Nih ndak tanyer nih ..... ada sesaper yg dah melabur dlm Public Ittikal Fund tak.
Yg saya tau initial investment adalah RM500 dan monthly minimum adalah RM 50. Kalo kiter melabur dalam nih bila boleh kiter keluarkan profit kiter ek? Selepas setahun boleh tak?
Tak pandai.. sikit2 boleh ler share..
Public Iktikal nie.. UNIT TRUST.. So bila kita trust kat company nie baru kita Invest..
Macam kita beli share.. cumanya nie di uruskan oleh Profesional Fund Manager.. So setiap hari ader gerakan price.. Sell price dan buy price.. (Ini menentukan jumlah unit yang anda akan terima..). Nak tahu untung ke tak lagi.. Ambil jumlah unit yang anda dapat darab ngan SELL price..
Bila join.. kita beli buy price.. so automatic kalau beli hari.. esok nak jual.. akan rugi..
Average pelaburan per year.. makin mantap rasanya semenjak boleh malabur kat overseas market.. dulu Fund Manager boleh beli securiti kat malaysia jer..
So.. Biasanya sesiapa yang melabur dalam UNIT TRUST nie adalah untuk jangka panjang (3 Tahun keatas).. Baru boleh nampak keuntungan...
Cara nak cari Unit Trust yang bagus rasanya:-
1. Tgk siapa Fund Manager..
2. Tgk.. samada Fund tu tu cas admin fee byk ker tak..
3. Tgk portfolio fund tu.. Rasanya Piublic Iktikal nie tergolong dalam growth fund (majoriti portfolio dia dalam Stock..)
4. Kena ingat... semua agent akan promote unit trust masing2.. sebab mereka akan dapat komisen bila anda invest.. Cari agent yang bagus.. dan uruskan dana anda ngan bagus.. (kekadang agent nie akan dapat info dari admin tentang fund progress - baik atau buruk.. masa nie anda boleh tambahkan unit atau.. pindahkan ke fund yang kurang risiko seperti bond..).
5. Konsep terbaik dalam UNIT TRUST .. ialah Dollar Cost Average.. So anda boleh invest ngan same amount of money every month..
Panjang pulak cerita.. apapun semoga ia membantu..
P/s: Saya ex-agent Unit Trust (join untuk dapat input tentang pelaburan.. sekarang invest sendiri (jadi fund manager sendiri) - Better )