azraneus
Active+ Member
- Messages
- 3,371
- Joined
- Aug 10, 2006
- Messages
- 3,371
- Reaction score
- 252
- Points
- 46
Aku tergerak hati pasal Freemasons ni pasal baru je lepas tonton movie "National Treasure" lakonan Nicholas Cage. Sesaje aku google Freemasons utk bahan bacaan melayu, terjuma artikel "Surat kepada Khairy Jamaluddin" dari web pemudapasseremban.net. Aku petik surat tu kat quote di bawah pasal Freemasons:
Harap kengkawan yg ada knowledge pasal Freemasons ni share la kat sini.
Sejarah pemerintahan negara termasuk di Amerika Syarikat hingga hari ini menunjukkan bahawa Freemason mencengkam kuasa menentukan siapa yang sepatutnya menjadi Presiden Amerika. Tentunya Presiden Amerika adalah anggota Freemason juga. Jika demikian apakah menghairankan kalau Mahathir dapat mencengkam kuasa selama 22 tahun di Malaysia sebagai Perdana Menteri?
Pada Mac 2000, Saudara Amin Sapiro pernah menulis, "Hari ini Mahathir telah menggunakan ‘modus operandi’ Freemason dalam UMNO Baru. Selepas penubuhan UMNO Baru, baharulah Mahathir memperhebat agendanya untuk melaksanakan tindakan untuk menguasai struktur kuasa dan pentadbiran negara selari dengan arus tuntutan Freemason antarabangsa." dalam artikel beliau, 'Kalau Irama Menguak Rentak, Beginilah Jadinya'.
Apakah menjadi satu kehairanan kalau Mahathir melantik Mathias Chang sebagai seorang pembantu dan penasihat khas semasa beliau menjadi Perdana Menteri? Apakah kemungkinannya bahawa Mathias Chang adalah pegawai penghubung antara Freemasons Dunia dengan Mahathir bagaimana mentadbir Malaysia selama itu?
Semua orang tahu bahawa Freemason bergerak cergas dengan bertopengkan agama Kristian ala Amerika. Dari bidang agama Kristian, yang asal ialah Orthodox Kristian yang masih wujud di Mesir, Lubnan, Russia, beberapa negara bekas USSR dan Ethiopia. Pergolakan masa menonjolkan versi agama ini dalam bentuk gereja Katholik yang berpusat di Vatican dan di sinilah bertapaknya pengaruh besar Freemason sehingga hari ini. Kemudian Kristian melalui evolusi lagi hingga muncul pelbagai gereja (ala mazhab) yang berunsur ‘Anglican’ seperti di Britain di mana Ketua Gereja agama itu bukan lagi Pope tetapi jatuh ke tangan orang yang bergelar ‘Archbishop’. Sejak itulah agama Kristian dari Britain kecuali di sebahagian Ireland menjadi kendalian pentadbiran negara dan tidak dikendalikan secara bebas oleh agamawan setiap gereja.
Kristian melalui satu perubahan yang besar di Amerika apabila gereja besar mendapat bantuan dan lindungan kerajaan Amerika. Ini memudahkan munculnya ‘TV Evangelist’ (Padri TV) yakni agamawan yang mendapat ramai pengikut hanya dengan berdakwah setiap hujung minggu di dewan besar dan memancarkan dakwah mereka melalui TV di merata dunia.
Kalau kita pergi ke Afrika (ataupun menonton video clip) dan menyertai ‘masses’ mazhab Kristian tertentu pada petang Sabtu kita dapat saksikan kumpulan manusia berbondong datang mendengar ajaran agama Kristian mereka sambil menyaksikan tayangan dakwah melalui TV daripada Amerika. Di bahagian belakang tempat duduk terletak beberapa puluh gendang besar ‘bongo’ yang dipukul bertalu-talu mengghairahkan para penganut mengulang perkataan ‘hallelujah!’ sehingga para pengikut itu menjadi taksub dan terpegun sehingga ‘masuk hantu’. Sebenarnya mereka masuk hantu bukan kerana ‘ratib’ mengulangkan ‘hallelujah’ tetapi kerana setiap penganut itu disediakan minuman ‘arak’ (air samsu yang dibuat daripada keledek) yang sengaja disediakan di bahagian paling belakang setiap tempat mereka berkumpul.
Demikianlah caranya Amerika mengkristiankan Afrika, sehingga mampu menarik minat orang Afrika yang dahulunya beragama Islam ataupun berfahaman animisme. Mereka tertarik kepada agama Kristian ala Amerika bukan kerana ajaran agama itu tetapi kerana minuman percuma yang disediakan setiap minggu.
Apabila mengambil kira cara Amerika mengkristiankan Afrika dan menyedari rencana Amerika menggunakan CIA untuk mengkristiankan Hindu India, apakah kemungkinan Amerika dan Freemason cuba mengkristiankan Melayu Malaysia?
Harap kengkawan yg ada knowledge pasal Freemasons ni share la kat sini.
