangkan ilmu itu.

Ayah saya Hj Mustaffa 73 tahun dan masih hidup juga tahu kisah ini malah org seri medan dan batu pahat juga maklum kisah ini. cUMA salah seorg yg tangkap tu namanya Beleteng. Semua dah meninggal. Yg ada menantu beleteng, masih ada di Seri Medan. Boleh dengar sendiri dari org Pt Baru seri medan dan org2 lama di kg tu.
 
cuma dari mat sabu baru saya tahu yg mat indera terlibat serang balai polis bukit kepong. patutla british cari dia. semoga allah ampun kan dosa dia dan pois yg terbunuh.
 
tadi aku sembang dgn bapak aku, bapak aku ni pernah seperajurit dgn adik Mat Indera brnama Osman Indera, adiknya pernah berkata dkt bapak aku dan rakan2 nya yg lain ketika mereka pergi memancing.. "korang percaya tak, kalau aku kata mat Indera belum mati"( ketika itu la, aku x tanya thn brapa.. tapi aku agak2 dlm thn 50-60an). tapi sorang pn tak terpikir nk bertanya dgn lanjut,,, bapak aku mnambah, ilmu orgt dulu2 ni masin, mungki juga (bkn conform tau) yg digantung jasad org lain tapi yg tukang gantung tu nmpk mcm dia.. teori bapak aku adalah.. sepamjang bertugas dgn adik Mat Indera, Osman Indera x pernah nak pergi melawat kubur abang dia kat Taiping tu.. sedangkn diorg sering berada di kawasan itu..tu yg bapak aku musyikil dan teringat kata2 dia (Osman) masa memancing dulu.. pasal komunis plak..keganasan dia x yah citer la.. mmg susah org melayu di buatnya.. aku smpt tanya.. apa yg susah?? dia kata, nk kuar rumah dari jam 10 am- 4pm jer,,kalau x naas kn tangkap dan sbgainya.. serba serbi susah, nak cari makan mcmna.. masuk hutan ada komunis.. skali skali dia mari kampung kacau org kampg, nak dptkn makanan.. syukur la kita,,idup dlm keadaan tiada kejadian spt itu..
 
dulu tak kenal Mat Indra ni.....
timbul kes ni....terus kenal....
masa belajar dulu tak dak pulak....
 
Sejarah kita banyak ikut mainan penjajah. Tok Janggut, Haji Abdul Rahman Limbung, Tok Gajah, Mat Kilau dll semua depa kata pengkhianat. Cuma Mat Sentul aje depa kata pelawak.
 
Antara sebab-sebab bangsa Melayu banyak jatuh adalah angkara khianat ngan bangsa sendiri ngan bangsa lain. Tengok sejarah Melaka, Patani aje la, Hikayat Hang Tuah pun dah almaklum siapa yang belot dan khianat. Cerita fitnah banyak, tak usul periksa terus je hukum. Skrang pun sama kot.
 
Benar sejarah kadangkala ditulis oleh pihak yang menang maka sudah barang tentu isinya berkisar tentang mengagungkan kemenangan mereka dan mengambuskan musuh-musuh mereka. Jadi jalan cerita sejarah itu seringkali keasliannya mencabar dari kronologi peristiwa yang sebenar.
 
aku amat2 berterima kasih pd abg mat sabu..
sbb dia, minda aku terbukak nak cari fakta2 sejarah psl dlm malaysia ni..

time kasih jugak pada pakcik google..
hehehe
 
Beberapa pemimpin Melayu, antaranya Kadi Haji Ahmad Shah Haji Abdul Jabar cuba memujuk Mat Indera supaya bertolak ansur dengan British sewaktu perbicaraan di mahkamah untuk melepaskan diri daripada hukuman mati, tetapi semua ini ditolak oleh Mat Indera yang tidak mahu dibicarakan oleh British atas kesalahannya.

Sanggup mati untuk tidak bersekongkol dengan british.. inilah pejuang yg sebenar..
 
Back
Top
Log in Register