BTC USD 81,793.1 Gold USD 4,143.35
Time now: Jun 1, 12:00 AM

Siapakah Golongan Yang Celaka

TXT

CG Super Hardcore Club
gemgemgemgemgemgem
Messages
459,644
Paid Membership
Joined
Mar 15, 2010
Messages
459,644
Reaction score
38,262
Points
2,836
IMG_20220406_083419_796.jpg

SIAPAKAH GOLONGAN YANG CELAKA

Daripada Abu Hurairah RA, beliau berkata, Rasulullah SAW bersabda yang bermaksud :

1. Celakalah seseorang apabila namaku disebut-sebut dihadapannya dan dia tidak mengucapkan selawat kepadaku

2. Dan Celakalah seseorang apabila bulan Ramadan menemuinya kemudian berlalu pergi sebelum dia mendapat keampunan

3. Dan Celakalah seseorang yang kedua orang tuanya berusia lanjut namun kedua orang tuanya tidak dapat memasukkanya ke dalam syurga (kerana kebaktiannya)

Semoga kita semua tidak tergolong dalam kalangan orang-orang yang celaka. Marilah kita sama-sama gandakan pahala dan elakkan dosa bermula Ramadan ini.
 
PERKONGSIAN 1 HARI 1 HADIS

Jangan Jadi Orang Celaka

عَنْ أَبِي هُرَيْرَةَ قَالَ قَالَ رَسُولُ اللَّهِ صَلَّى اللَّهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ رَغِمَ أَنْفُهُ ثُمَّ رَغِمَ أَنْفُهُ ثُمَّ رَغِمَ أَنْفُهُ قِيلَ مَنْ يَا رَسُولَ اللَّهِ قَالَ مَنْ أَدْرَكَ وَالِدَيْهِ عِنْدَ الْكِبَرِ أَحَدَهُمَا أَوْ كِلَيْهِمَا ثُمَّ لَمْ يَدْخُلْ الْجَنَّةَ

Daripada Abu Hurairah RA dia berkata; Nabi SAW bersabda: "Dia celaka! Dia celaka! Dia celaka!" lalu baginda ditanya; "Siapakah yang celaka, ya Rasulullah?" Jawab Nabi SAW: "Barang Siapa yang mendapati kedua orang tuanya (dalam usia lanjut), atau salah seorang dari keduanya, tetapi dia tidak berusaha masuk syurga (dengan berusaha berbakti kepadanya dengan sebaik-baiknya)." (HR Muslim No: 4628) Status: Hadis Sahih

Pengajaran:

1. Jangan jadikan kita orang yang celaka

2. Orang yang celaka dimurkai Allah dan menyediakan dirinya ke neraka

3. Orang yang celaka adalah mereka yang masih ada ibu atau bapa yang sudah tua tapi tidak berusaha berbakti kepada mereka.

4. Celakalah anak-anak yang tidak sanggup menjaga kedua ibu bapa lalu menghantar kerumah orang tua. Dibiarkan orang tua tanpa diziarahi.

5. Bagi yang ada ibu atau bapa yang sudah tua, rebutlah peluang berbakti dan berbuat baik kepada mereka dengan segala daya upaya.

6. Daripada Abu Darda’ RA, bahawa beliau mendengar Rasulullah SAW bersabda:

الوَالِدُ أَوْسَطُ أَبْوَابِ الجَنَّةِ، فَإِنْ شِئْتَ فَأَضِعْ ذَلِكَ البَابَ أَوْ احْفَظْهُ

“Ibubapa (orang tua) merupakan pintu tengah syurga, Jika kamu mahu letakkanlah pintu itu atau jagalah ia”.(HR Tirmizi No:1900)

Syeikh al-Mubarakfuri ketika mensyarahkan hadis ini berkata bahawa kemurkaan Allah terletak pada kemurkaan ibubapa. Barangsiapa yang mentaati orang tua maka dia telah mentaati Allah dan barangsiapa yang memurkai mereka sesungguhnya mereka dimurkai Allah. [Lihat: Tuhfah al-Ahwazi, 21,23/6]

Hindarkan diri dari tergolong orang yang celaka.

#BangunkanJiwamu
#TeguhkanUkhuwahSebarkanRahmah
#BinaNegaraRahmah
#PertubuhanIKRAMMalaysiaNegeriJohor
#PalestinMerdeka

26hb Dis. 2023
13hb Jamadil Akhir 1445H
 
Back
Top
Log in Register